Monday, 15 April 2013

Tatasusila anak muda zaman social network...

Saranghaeyo, Arumi... waktu diberi tugasan untuk buat novel berkonsepkan hallyu oleh penerbit sampai dipanggil masuk meeting bagai, aku tak pernah expect novel ni memberikan impak pada budak-budak sekolah. Ni, bukan aku perasan atau syok sendiri... ni, aku dapat feedback sendiri dari budak-budak tak kira lelaki mahupun perempuan.
^( '‿' )^

Bila aku tak expect, jadi aku siapkan dalam masa dua bulan, submit kat editor dalam 15 Februari 2012, dan aku pun tak tergesa-gesa nak memberikan sambungannya dalam waktu terdekat. Lagipun aku fikir, aku bukanlah popular sangat pun sebagai pengarang novel remaja sampai nak kena tulis buku 'berlambak-lambah' setahun.
Aku bajek dalam setahun, buku ni dah 'masak ranum' kat market, baru aku nak sambung...
< (^^,) >

Tapi bila buku keluar sahaja ke pasaran pada hari-hari terakhir penghujung PBAKL 2012, dan ramai budak duk harass aku mintak sambungan. Aku mula rasa cuak... sebab sambungannya tak siap lagi...

Aku balas sebaik mungkin... walaupun kadang-kadang tu terpaksa copy paste jawapan yang sama untuk pertanyaan yang serupa. Yelah... nak jimatkan masa kekdahnya... dah aku pun kejap tenggelam kejap timbul kat facebook...
(⌒_⌒;)

Tapi aku sentap bila terjumpa dari google twit ini...
(>.<)

Aku tak tahu budak ni sapa... entah bila masa dia tanya kat aku pun aku tak tahu... sebab aku tak cam mahupun pernah nampak muka dia kat pm aku. Tak tahulah kalau dia mewakili kawan dia yang lain... budak-budak sekarang kan kalau bergaduh bawak geng support... walaupun dia tak sebut directly kepada siapa, tapi secara indirectly, perkataan 'macam taik' itu (aku sangat tak boleh terima ni... busukkk ooo...sapa nak terima kalau kena taik?) ditujukan kepada aku yang mana aku langsung dicikaikannya.
(@´_`@)

Mungkin budak ni fikir memandangkan Saranghaeyo Arumi tu novel remaja, maka yang menulisnya pun muda remaja baya-baya dia agaknya. Tu yang, sesedap rasa aje mulut dia melepaskan geram kat twitter... f.y.i dik non... ahkak ni hujung taun ni dah nak masuk 36 okayyy... bukan sweet 16 lagi... 
(/。\)

Haihhh... entah dia faham ke tidak maksud cikai tu apa... Memanglah perkataan cikai tu digunakan untuk perlekehkan orang dalam bermacam segi...  
Cikai maksudnya koman= tidak istimewa (bkn barang dll), biasa, kodi, kebanyakan. Batch aku dulu (makna orang sebaya aku) selalu guna cikai untuk barang-barang cap ayam. Contoh: Cikailah hp kau weh... 

(Haaa... tu la... siapa suruh mencikaikan seorang pengarang novel? Siap bagi contoh ayat...


Tapi rasanya budak-budak sekarang memahami maksud cikai itu sebagai seranahan yang tak elok...ala-ala what the f*** gitu kut...

Aku sebenarnya dah penat nak menjawab soalan yang sama pasal sambungan buku Arumi tu... jadi aku pun buatlah cover kat pages Saranghaeyo Arumi (sebab aku sedar aku tak banyak masa terluang untuk balas satu persatu komen kat situ) maklumkan buku tu lambat lagi sambungannya...tapi kalau tak faham jugak, susahlah. Takkan nak buat pengumuman kat Buletin Utama kut... aku bukan selebriti pun.
(╯_╰) 
Lagipun belakang buku, aku tak sebut pun bila akan keluar... aku yang menulis, jadi terpulanglah bila aku nak siapkan... lagi orang marah, lagi aku malas... heh... dah tua-tua ni... tak berapa berkenan orang main paksa-paksa like aku macam budak kena yang kena turut perintah, ikut telunjuk orang...(¬_¬)

Kadang-kadang budak-budak yang macam inilah, yang membuatkan aku malas nak jawab beberapa pm kat facebook pages Rose Harissa nun. Ramai sebenarnya yang bertanya aku  soalan sama dalam nada kurang ajar pasal sambungan cerita tu, dan sikit pun takde rasa hormat pada aku sebagai orang yang lebih tua... sampai kadang rasa nak off aje function message tu, tak sambung pun tak apalah cerita tu! Nak menulis pun tak ada mood bila jumpa budak-budak kurang ajar. Sampai aku rasa takde maknanya sebarang pujian untuk buku itu kalau aku di'cikai'kan oleh budak yang umurnya boleh jadi anak aku.
(¬Ð´¬。)

Walau bagaimana pun aku tak tempek mana-mana private message/pm yang kurang ajar, sebab bagi aku tu private untuk aku sorang aje... tapi bila twit yang public ni, dah buat aku rasa aku perlu 'tegur' sikit. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab bagi aku, mak bapak dah ajar kat rumah... cikgu dah ajar kat sekolah... kalau kurang ajar jugak tu makna attitude memang fail!

Isunya kat sini adalah berkenaan adab/manner/common sense/tataterbib/etc. yang berkaitan dengan sikap.
\(`0´)/

Aku pun pernah muda, pernah jugak buat salah... maklumlah darah muda... tapi dengan orang tua, aku hormat. Contoh, kalau aku marah dengan mak bapak aku, aku akan menjauhkan diri dan diam beberapa hari walaupun bagi mak aku itu tetap kurang ajar namanya. Tapi bagi aku, namun nak bertekak, menadah telinga sampai hati nak memberontak buat bukan-bukan, itu bukan aku.
(>人<)

Sebab tu bila dah ada anak sendiri, aku selalu pesan pada anak aku, "Kau cerdik belajar pun tak guna kalau adab kau takde, kurang ajar, common sense kau zero dan tak hormat orang tua. Hidup kau fail!"

Aku memang garang dengan anak aku. Dia memang tak suka dan Alhamdulillah, setakat ni, tak adalah pulak dia nak memaki hamun aku, setakat ayat, "Benci mama!"

Sentap tu memang ler sentap tapi aku cakap balik, "Biar Ik benci mama sekarang, biar mama yang tegur, marah awal-awal dari kemudian hari kau dibenci orang, orang tumbuk terajang kau... kalau time tu mama dah mati, ha... tanggunglah sorang-sorang..."

Selalu keluar ayat dari mulut aku kalau tengok perangai Ik menjengkelkan aku, "Adab! Adab mana? Mana pergi kau punya manner? Behave boleh tak? Common sense selalu fail! Buatlah perangai macam tu, dah besar esok, orang menyampah, tak nak kawan dengan kau, jangan salahkan mama!"

Memang aku kasar dan suka marah anak. Ingat senang ke nak ajar anak? Ajar anak kucing pun tak penat macam ajar anak sendiri. Sebab tu bila aku menulis novel untuk remaja, aku tak suka menulis sesuatu yang terlalu mengajar-ngajar sebab faham sangat budak-budak zaman sekarang suka sangat memberontak ikut nafsu.
(」゜ロ゜)」

Baik aku tulis benda yang real...pasal kasih sayang... sebab bagi aku, budak-budak kurang ajar ni memang asalnya kurang kasih sayang, kurang perhatian, macam Arumi Aisy. Dia tak fikir perasaan orang, sampailah dia jumpa Aiyani yang hidupnya penuh kasih sayang. 
Entahlah adik-adik ni dapat tangkap maksud yang aku cuba sampaikan ke tidak... kalau tak faham tu, mak tak boleh nak tolong ler...<(_ _)>

Meminjam kata kak Lily Haslina Nasir, 


Bab budi bahasa saya tak bertolak ansur dengan anak. Orang berbudi kita berbahasa. Orang berkongsi ilmu kita bersyukur. Atau mungkin kita pernah terhutang budi seumur hidup, amatlah wajar kita menjaga adab dan mengekalkan rasa hormat terhadap orang berkenaan.

Atas dasar itu juga saya block Syafiq dari fb. Saya selalu amuk dengan Syafiq bila dia mencarut tanpa sebab. Biarpun ramai kata orang Melaka berbahasa kasar, keluarga saya terutama arwah emak dan arwah datuk atau nenek saya benar-benar akan mencilikan mulut anak cucu kalau kami berbahasa kesat. Itu yang saya lakukan pada anak. Tapi bagi saya lebih baik saya berbisa mulut dengan anak, daripada anak mulut bisa, kurang ajar dan menjadi kebencian orang. Maaf kalau saya sangat sarkastik melihat catatan anak muda ini di twitter.

Memang betul pun, kalau nak tengok sejauh mana tahap kekurangan ajar budak-budak muda zaman sekarang, bukaklah twitter. Keadaan di sana, bagi aku, jauh lebih menakutkan dari Facebook. Bahasa mereka banyak lebih kesat dari orang dewasa. Tak suka orang itu, pergi bash ramai-ramai. 

Itu bila aku tengok video budak-budak sekolah bergaduh... ramai-ramai serang sorang budak, yang perempuan pulak bergaduh ala tomoi, mesti yang lelaki rasa hebat macam Tony Jaa, yang perempuan pulak rasa warrior la sangat macam Jija Yanin.
Dik, kalau setakat belajar tomoi melalui you tube... tu namanya 'ajaran sesat'. Belajar tak berguru ni, itu yang jadi salah arah... boleh jadi sesat dalam terang!

Dik, kalau kau betul-betul masuk kelas martial art dengan guru yang betul, Insya ALLAH Taala... sebenarnya kau akan lebih behave, jati diri kau akan lebih mantap... lagi penuh ilmu di dada, lagi kau menunduk bukannya usung dada ajak orang bergaduh. 


Aku masukkan Ik kelas taekwondo (WTF)... sebab aku dulu masuk taekwondo. Bukan sebab nak suruh handal bergaduh. Aku tak pastilah cara WTF sama ke tidak tapi dari Taekwondo (ITF) dulu, aku belajar bukan cuma cara mempertahankan diri... tapi secara tak langsung belajar disiplin, anger management, melawan rasa sakit dipukul. Kalau ITF tak menekankan sangat belajar martial art untuk kesukanan, tapi lebih kepada disiplin, jati diri, falsafah, nilai murni, teori pattern, kesempurnaan teknikal dan kesenian.

Jadi, kalau kau nak bercakap kurang ajar dengan member-member sendiri, itu memang tak boleh nak dikata apa lagi. Mungkin style budak-budak sekarang kalau tak cakap menggunakan perkataan-perkataan begitu, tak macho atau tak trend. Tapi bagi aku, yang dah tua, dah ada anak ni, bila budak-budak macam ni, main belasah aje cakap, tak hormat orang tua, aku terfikir, macam mana dia dengan mak ayah dia kat rumah ye? 

Jenis melawan ke? 
Jenis memaki hamun jugak ke? 
"A child who is allowed to be disrespectful to his parents will not have true respect for anyone." -Billy Graham-
Sebab aku dah jumpa ramai anak teman-teman aku, mana-mana yang hormat mak bapak, automatik, tertib diorang dengan orang lain yang lebih tua, terjaga dan terkawal. Mana yang tidak tu...huihh... rasa nak tolong tala je dahi tu... haihh... 

Aku nak mengajar anak seorang pun rasa lelah. Sebab pengaruh kawan-kawan lagi kuat. Pada mata aku anak aku ni agak fail dalam banyak hal remeh yang sebenarnya akan menyangkut attitude bila besar. 

Contoh macam makan kat restoran. Aku cukup tak berkenan tengok orang makan, sepahkan tulang atau sisa makanan atas meja. Ye memang diorang ada pekerja... tapi salahke kalau kita lapikkan tisu, atau susun aje tepi pinggan segala 'sampah sarap' tu? Even, cara anak aku letak sudu garfu pun aku tegur. 


Sudu garfu bersepah mencerminkan peribadi kau yang memang suka sepahkan barang. Makan menitis atas meja, menunjukkan kau orang yang tak cakna...clumsy! Awek tengok pun geli! Hahahaha... mak over kan? 
Buat macam mama ni, payah ke? Sejuk hati pekerja restoran tengok... hehe..

 
Kalau mak bapak dah ajar kat rumah, cikgu-cikgu dah ajar kat sekolah, tapi budak-budak masih kurang ajar, apa lagi yang boleh kita buat? 
Benam dalam kolah? 
Mandikan dengan air kolah tujuh masjid? 
Ikat pada pokok, bagi kerengge hurung?

Doa... itu pun kalau ada yang mendoakan... kalau tak ada?
(。-_-。)

Tanya akal...bukan ikut hati...

"Respect for ourselves guides our morals, respect for others guides our manners."-Laurence Sterne-

Sekian, 

dari aku, pengarang 'cikai' (tidak istimewa, biasa, kodi, kebanyakan)... greenscarfemoticon
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016