Wednesday 30 November 2011

Kredit Kad - 'Along Berlesen'

Tergerak hati nak tulis pasal isu kredit kad ni sebab aku pun antara berjuta pemegang kredit kad. 

Ada orang menganggap, pakai kredit kad ni hebat. Lagi-lagi kalau yang bertatus, gold, platinum bagai. Untuk orang kaya memang tak ada masalahlah sebab mereka mampu bayar.
Macam aku dulu-dulu selalu pergi bank, bayar kredit kad bos aku. Limitnya tinggi tapi bos jenis cukup bulan, bayar sebelum dikenakan interest... ala... orang kaya katakan. Sebab tu bos aku pernah cakap, jutawan sejati, takkan berhutang.

Tapi macam mana dengan orang biasa-biasa macam aku kalau pakai kredit kad? 

Mampu ke bayar?

Sebenarnya, tak hebat mana pun kalau pakai kredit kad ni apa lagi kalau setakat gaji bawah RM2500. Serius, memang sakit nak bayar. Aku bukan cakap kosong... based on true story.
Kenapa aku cakap kad kredit ni along berlesen?

Jadi mari aku ceritakan pengalaman aku sendiri...

Aku mula terjebak dengan kredit kad ni dalam tahun 2005. Masa tu dah ada anak. Hubby pulak masa tu sakit teruk. Duit habis beli ubat. Aku kerja pun duit tak cukup. Mana nak beli susu anak, pampers lagi, ubat hubby lagi... sewa rumah lagi, bil, hai... pendek kata, hidup ni memang berbayar kalau nak terus survive. (@_@)

Masa tu nak buat job luar pun takut2 sebab bos warning jangan buat kerja luar. Pantang tok neneknya. Aku buat APO? pun diam-diam, tak sorang pun kat ofis tu tau. Tapi yelah... itu pun tak cukup nak tampung kos hidup. Hidup time tu memang sesak gila. Tapi aku ni pulak jenis tak suka nak pinjam duit walaupun dengan mak abah sendiri. Susah senang aku tanggung sendiri.

So, aku terfikirlah nak pakai kredit kad walaupun ada kawan dah pesan hati-hati jangan jadi macam dia. Kredit kad berkeping, hutang keliling pinggang. Katanya nak buat kredit kad boleh tapi simpan CUMA UNTUK SAAT KECEMASAN SAHAJA! 

Okey, fine, aku berpegang pada kata-kata dia. Aku buat kredit untuk kes-kes emergency. Mula-mula aku apply dari satu bank ni, Mastercard. Lepas tu bank satu lagi Visa. Tapi bank yang ini pandai-pandai kasi kad Master percuma. Aku fikir, tak apalah sebab masa tu memang tak guna lagi. 

Tapi akhirnya...pegangan goyah jugak. Memang aku tak guna untuk shopping sakan. Tapi aku guna untuk keluarkan CASH ADVANCED! Sebab gaji dan duit sampingan dari APO? memang tak cukup waktu tu. Susahnya kami waktu tu, jangan cakaplah. Dengan macam-macam dugaan yang datang. Anak pun asyik demam, hubby lagi macam orang nak mati masa tu. Perrghhh... aku tak taulah dari mana datangnya kecekalan masa tu... 

Aku fikir dari pinjam duit dengan along, baik aku buat cash advanced dengan kredit kad bila sesak tak de duit. Tapi dari RM100, 200 tu la hutang kredit kad beranak pinak. Kena pulak jumlah kredit limit RM20 ribu! Jadi aku anggap macam buat loan ajelah. Pejam mata aje. Bayar pulak minimum payment. Yelah, bukan orang kaya, mana nak mampu langsaikan sekelip mata. \(_ _;)/

Bila limit dah habis, bank call, siap boleh tanya, nak naikkan limit lagi tak...kononnya sebab aku tak miss bayar. Oh, tidak! Cukuplah! ヽ(ー_ー )ノ
imej di ambil dari sini : http://labho.com/phoning-to-your-website-from-credit-card-debt/

Hutang lapuk kad kredit tu masih aku bawak sampai berhenti kerja. Bayangkan, kalau time kerja pun membayar hutang kredit kad macam gali lubang tutup lubang, inikan pula bila dah berhenti. Memang seksa! nak langsaikan RM700 setiap bulan. Bayangkan dah macam bayar instalment kereta. Dari RM20k bila dah masuk interest dan cas-cas terkumpul yang lain, hutang tu dah meningkat jadi dekat RM30! Memang boleh dapat Viva sebijik. (O_O)

Sebab tulah aku cakap kredit kad ni 'along berlesen'. Bank bagi pinjam duit dengan interest tak masuk akal. Tinggal lagi depa tak cari kita sampai ke lubang cacing dengan cara kejam aje...hehehe... Abis kuat pun call hari-hari, hantar surat warning, surat mahkamah ke apa ke... Dorang tak kejam sebagaimana along...(∩_∩;)P
Bayangkan dari tahun 2005 aku sangkut dengan hutang kad kredit. Hidup memang tak tenteram. Lambat sehari je bayar, bank dah call mintak bayar. Hanya pada tahun 2009 aku mampu langsaikan semuanya. Terus tutup buku. Gunting semua kredit kad yang ada. Sengsara beb! Tak ada indahnya memakai kredit kad tu walaupun bank pujuk suruh kekalkan.

Bila habis hutang kredit memang lega sangat-sangat. Tak payah sesak kepala mana nak cekau duit bayar hutang kad. Alhamdulillah juga, rezeki pun perlahan-lahan masuk, walaupun tak banyak sehingga membolehkan aku jadi jutawan tapi cukuplah buat aku dapat hidup tenang, sementelah hubby pun dah pulih dari sakit.

src: eliminate-creditcard-debts.com
Sebab tu aku tak heran kalau tengok orang biasa-biasa, hulur kredit kad time nak bayar apa-apa kat kaunter. Tengok kad kredit memanglah cantik. Kaler emas! Kaler perak. Macam hebat je, muka cool turunkan tandatangan kat resit yang beratus ringgit. Tapi kita bukannya tahu hutang dia dah berapa. Bukan sekali dua aku tengok orang yang beratur depan aku kad kredit takleh swap. Eh, boleh lagi hulur kad lain. Pun tak leh swap jugak! Nak bagi cash tak ada. Ha, tu tanda memang ada masalah...

Kadang aku tak faham sesetengah orang bayar makan kat Kenny Rogers, Secret Recipe ke, even KFC pakai kredit kad. Okey fine kalau ada yang nak jawab, diorang tak bawak cash. Tapi beb, kalau makan pun nak bayar pakai kredit kad, tak ke sakit namanya tu?

Setakat makan tu biarlah bayar cash, sebab makanan akan jadi darah daging. Bila dah jadi darah daging memang susahlah dengan hutang. Jadi...tak perlulah nak berlagak tayang kredit kad, walau apa warna sekalipun... 

Hidup ni sebenarnya memang tenang tanpa hutang. Jadi adik-adik, fikir panjang sebelum nak pakai kredit kad. Kalau setakat nak tayang betapa luxury hidup kau - walaupun hakikatnya biar papa asal bergaya - baik lupakan aje niat tu. 

Lakukan setiap perkara dalam hidup ni dengan tunai.

Sekian... salam sayang...(^o^)y♥♥♥

5 comments:

  1. best r entry ni, bersahaja, sempoi tp benar belaka... hehe...
    ida pun pakai kad kredit jugak tp satu bank aje. tp setakat ni alhamdulillah under control... hehe...

    ReplyDelete
  2. kay : ptptn pn contoh terbaik kak.. hehe

    ReplyDelete
  3. idasm : hehehe... saje berkongsi pengalaman sendiri... kad kredit kalau pandai kontrol mmg ada kebaikannya, mcm kalau nak beli something online ke... tak sesusah nak ke bank bagai...

    mlov : ha, ptptn tu toksah cakap la... mmg kategori along berlesen gak tu... pepandai aa student guna duit tu... :D

    ReplyDelete
  4. kad kredit buat poket merana nak byr balik... dulu tamak sampai 3 kad amek.. ada duit terus tutup semua...legaa Alhamdullilah, kini saya bebas dr kad kredit

    ReplyDelete
  5. hahaha... sama la kita...
    tapi bila dah tutup ni memang lega habis kan? ::))))

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016