Friday, 22 July 2011

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 1

Selalu tak dengar statement 'Pakai braces boleh mengubah bentuk muka?'
Selalu jugak aku dengar... tapi dulu macam tak percaya je... lagipun orang yang 'bijak pandai' selalu mengaitkan dengan dosa sebab mengubah ciptaan Allah... haihhh...

Tapi sekarang bila aku sendiri dah pakai, oh ye... aku sangat setuju dengan pendapat tu. Sekarang kira-kira dua bulan la aku pakai braces complete. Jumpa kawan-kawan memang ada yang tegur terutamanya Kak Lily Haslina Nasir. Ayat femes dia,
"Eh, perempuan, benci kau! Muka kau dah lain. Dagu kau dah tirus!"

Hahaha... jangan fikir dia benci aku betul2 pulak. Kami biasa guna perkataan tak kena ayat ni... hahaha... walaupun tulis novel, tak semesti bila bercakap nak guna ayat novel jugak... kena realistik la sikit.

Mula-mula aku macam tak caya, ye ke dah berubah... apatah lagi hubby duk komplen kenapa gigi tak masuk-masuk lagi ke dalam. Siap nak tolong tumbukkan lagi biar masuk cepat! Hampes sungguh dapat suami tak romantik macam Wan Azfarel ni... hishhh...

Jadi, kat sini, aku nak bagi semangat kat sesiapa saja yang tak confident nak pakai braces. Nasihat aku pakai ajelah... apatah lagi kepada mereka yang sering diejek sebab ketidaksempurnaan gigi.

Jangan geli ya tengok gigi aku. Niat baik ni bagi semangat kat pembaca yang senasib dengan aku. Mudah-mudahan perubahan yang ditunjukkan dapat membantu dari segi moral kepada sesiapa yang nak berhajat nak pasang braces.

Ni gambar selepas cabut empat batang gigi, 8/4/2011. Nampak tak bahagian atas bawah yang rompong tu? Ha, itulah gigi yang dicabut... kiri kanan pulak tu.


Yang ni pulak masa pasang bahagian atas sahaja pada 14/4/2011. Nampak tak betapa cerunnya dawai yang mengikat sebab gigi taring masuk ke dalam.
Yang ni pulak bila dah pasang braces untuk bahagian bawah, 27/4/2011.
Yang ni lepas sebulan pakai, 25/5/2011.

Terkini... 22/7/2011. Taraaaaaa...! Nampak tak? Nampak tak gigi taring tu dah nak sama rata dengan gigi lain. Perlu diingat, aku pakai braces self-ligating, jadi gigi sentiasa rasa sengal bila diketap atau time mengunyah. Sampai sekarang aku makan, potong kecil-kecil dulu. Dan bila pakai self-ligating ni kadang-kadang memang terasa gigi mengetat sendiri. Jadi memang betullah apa yang doktor cakap, dawai tu ada 'memori' sendiri untuk ikut bentuk asal semasa di bend.


Sumpah, dulu aku menyampah betul nak bergambar dan tersenyum. Sekarang rasa lain sikit. Yakin diri nak sengih lebar-lebar. Bila sengih tu, takde lagi bibir ternaik atas gusi. Jadi memang betul braces mengubah bentuk wajah.
  • Nampak macam makhluk asing bila sengih dengan besi berbaris kat gigi.
  • Kadang-kadang rasa comel bila ada besi kat gigi... hahahaha, jangan muntah ya... sesekali syok sendiri
  • Darjah kemuncungan mulut dah semakin berkurang bila mulut dikatup .
  • Hidung rasa lebih mancung... lalalalala...
  • Senyuman nampak lebih genuine @ ikhlas!

Tak la lawa pun, cumanya rasa best boleh sengih lebar-lebar, tak takut diejek lagi macam dulu-dulu.


Jadi sesiapa yang nak pakai tu... dan dah ada duit... cepat-cepat pergi buat sebelum tua macam aku. Tak usah risau mahal sebab buat braces sekarang dah banyak klinik yang sediakan plan installment!

Nanti aku ceritakan perkembangan selanjutnya. Salam sayang...


Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016