Friday, 10 April 2009

DEMI EVO ELLY

April 10, 2009
EE yang sudah siap digam, menanti untuk potongan kemaskini.

Wah tajuk... mengundang kontroversi ke? Kalau setakat aku tulis ayat begitu, ada yang salah faham, tak tau lah... jangan ingat ada apa-apa ya. Cumanya, tajuk itu berkenaan dengan hari ni. Aku merempit ke pejabat PTS, meredah hujan lebat siap ribut petir. Tapi lepas aje masuk KESAS, eh eh... tak hujan pulak.
Hari ni aku dera Ikram. Hehehe kesian dia . Demi nak memastikan esok aku dapat serahkan goodies bag untuk media. Borak-borak kejap kat ofis PTS dengan Tuan Fauzul, Wanzu, Nisa yang comel, terus aku dan Ikram ke printer di Jalan Klang Lama sebab nak ambil beberapa buku yang dalam proses binding.
Hah! First time aku ambil buku fresh dari kilang. Sempat gak tengok 'Aku Bukan Superstar' bersusun tunggu dibinding. Aku senyum aje, tumpang gembira untuk Kak Lily . MMS gambar itu kepada Kak Lily. Misi aku nak ambil dalam 50 buku Evolusi Elly untuk dibawa ke Sepang esok. Ikram asyik tengok jam, sebab nak balik Perak, bas jam 5.30 petang. Kesian dia... Maaf ya Ikram.
Alhamdulillah... berjaya juga aku bawa pulang 50 naskah Evolusi Elly. Sebenarnya dari masa dekat printer lagi airmata aku dah bergenang. Sampai rumah, mintak hubby angkut naik atas rumah, sebab aku kena susun nak masukkan dalam paper bag bersama-sama katalog PTS, maklumat lain dan poster .
Bila belek-belek, aku tak tahu nak cakap apa dah. Tuhan Lebih Tahu apa yang aku rasa. Walaupun gambar-gambarnya hitam putih, tetapi aku puas hati. Sangat-sangat puas hati apabila lukisan-lukisan yang aku lukis, yang selama ini orang kata aku gedik sebab asyik lukis Elly, terpapar dalam buku tu . Terbuktilah sudah... aku bukan gedik! Semuanya ada tujuan. Buku ini impian aku. Orang lain mungkin tak faham. Tapi apabila kita melakukan sesuatu dengan begitu bersungguh (passion) apabila ia berhasil, ia lebih menyenangkan daripada memikirkan soal duit. Percayalah !
Makin lebar senyuman aku bila melihat hubby membelek dengan senyuman... jadi, hati isteri mana yang tidak gembira? Rasa berbaloi, berkelana sampai ke Perlis seorang diri berhari-hari dengan restu hubby .


malam ni kena habiskan masa susun dan cop buku-buku tu dengan cop peribadi aku...

Thursday, 9 April 2009

Promo Evolusi Elly

April 09, 2009

Ia mungkin nipis. Malah sangka aku, bila sudah terbit, aku sudah boleh tarik nafas lega. Tapi... rupa-rupanya ada kerja lagi menanti. Sebaliknya ia semakin menuntut kerja keras . Aku kena hadiri press release Sabtu ni kat Litar Sepang. Kebetulan 10hb sampai 12hb ni, FIM Asian Grand Prix akan berlangsung. Jadi semua media akan berkumpul di situ.
Jadi aku cakap kat Ikram, biar Elly ajelah diinterview. Aku kecut perut nak berhadapan dengan orang2 TV3, TV9, Berita Harian, NST, The Star segala... lagi pulak kalau penerbit TV9 Herman Nordin yang interview. Aku tak nak terlalu exposed kepada media. Lagipun buku itu kisah Elly dari A sampai Z. Aku cuma tukang cerita sahaja...
Mula-mula nak buat ikut cadangan Kak Lily, yelah, dia kan bekas wartawan. Jadi aku lega, tak payah nak berdepan dengan media. Cuma serahkan paper bag dan press release. Tapi Paulynne sudah menjerit ditelefon mendengar cadangan aku!
"NO! Diorang mesti interview you! They have been waiting for you so long! Bla...bla...bla..."
Aku terkedu. Tak tau nak jawap apa. Maunya tak so long... bila sejak dari tahun 2007 aku beritahu Paulynne nak buat buku ni . Memang lama. Sudahnya tadi aku suruh Ikram call Paulynne. Biar bos dengan bos berbincang. Tapi rupanya bila bos dengan bos berbincang lagi banyak agenda dirancang. Makinlah aku tak terkata apa .
Insya ALLAH Taala, pada 24hb. April 2009, bertempat di Pesta Buku PWTC, Ikram telah merancang untuk membawa motosikal Elly ke booth PTS. Paulynne pula bersungguh akan membawa program TV Cub Prix untuk buat liputan, akan membawa pasukan Elly ke situ untuk acara book signing.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009,
Gerai Kumpulan PTS, Lot 72 hingga 79,
Bersebelahan dengan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
PWTC.

Tarikh program adalah : 24 April 2009
Masa: 3.00 - 4.00 petang.

Hah!
Amacam? Ada beran? Boleh jumpa pelumba-pelumba Negara ni . Aku dah ketar lutut, tak sangka agenda untuk buku senipis itu terlalu besar. Harap semuanya berjalan lancar. Buat aku rasa terharu dengan kesungguhan Ikram dan tim PTS juga Paulynne dari Malaysian Cub Prix untuk mempromosikan buku ini . Rasa macam tak percaya pun ada... rasanya macam baru semalam kak Lily heret aku bawa jumpa dengan Tuan Fauzul Naim untuk serahkan manuskrip buku ni. Hmm... Syukurlah kepada Tuhan...
Apa-apa perkembangan tentang agenda ini, akan aku war-warkan di sini.



Oh ya, dua gambar itu adalah poster dari aku untuk sesiapa yang beli buku itu nanti. Yang ada gambar Elly aku khususkan untuk pembeli perempuan, manakala motor saja untuk pembeli lelaki. Ada dalam saiz A4 dan A3. Tapi saiz A3, sangat terhad. Siapa cepat dia dapat.

Wednesday, 8 April 2009

SEDUTAN TUHAN LEBIH TAHU & EVOLUSI ELLY

April 08, 2009
Blurb : Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya…Tuhan Lebih Tahu…

“Rel nak jumpa mak. Nak mintak ampun dan maaf dari mak sebelum Rel dibedah, ayah. Boleh tak?” pinta Azfarel penuh harapan.
Tersentak Rashid mendengarnya. Wajah Azfarel nampak sugul benar.
“Kalau macam tu, marilah.” Rashid kemudiannya berjalan dan diekori oleh Azfarel.
“Munah! Oh, Munah!” panggil Rashid. Seketika kemudian, muncul Maimunah di pintu dapur. Namun raut wajahnya serta-merta berubah tatkala terpandangkan Azfarel di sisi Rashid.
“Nak apa kau datang ke mari hah?” jerkah Maimunah. Garang seperti biasa.
“Mak, saya datang nak mintak ampun dan maaf dari mak,” kata Azfarel sambil cuba merapati Maimunah.
“Jangan dekat dengan aku!” bentak Maimunah segera menjauhkan dirinya.
“Munah!” Rashid bersuara, agak tidak senang dengan kelakuan Maimunah. Isterinya itu sekadar menjeling dan beredar dari muka pintu. Melihatkan keadaan itu, Rashid memberi isyarat mata supaya Azfarel masuk ke dalam rumah.
“Mak!” panggil Azfarel ketika memasuki rumah.
Tetapi Maimunah pura-pura memekakkan telinga sambil tangannya sibuk mengacau gulai di atas dapur. Malas mahu melihat wajah Azfarel.
“Mak, tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya datang ni semata-mata nak mohon keampunan dari mak!” Azfarel merayu sungguh-sungguh.
Sampai merah matanya menahan tangis.
“Buat apa kau datang. Ada aku suruh kau datang? Kalau kau nak minta ampun, sampai bila-bila aku tak akan ampunkan dosa kau!” herdik Maimunah garang. Hampir sahaja mahu mengetuk senduk gulai ke kepala Azfarel.
Azfarel terpaku. Rashid yang jadi pemerhati turut terkedu dengan sikap isterinya.
“Mak… tolonglah. Jangan buat saya macam ni. Dah bertahun saya cuba minta maaf dari emak. Tolong ampunkan saya. Saya takut kalau lepas ni tak ada lagi kesempatan untuk saya mohon ampun dan maaf dari mak…” Azfarel merayu lagi.
“Kau ni, tak reti bahasa ke? Dah aku kata aku tak nak ampun kan, maknanya aku tak nak ampunkan kau sampai bila-bila. Faham?!”
Saat mendengar tengkingan Maimunah itu, Azfarel merasakan jiwa pasrah. Apa lagi dayanya mahu memujuk Maimunah?



TIDUR DALAM LORI DI TEPI MASJID KERANA semangat, Elly dan rakan mekaniknya sanggup menaiki lori yang mengangkut motosikal sampai ke Kuantan. Lebih sadis dan haru apabila mereka terpaksa pula tidur di dalam lori yang sama kerana sudah tidak cukup duit untuk tidur di hotel. Bayangkan, ketika pelumba lain sedap-sedap tidur dalam keadaan selesa, Elly dan rakan mekanik tidur di dalam lori di tepi masjid Indera Mahkota dalam keadaan sejuk dan dihurung nyamuk! Pendek kata, tidur mereka memang tidak lena langsung! Keadaan itu membuatkan Elly tambah bersemangat.
Terdetik dalam hati kecilnya, “Aku datang dari jauh dengan bersusah payah macam ini, apa jadi pun esok aku akan cuba sungguh-sungguh!”
Berkat kesungguhannya, Elly berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Semasa sesi ujian (Heat) Elly berada di kedudukan nombor lima. Kemudian menduduki tempat ke empat dalam perlumbaan peringkat akhir.
Duit saguhati sebanyak RM200.00 yang Elly perolehi, RM100 digunakan untuk membayar duit lori manakala baki RM100 lagi untuk digunakan untuk dia dan mekanik pulang ke Perlis dengan bas.
Memang Elly tidak mendapat apa-apa daripada perlumbaan tersebut. Akan tetapi pengalaman itu sangat berharga buat Elly. Apatah lagi apabila ada sebuah pasukan profesional mula memberikan perhatian terhadap Elly. Mereka turut menawarkan Elly untuk berlumba dengan pasukan mereka.
Namun, dugaan tetap datang. Dalam Elly gembira kerana berjaya menempatkan diri dalam sebuah pasukan Cub Prix, dia mula menyedari satu kekurangan. Waktu inilah Elly mula merasakan kawan-kawan menjauhkan diri daripadanya...
Hidup adalah mengejar yang terbaik dalam semua perkara terpenting dalam hidup iaitu bangkit dari kegagalan, membangun karektor, memiliki intergriti, menjadi seperti apa yang diri kita seharusnya jadi dan memberikan yang terbaik. Tidak semua orang berani berubah kerana takut menghadapi kegagalan. Tetapi bagi Elly, dia perlu menghadapi perubahan dengan berani dan berjuang tanpa henti dengan semangat hebat dan pantang menyerah secara konsisten serta komitment yang fleksibel.




Tuesday, 7 April 2009

AKU ADA KAMU

April 07, 2009
Dari kiri : Kak Nik, Dayah, Che' Rose, Kak Lily, Kak Yati.

Hari ni aku ke pejabat NB sebab nak jumpa dengan kak Nik (editor majalah Muslimah). Lepas ambil kak Lily, terus ke NBkara. Dari muka pintu aje dah nampak Aku Ada Kamu bersusun di atas meja. Muka kak Lily dah berseri-seri. Kak Nik rupanya dah ada menunggu dalam bilik bersama dengan jurugambar, Farid dan Dayah. Seronoknya dapat jumpa kak Nik. Selama ni duk sembang kat tingkap blog aje... hahaha...

Rupa-rupanya ada sambutan hari jadi Kak Nik yang jatuh pada 11hb akan datang. Kek keju blueberry dari NBKara... sedap! Kak Nik, kita mmg penggemar cheese. Nanti saya lak belanja makan cheese cake masa kat PBAKL ya...
HAPPY BIRTHDAY to Kak Nik ! Semoga ceria dan bahagia selalu tidak kira berapa usia kak Nik!
Dah lekat kak Nik panggil aku che' rose ni sebenarnya datang dari penulis Zehann. Dulu2 cik sarah (BP) panggil aku cik rose. Cuma Zehann menulis cik dengan che' katanya klasik sikit. Apa-apa la kan... Cumanya dalam perjumpaan tadi aku lebih banyak ketawa dari bercakap . Lagi-lagi bila berdepan dengan Dayah dan Farid.
Sementara kak Nik menemubual kak Yati, aku dengan Kak Lily duk serbu Aku Ada Kamu. Bila kak Su tunjuk, baru perasan cover Tuhan Lebih Tahu kat cermin. Ha... dapat tengok cover dulu pun jadilah... bukunya minggu depan... hehehe... Sekarang ini, kak Lily pula mengalami apa yang aku pernah rasa dulu, membelek buku sendiri dengan senyuman. Lega sangat-sangat. Rasa berbaloi jerih dan airmata selama ni.
Inilah cover TLT...


Seronok? Sudah pasti! Gembira? Amat sangat... dalam hati berkata... Alhamdulillah...

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016