Friday, July 29, 2011

Double standard berlaku walaupun di tempat carwash!

Note :
Dictionary
dou·ble stand·ard

double standards, plural

  1. A rule or principle that is unfairly applied in different ways to different people or groups


Sebenarnya ni cerita minggu lepas, sebab memandangkan mata aku bermasalah, maka, aku di'kuarantin'kan dari duduk depan komputer. Kena rawat mata.

Alkisahnya, aku nak cuci kereta dengan enjin sekali sebab comot sangat dah lepas kena servis, tukar tayar, absorber, chamber dan sebagainya... memang saje servis awal sebab malas nak berebut atau melangut kat bengkel time puasa... dekat 2k jugaklah melayang. Phewww... sah aku takde baju raya baru jawabnya tahun ni... (T_T)

Jadi sementara nak tunggu Ik balik sekolah, aku pun pergilah ke sebuah shopping complex kat Shah Alam ni. Boleh beli barang di samping itu kereta akan berkilau kembali... sambil menyelam minum airlah katakan.

Aku pun berhentilah kat satu carwash kat bawah tempat parkir tu. Masa tu sebuah MyVi sedang dicuci. Dan satu pasangan suami isteri baru sampai dengan Perdana. Kesimpulannya kat sini semua kereta buatan Malaysia, hokayyy...

Aku pun terus la tanya harga sebab memang tau kalau basuh kat carwash shopping complex, memang mahal. Dalam masa yang sama, aku tengok pasangan suami isteri sedang mendengar demo polish body kereta dari si tauke. Aku pun tak pedulilah...

Si pekerja Bangladesh ni sibuk suruh aku polish jugak. Pendek kata, promo dalam keadaan separuh memaksa. Panas jugaklah hati bercakap dengan orang tak faham bahasa.

Aku : "Kereta saya baru dicat, buat apa nak polish? Dah, tak payah. Saya nak cuci body, vacuum dan cuci enjin sekali... berapa duit?"

Bangladesh : Polish sport rim lah kak, sport rim kakak banyak kotor. Mau balik raya mesti kasi polish, kilat-kilat itu macam. (Sambil menuding ke arah sport rim MyVi yang memang berkilat macam disadur chrome.)

Dalam hati aku, ek enehhh... ingat aku peghak (maksudnya lebih kurang macam kera dapat bunga) sangat ke dengan sport rim kilat-kilat macam tu? Dah sah-sah sport rim kereta aku memang matte. Polish camna pun takkan bersinar kilau-kilau.

Aku : Tak payah, saya kata nak basuh dan cuci enjin aje. Tak payah nak polish-polish sport rim, nanti jalan-jalan pun kotor jugak. Lagipun saya nak cepat, nak ambil anak sekolah.

Bangladesh : Satu kali la kak... satu sport rim baru Rm50! Nanti kilat banyak cantik...

Aku terbeliak biji mata. "Hah? Satu sport rim RM50? Kalau empat, dah RM200! Gila apa? Dah, tak payah, saya tak mau! Cuci, vacuum, cuci enjin saja!

Si Bangladesh dah nampak nak marah sebab tak berjaya nak promo. Last-last datang sorang budak tak tau bangsa apa, yang pasti bukan melayu sebab cakapnya pelat semacam. Dia tanya "Ape namber" pun aku dengar macam "ape name? Rupanya mintak nombor hp aku masa nak tulis resit.
Budak ni promo pulak pest control dalam kereta. Konon dari harga RM67, dapat diskaun jadi RM50. Aku pun kira cincailah, tak kuasa nak dengar bagai-bagai promosi lagi.

Aku : Berapa lama siap?

Budak : Dalam dua jam macam tu?

Aku : Hah? Dua jam? Mana sempat... saya nak ambil anak balik sekolah lagi... takpela kalau macam tu...

Budak : Okla... okla... satu jam setengah siap. Lepas MyVi ni siap cuci, akak masuk.

Aku dalam hati, ai? Boleh ejas-ejas timing pulak? Sah buat cincai aje... tapi malas nak bertekak, aku pun masuk balik dalam kereta dan tunggu turn nak masuk tempat cucian. Tetiba aku nampak bos tadi panggil budak-budaknya dan tunjuk-tunjuk pada Perdana. Aku dah rasa pelik. Si bangla datang kat aku.

Bangladesh : Kakak, undur belakang dulu, kasi itu kereta masuk dulu...

Aku : Aik? Apahal?

Bangladesh : Diorang mau cepat.

Aku : Eh, saya pun nak cepat jugak! Kan tadi saya dah cakap.

Bangladesh : Dia mau polish, dia banyak duit.

Mendadak aku rasa terhina! Tak tentu pasal aku menjeling geram kat Perdana tu. Oh! Dia banyak duit eh? Okay, fine!

Aku : Oklah... saya tak jadilah! (Sambil me'reverse' kereta dengan kasar dorongan sakit hati)

Menggelabah si bangladesh dan budak tadi kejar balik aku. Tapi sori, hati aku terlanjur rasa sakit. Aku tak peduli dah kalau bunyi enjin diesel aku mengaum mengalahkan harimau garang, bergema kat parkir tu. Baru nak keluar dari kawasan shopping complex tu, budak tadi call aku suruh pulangkan balik resit sebab tak jadi.

Bila aku hantar balik resit, budak tu pujuk suruh datang petang-petang sikit. Aku cakap,
"No! Pergilah buat kereta yang banyak duit tu!"

Terus aku blah gi cari carwash lain. Aku kemudian, terjumpa satu carwash kat bangunan parkir. Aku tanya boleh cuci enjin tak, sebab aku tau bukan semua carwash betul-betul expert cuci enjin kereta. Kalau main jirus aje, jahanam kereta. Bangladesh tu cakap boleh, semua pun boleh... RM18 je pun.

Aku tak cakap banyak terus cakap nak cuci walaupun kena tunggu dekat sejam. Tapi puas hati la sebab tengok dia cuci enjin dengan penuh berhemah, siap sembur angin bagi kering dan sapu chemical untuk protection.

Ayatnya simple dah mudah aje... tapi cukup buat aku rasa bengang, terhina dan nak marah. Amboi, ingat Perdana tu cukup hebat macam BMW ke? Hello, Wira aku pun sama cc aje dengan Perdana tu okey? 2.0 jugak! Bezanya, enjin aku diesel! Huh! Terkejut sungguh aku dengan sikap pekerja carwash pun pandai nak double standard!

Customer
yang nak polish didahulukan sebab dianggap banyak duit dan beri bisnes besar kat dorang. Demi nak polish Perdana yang banyak duit, sanggup ketepikan RM50 dari Wira aku! Huh!

Woooo... mak sentap nok! (>_<)

11 comments:

  1. Tesco shah Alam ke? because i dah kena kat situ. bengang punya pasal i blah je..

    ReplyDelete
  2. Perghh! Kakak ku sayang.. hangin nye... dushhh!!!!

    ape la punye banglaaa tuh.... mntg2 perdana tuh UP sket..
    dia ingt akak ape ek... puikkkk!!
    hagin je baca update yg nie..

    ReplyDelete
  3. Bagus rose buat chenggitu.. Kasi ajar sikit diorg..

    ReplyDelete
  4. ada jugak tempat basuh keta macam tu...aduyai apa nak jadi, bagus che rose buat macam tuh, macam tak dak tempat len nak p...

    ReplyDelete
  5. belogkiter : tak... kat carrefour kota kemuning... sakit ati kan kena camtu! :(

    cikyuyu : memang hangin... tau la 50 hinggit tu tak banyak.. iskkk... geram betui...

    idasm : tu la... jangan2 servis pun cincai je sebab tgk kereta saya wira je...

    auntacu : memang tak sangka ada... kena pulak yang double standard tu bangla... hadehhh... mmg takkan gi dah tempat tu... sbb dah jumpa carwash yang efisyen... hehe

    ReplyDelete
  6. ishh... bengang juga tu kalo kena kat batang hdung sndiri... x guna btul org2 cmtu

    ReplyDelete
  7. satu tindakan yang bijak.

    buat apa bayar lebih untuk servis yg macam hamjad,sedang masih boleh bayar sikit untuk servis yang tip-top.

    ReplyDelete
  8. Chenta : hahaha... memang bengang... sampai rasa nak marah jugak kat pasangan suami isteri yang tatau apa2 tu... hahah

    Ghost writer :
    memang pun... cam hampes je... nasib tak terpedaya...

    ReplyDelete
  9. ye la kan..mana leh diskriminasi sbb bnyk duit ke apa.. Shoppping komplex ni pun kekadang advertised parking percuma tp separuh tingkat dah abish dek car wash...

    ReplyDelete
  10. blogtilldrop... tu la... panas je hati... ingat nak je terus polish jugak...tapi kerja bodoh la pulak... baik blah je...
    sebab tu ada carwash supaya sewa dorang bleh cover balik 'percuma' yang dikatakan itu... heeee...

    ReplyDelete
  11. arghhh i lagi bengang! car wash kat situ habis sagat kereta i sampai kuar cat. bodoh. tapi taknak mengaku.

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts