Tuesday, 14 February 2012

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 2

February 14, 2012
Salam semua...
Maaf ya darling-darling sekalian yang setiap kali masuk ke sini takde entri baru... 
Aku tengah sibuk sangat-sangat... banyak benda nak cerita sampai tak tertulis kat sini, sebab utamakan kerja dulu...sampai tak sempat-sempat nak memasak, ngemas rumah, lipat baju...owhhh...sangat tak mithali rasanya...haihhhh

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya dan hantar mesej pasal braces yang aku pakai. Kalau dicongak, dah masuk 10 bulan aku pakai braces. Nak kata gigi dah rapat tu tak lah... masih ada ruang tang bekas cabut yang empat batang tu. Setiap kali jumpa doktor, beliau kata, baru proses meratakan gigi, proses tukar-tukar dawai, dari halus ke yang paling tebal. Belum masuk proses nak tarik gigi tu ke belakang. Doktor kata boleh dipercepatkan tapi aku akan merana sakit. Bab sakit tu yang ngeri tu... jadi aku pun okey ajelah... ambil langkah slow and steady. 

Setakat ni yang paling ketara berubah, adalah gigi taring aku yang dah flat... jadi bila sengih tu gigi taring tu tak tersembul lagi.

Ada yang bila jumpa, kata muka aku lain. Bagi aku, nak kata lain sangat tu takdelah sangat kut. Sikit-sikit adalah bezanya kalau tengok gambar dulu dengan sekarang, terutama part senyum. Yelah, dulu senyum nampak gusi... malu je sebab rasa diri hodoh tu yang jadi kurang yakin diri tu, dahlah dulu kala tak pakai tudung, memang macam 'jebeng' laa... (ha...tak tau apa itu jebeng? cari tahu sendiri...hehehe)... nak senyum depan Tan Sri, Tengku pun segan silu...sebab takut depa tak jadi buat pagar bila tengok gigi aku tersembul keluar... heeeee...☆⌒(>。≪)


Kalau ada kawan sekolah lama yang tegur tak caya muka aku lain... tu maknanya aku ni makin tua...kedut-kedut kat mata dah makin nampak... pipi pun dah makin labuh (yelah... aku tak koser nak pergi buat face shaping ke apa ke...). Lagipun kadang kalau muka cukup tidur tu memang nampak fresh giler ler... tapi bila sampai musim bertapa... memang macam panda tak cukup daun buluh... kering...kusam...berminyak...cuma nasib baik tua-tua ni tak naik jerawat kronik macam zaman anak dara dulu.

Apapun, aku bersyukur sebab akhirnya dapat jugak pakai braces walaupun di usia tua. Aku takleh jaga teliti sangat pun...sebab masih minum nescafe, yang panas pulak tu, jadi proses nak rapat tu mungkin ambil masa... sebab bagi yang pakai braces, jangan tak tau, ada sesetengah makanan yang mempengaruhi bending dawai braces itu sendiri... Makanan berasid, beralkali tu semua pengaruhi penarikan braces. Kalau tak jaga, degil nak makan benda-benda keras, alamat...bersedialah menerima risiko dawai tergelincir dari bracket ke...atau bracket itu sendiri tercabut dari gigi...!

Setakat ni aku cuma alami dawai tergelincir dari gigi sebab ketegaq duk makan coklat ferrero rocher...hahaha... nasib baik dawai tu jenis halus dan aku boleh tarik sendiri dengan pengepit masukkan balik dalam bracket. Lepas tu kalau keluar, memang leceh bila part makan... kene gosok gigi lepas tu. Kadang kalau malas, aku cungkil aje dengan berus kecik dan kumur sampai bersih. Yelah, kalau kedai makan tu tempat cuci tangan dia tertutup, bolehlah kau gosok gigi dengan ubat giginya sekali... tapi kalau terbuka? Tak selera orang nak makan kalau nampak kita tengah gosok gigi... iskkk...

Jadi begitulah perkembangan terkini berkenaan braces yang aku pakai. Harap dapat bantu beri semangat kepada sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu, tak yakin nak pakai braces... Ingat, kita bukan mengubah ciptaan ALLAH, sekadar menambahkan lagi keyakinan diri. Dan kalau itu mampu meningkatkan keyakinan dan pandangan orang lain, ucapkanlah ALHAMDULILLAH...\(^ ^)/
Haihh... skema la pulak... 

Sampai jumpa lagi di lain entri... daaaaa ( ^_^)/

Thursday, 5 January 2012

2012 disambut dengan Blues Amni : Cik Propagandis

January 05, 2012
2012 sudah datang. 2011 ditinggalkan dengan macam-macam pengalaman termasuk yang pahit-pahit sehingga tak mahu menulis lagi.

Tapi Alhamdulillah... berkat doa dan sokongan orang-orang yang sayang aku, pembukaan awal tahun 2012 ni disambut dengan novel chicklit dari PTS bertajuk BLUES AMNI : Cik Propagandis (asalnya adalah Oh! Propanya tapi ditukar tajuk pada saat akhir atas sebab-sebab bahasa).

Gabungan kisah-kisah semasa aku kerja dulu. Ada hikmah rupanya bersusah payah kerja dulu. Boleh jadikan idea buat novel. Jadi sesiapa yang nak tahu gimana caranya orang kaya, cara kerja arkitek, kontraktor, dan sebagainya dalam dunia pembinaa, boleh dapatkan siri Blues AMni ni...
Tapi harus diingat ya, tarikh terbitnya adalah 11 Januari 25 Jan 2012, tetapi itu cuma anggaran je. Tolak masa masuk gudang, kiraan stok, itu ini... mungkin akan masuk pasaran @ kedai sekitar awal Februari. Begitulah adalahnya...



Harga: RM 16.50 / RM 18.50

ISBN-13: 978-967-408-042-6

Tarikh Terbit: 11 Jan 2012 25 Jan 2012

Sinopsis

Ikuti sambungan kisah hidup Amni. Dalam siri ini, Amni tidak pernah menyangka dia akan bertemu dengan seorang propagandis - orang yang menyebarkan propa­ganda.
Kehadiran Syura, kerani akaun baru di PSK Alloy menambahkan lagi bencana dalam hidup Amni. Bertambah pening apabila ada pereka yang sibuk meminta-minta komisen projek daripada Amni. Amni terasa mahu lari ke Gua Niah!
Adam yang menyedari keperitan Amni, menawarkan kerja di firmanya. Bern pula seperti biskut, sekejap ada, sekejap tiada dalam hidup Amni.
Dapatkah Amni mempertahankan kesabarannya demi mencapai cita-cita menjadi pereka besi paling berjaya seantero Malaysia? Ataupun Amni terpaksa menguburkan sahaja impian itu?
______________________________________________

Bagi yang bertanyakan novel dewasa Rose Harissa @ Nora Ismail, maaf, aku sendiri tak dapat nak menjawabnya. Mungkin kalau Tuhan izinkan, diberikan kesihatan dan kekuatan, akan ada novel dewasa dari aku yang tak berapa nak 'popiler' ni... (_ _|||)

Apapun, belum terlambat aku ucapkan ヽ@(^ェ^*)@ノ☆.。.:*・゜☆SELAMAT TAHUN BARU 2012☆゜・*:.。.☆ヽ@(*^ェ^)@ノ buat semua yang sudi singgah di blog merah ni... (⌒∇⌒)ノ

Saturday, 10 December 2011

Mengapa pengarang seperti J.K Rowling semakin kaya?

December 10, 2011
J.K. Rowling is now one of the most famous authors in the world, who can financially take care of her family beyond her wildest dreams. But imagine how crushed she would have been, if someone had taken her book after she wrote it in the coffee shop, and had printed it themselves without paying her any money, or had arranged for a movie to be made from the book, or arranged for computer games and music to be created based on the book, and had not given J.K. Rowling a penny!

The reason that did not happen is a law called “copyright law.” It’s a powerful law that protects creativity. It can change lives like it changed J.K. Rowling’s life, and the lives of everyone who loves her books. It’s Copyright Power!

Copyright law gave J.K. Rowling copyright power! It says that she alone has the right to decide who can make copies of her book, who can turn her book into a movie, or a computer game, or a song. This is a great power for an author, and J.K. had the power to decide who could do those things, and how much money they would have to pay her.

J.K. Rowling now enjoys millions of dollars in royalties and merchandising revenues from the incredibly successful film adaptations of her books...

sumber : baca di sini untuk maklumat lanjut (KLIK)


Kontroversi yang berlaku dalam dunia buku yang melibatkan seorang pengarang novel tersohor Malaysia baru-baru ni, membuatkan aku terpanggil nak tulis entri ni (sebab teringat nasib yang pernah aku terima suatu waktu dulu dari penerbit yang sama). Aku sedar aku bukanlah pengarang ternama. Mungkin juga apa yang aku tulis akan menimbulkan rasa kurang senang sesiapa yang terasa. Tak pedulilah... sabar pun ada hadnya. Tapi ada antara luahan pengarang tersebut yang aku sokong dan berkata dalam hati, 'akhirnya ada juga pengarang yang berani bersuara soal hak...'

Dah tentu kelantangan beliau menimbulkan banyak rasa kurang senang. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Biasalah... hakikat kebenaran memang tak selalu 'manis'. Bukan semua orang boleh menerima secara terbuka apa yang kita cakap. Tetapi tak tahulah samada mereka sedar atau tak tentang hak. Betul, dalam perjanjian termaktub beberapa perkara yang perlu dipatuhi penulis. Namun sebenarnya di akhir cerita, akan berlaku banyak ketidakadilan bagi pihak penulis, iaitu orang asal yang memerah otak memikirkan cerita untuk menjadi antara yang best seller. Hakikatnya memang tiada win-win situation... parah!

Sebab tu pengarang luar negara seperti (sekadar menyebut dua nama) J.K Rowling, Stephanie Meyers (yang buku mereka difilemkan, dibuat merchandise, atau apa sahaja bentuk) menjadi semakin kaya hasil royalti dari pelbagai sumber atas nama Copyright bagi karya mereka. Mereka ada hak pada setiap sen keuntungan yang dikaut. Yelah, dah pecah kepala karang cerita meletop, mestilah ada ganjarannya, kan? Serupa kalau kita berbuat amal dengan niat suci ikhlas tanpa riak, ALLAH tetap bagi ganjaran pahala, kan?

Tetapi hakikat pengarang di Malaysia tak macam ni. (Jangan kau berangan mahu kaya seperti J.K Rowling sekiranya copyright law kat sini tak memihak kamu pun macam ia memihak J.K Rowling). Malah kalau ada pengarang bising, dituduh tamak, tak bersyukur dan sebagainya (sedih!). Creativity is a hardwork tetapi kat sini, hak ke atas kreativiti itu dinafikan. Kadang-kadang terasa macam peminta sedekah pula bila penulis kecil bertanyakan soal royalti. Memang ada akta Hak Cipta tapi tak cukup untuk melindungi pengarang atau pelukis kat Malaysia ni. Keadaan di sini adalah vice versa, pengarang, kena tunduk berputih mata. In fact, kena bayar beribu pulak kalau pengarang atau pelukis nak daftarkan semua ni. Aku pun pernah nak daftarkan karya, tapi bila tengok yuran, duit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan ke atas ciptaan, aku kibar bendera putih!

Memanglah ada terma yang mengatakan kalau kita cipta sesuatu, hakcipta tu secara automatik adalah hak kita. Tapi cubalah pakai kaedah tu kat sini, memang memakan diri sendirilah jawabnya. Silap-silap dah tak boleh melukis kalau ada pihak lain, claim itu hak diorang  (apalagi kalau kau tak mampu nak pasang lawyer) walaupun dah sah-sah dalam komputer, kita yang lukis, yang karang sesuatu karya tu.

Betul, ada sesetengah pengarang kat Malaysia yang dah jadi kaya hasil royalti jualan buku, tak dinafikan. Tapi bukanlah semua nasib pengarang seperti itu. Lambakan novel-novel di pasaran, menimbulkan persaingan sengit. Walaupun orang kata persaingan itu sihat, tapi tak bagi aku. Tiada persaingan yang sihat. Lebih banyak 'PHD'. Kadang-kadang buku dikata tak laku tapi selalu aje sold out kat kedai. Bila diusulkan kepada penerbit, mereka minta pengarang serahkan bukti mengatakan buku tu sold out. Kadang-kadang buku dikatakan dilupuskan, tetapi bila tengok kat kedai, masih ada. Susah nak jangka. Kena rajin buat siasatan tapi hanya setakat tu la, kalau nak ambil tindakan, memang takkan menang kerana perjanjian yang termaktub. Sudahnya memang pengarang yang 'gantung diri'. Kena bersedia terima hakikat, bila buku 'mati' - tiada di pasaran lagi - maka royalti pun mati!

Tapi bila ada  pengarang yang buka mulut, orang boleh kutuk, boleh kata macam-macam, boleh mengaku hak, boleh tuduh itu ini. Tapi sedar tak, seberapa banyak tenaga, masa, kesabaran yang diperlukan pengarang untuk menyiapkan sesebuah cerita - oh! tolak tepi novel yang cuma tangkap muat, cabul atau meniru habis cerita Korea. Belum termasuk ada pengarang yang sanggup 'terbang' melawat sesuatu lokasi demi nak menghidupkan penceritaan dalam karyanya? Wah... cakap banyak pun tak guna... siapalah yang faham? Balik-balik, kena 'tembak' jugak... maka untuk langkah keselamatan masa hadapan agar tidak kena banned, kena 'cerai talak tiga' dan sebagainya, jangan berani-berani melawan penerbit. Pandai-pandailah memilih penerbit sebelum berkarya... Jadi 'budak baik' tauuuu... ngeee...
 

Agaknya pengarang-pengarang kat Malaysia ni kena berpakat, kemudian terbitkan novel sendiri, macam banyak pengarang muda 'bawah tanah' buat sekarang ni... ヽ(* ̄∇ ̄)ノ

Tapi nak bersatu pun payah jugak. Bukan semua penulis Malaysia yang 'berhati putih'. Maksud aku berbalik kepada persaingan yang kononnya sihat la... macam mana nak sihat, kalau ada yang sanggup 'mandrem' kasi penulis yang dia menyampah, tak suka, dendam, dengki, jadi tak sihat sampai tak boleh menulis? Ha, ni satu lagi penyakit penulis Melayu. Asal marah je, santau! Dendam aje, gi jumpa bomoh! Tak percaya? Malas nak explain, nanti ada yang tuduh kurafat pulak. Yang tak kena, belum pernah kena, bolehlah buat lawak pasal mandrem, santau ni... tapi yang dah kena, memang tahulah rasa seksanya macam mana... Aku tak tulis kalau benda ni tak betul sebab aku tak suka cakap bohong, dah aku sendiri kena. Semua yang based on true story okayyy. Pendek kata, kalau nak survive dalam dunia penulisan ni, mental fizikal kena kuat, kena tahan diuji, kena tabah... tak mati dek keji, tak luak dipuji. 

Dan demi meneruskan kelangsungan hidup yang memerlukan duit, maka pengarang terpaksalah sain sahaja perjanjian sedia ada. Terpaksa pejam mata daripada melihat terma-terma yang tidak memihak di kemudian hari, demi mahu melihat buku berada di pasaran dan dibaca pembaca.  Jadi... pengarang yang tak popular dan tak hebat macam aku ni, kena terimalah seadanya apa yang diberi. Pendamkan saje apa yang tak puas hati kalau mahu melihat buku terus berada di pasaran untuk tempoh dua tiga tahun paling lama. Bersedia menerima hakikat buku akan 'mati' - walaupun dipuji bagus oleh para pembaca - kemudian tulis buku baru, untuk dapatkan royalti baru bagi menampung hidup setahun dua akan datang... ibarat proses metamorfosis rama-rama... (T_T)

Macam aku, banyak belajar dari pengalaman dan ketidakadilan lepas. Biarpun tak ada hitam putih menyatakan nasib sebenar aku, hanya cakap mulut. Ditikam, dituduh macam-macam, disoalsiasat macam pendosa besar
(semua tu terakam dalam minda ni sampai sekarang, kalaulah boleh dicucuk USB untuk dipindahkan ke sini satu satu...), pedih tu memang terasa sangat, tapi daripada melukut di tepi gantang, baiklah aku cari rezeki kat tempat lain. Alhamdulillah, selesa dengan dua penerbit sekarang, yang buat aku mampulah nak teruskan hidup sebagai pengarang walaupun belum mampu jadi jutawan... hahahaa... (^_^)y

Rasanya, berbanding Malaysia, pengarang di Indonesia, negara jiran kita sendiri lebih terbela. Soal hak pengarang sangat dititikberatkan. Haihh...entah bila nasib pengarang Malaysia akan terbela*... |||(-_-;)||||||

Mungkin hanya akan terbela di Padang Mahsyar sana nanti... AMIN!


*Macam mana nak terbela, kalau berbunyi aje sikit, terus dibenci, dibanned, dibuang, dikutuk, dituduh tamak... bla...bla...bla... letih! Jadi kalau kamu bukan pengarang 'the chosen one', diam ajelah, labu ((((_ _|||))))!

Wednesday, 30 November 2011

Kredit Kad - 'Along Berlesen'

November 30, 2011
Tergerak hati nak tulis pasal isu kredit kad ni sebab aku pun antara berjuta pemegang kredit kad. 

Ada orang menganggap, pakai kredit kad ni hebat. Lagi-lagi kalau yang bertatus, gold, platinum bagai. Untuk orang kaya memang tak ada masalahlah sebab mereka mampu bayar.
Macam aku dulu-dulu selalu pergi bank, bayar kredit kad bos aku. Limitnya tinggi tapi bos jenis cukup bulan, bayar sebelum dikenakan interest... ala... orang kaya katakan. Sebab tu bos aku pernah cakap, jutawan sejati, takkan berhutang.

Tapi macam mana dengan orang biasa-biasa macam aku kalau pakai kredit kad? 

Mampu ke bayar?

Sebenarnya, tak hebat mana pun kalau pakai kredit kad ni apa lagi kalau setakat gaji bawah RM2500. Serius, memang sakit nak bayar. Aku bukan cakap kosong... based on true story.
Kenapa aku cakap kad kredit ni along berlesen?

Jadi mari aku ceritakan pengalaman aku sendiri...

Aku mula terjebak dengan kredit kad ni dalam tahun 2005. Masa tu dah ada anak. Hubby pulak masa tu sakit teruk. Duit habis beli ubat. Aku kerja pun duit tak cukup. Mana nak beli susu anak, pampers lagi, ubat hubby lagi... sewa rumah lagi, bil, hai... pendek kata, hidup ni memang berbayar kalau nak terus survive. (@_@)

Masa tu nak buat job luar pun takut2 sebab bos warning jangan buat kerja luar. Pantang tok neneknya. Aku buat APO? pun diam-diam, tak sorang pun kat ofis tu tau. Tapi yelah... itu pun tak cukup nak tampung kos hidup. Hidup time tu memang sesak gila. Tapi aku ni pulak jenis tak suka nak pinjam duit walaupun dengan mak abah sendiri. Susah senang aku tanggung sendiri.

So, aku terfikirlah nak pakai kredit kad walaupun ada kawan dah pesan hati-hati jangan jadi macam dia. Kredit kad berkeping, hutang keliling pinggang. Katanya nak buat kredit kad boleh tapi simpan CUMA UNTUK SAAT KECEMASAN SAHAJA! 

Okey, fine, aku berpegang pada kata-kata dia. Aku buat kredit untuk kes-kes emergency. Mula-mula aku apply dari satu bank ni, Mastercard. Lepas tu bank satu lagi Visa. Tapi bank yang ini pandai-pandai kasi kad Master percuma. Aku fikir, tak apalah sebab masa tu memang tak guna lagi. 

Tapi akhirnya...pegangan goyah jugak. Memang aku tak guna untuk shopping sakan. Tapi aku guna untuk keluarkan CASH ADVANCED! Sebab gaji dan duit sampingan dari APO? memang tak cukup waktu tu. Susahnya kami waktu tu, jangan cakaplah. Dengan macam-macam dugaan yang datang. Anak pun asyik demam, hubby lagi macam orang nak mati masa tu. Perrghhh... aku tak taulah dari mana datangnya kecekalan masa tu... 

Aku fikir dari pinjam duit dengan along, baik aku buat cash advanced dengan kredit kad bila sesak tak de duit. Tapi dari RM100, 200 tu la hutang kredit kad beranak pinak. Kena pulak jumlah kredit limit RM20 ribu! Jadi aku anggap macam buat loan ajelah. Pejam mata aje. Bayar pulak minimum payment. Yelah, bukan orang kaya, mana nak mampu langsaikan sekelip mata. \(_ _;)/

Bila limit dah habis, bank call, siap boleh tanya, nak naikkan limit lagi tak...kononnya sebab aku tak miss bayar. Oh, tidak! Cukuplah! ヽ(ー_ー )ノ
imej di ambil dari sini : http://labho.com/phoning-to-your-website-from-credit-card-debt/

Hutang lapuk kad kredit tu masih aku bawak sampai berhenti kerja. Bayangkan, kalau time kerja pun membayar hutang kredit kad macam gali lubang tutup lubang, inikan pula bila dah berhenti. Memang seksa! nak langsaikan RM700 setiap bulan. Bayangkan dah macam bayar instalment kereta. Dari RM20k bila dah masuk interest dan cas-cas terkumpul yang lain, hutang tu dah meningkat jadi dekat RM30! Memang boleh dapat Viva sebijik. (O_O)

Sebab tulah aku cakap kredit kad ni 'along berlesen'. Bank bagi pinjam duit dengan interest tak masuk akal. Tinggal lagi depa tak cari kita sampai ke lubang cacing dengan cara kejam aje...hehehe... Abis kuat pun call hari-hari, hantar surat warning, surat mahkamah ke apa ke... Dorang tak kejam sebagaimana along...(∩_∩;)P
Bayangkan dari tahun 2005 aku sangkut dengan hutang kad kredit. Hidup memang tak tenteram. Lambat sehari je bayar, bank dah call mintak bayar. Hanya pada tahun 2009 aku mampu langsaikan semuanya. Terus tutup buku. Gunting semua kredit kad yang ada. Sengsara beb! Tak ada indahnya memakai kredit kad tu walaupun bank pujuk suruh kekalkan.

Bila habis hutang kredit memang lega sangat-sangat. Tak payah sesak kepala mana nak cekau duit bayar hutang kad. Alhamdulillah juga, rezeki pun perlahan-lahan masuk, walaupun tak banyak sehingga membolehkan aku jadi jutawan tapi cukuplah buat aku dapat hidup tenang, sementelah hubby pun dah pulih dari sakit.

src: eliminate-creditcard-debts.com
Sebab tu aku tak heran kalau tengok orang biasa-biasa, hulur kredit kad time nak bayar apa-apa kat kaunter. Tengok kad kredit memanglah cantik. Kaler emas! Kaler perak. Macam hebat je, muka cool turunkan tandatangan kat resit yang beratus ringgit. Tapi kita bukannya tahu hutang dia dah berapa. Bukan sekali dua aku tengok orang yang beratur depan aku kad kredit takleh swap. Eh, boleh lagi hulur kad lain. Pun tak leh swap jugak! Nak bagi cash tak ada. Ha, tu tanda memang ada masalah...

Kadang aku tak faham sesetengah orang bayar makan kat Kenny Rogers, Secret Recipe ke, even KFC pakai kredit kad. Okey fine kalau ada yang nak jawab, diorang tak bawak cash. Tapi beb, kalau makan pun nak bayar pakai kredit kad, tak ke sakit namanya tu?

Setakat makan tu biarlah bayar cash, sebab makanan akan jadi darah daging. Bila dah jadi darah daging memang susahlah dengan hutang. Jadi...tak perlulah nak berlagak tayang kredit kad, walau apa warna sekalipun... 

Hidup ni sebenarnya memang tenang tanpa hutang. Jadi adik-adik, fikir panjang sebelum nak pakai kredit kad. Kalau setakat nak tayang betapa luxury hidup kau - walaupun hakikatnya biar papa asal bergaya - baik lupakan aje niat tu. 

Lakukan setiap perkara dalam hidup ni dengan tunai.

Sekian... salam sayang...(^o^)y♥♥♥

Tuesday, 22 November 2011

Hijab...

November 22, 2011
Menurut kamus, hijab antara lain bermaksud; 1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab.

Tapi dalam dunia paranormal, hijab dikaitkan dengan tirai yang memisahkan dunia kita dengan dunia alam ghaib. Arwah nenek aku pun dulu-dulu banyak bercerita pasal kisah-kisah misteri ni. Best... aku suka... mungkin tu juga yang menyebabkan aku dapat menulis dan bertahan di Majalah APO? dengan cerita-cerita misteri sampai sekarang.

Tapi pernahkah korang rasa macam mana kena hijab?
Aku pernah... berkali-kali... sampai akhirnya sekarang, aku rasa sense aku tak dah kuat macam dulu-dulu. Aku lambat detect sebarang perkara aneh yang berlaku. Kawan-kawan sekeliling menegur, baru aku tersentap.

Seksa rasanya bila dihijab orang, apalagi kalau berada dalam kerja yang memerlukan otak dan minda 100%, maksud aku menulis. Otak perlu sentiasa memikirkan cerita-cerita yang dapat memuaskan hati pembaca.

Tapi bilamana kamu mengalami saat idea terlalu banyak dalam kepala, in fact, ada yang sudah dibuat plot, dibuat kerangka ceritanya tetapi apabila mahu diterjemahkan menjadi ayat-ayat membentuk novel, kamu akan rasa tertekan, tak ada mood langsung, sakit kepala, badan lemah, tak bertenaga sampai tahap akhirnya terasa mahu berhenti menulis. Semua pun kamu mahu delete... buang...buang...buang dan buang...rasa kamu sudah tidak mampu menulis... Saat itu kamu mungkin memikirkan kamu memang pemalas.

Apabila aku menuliskan perkara ini sebelum ini, ada yang buat lawak di FB... tak mengapa. Kerana mereka belum merasa...bagi mereka tahyul...karut...tapi sama macam kebanyakan cerita-cerita misteri yang beredar di pasaran termasuk apa yang pernah aku tulis di APO?, perkara sebegini memang tidak mustahil. Semakin orang tidak peduli dan menganggap karut, semakin mudah ia meresap. Aku bukanlah nak suruh kalian percaya bulat-bulat... tidak... tapi sekadar bejaga-jaga.

Macam aku sendiri, aku fikirkan semuanya sudah kembali normal, dan aku meroyan tak dapat menulis lagi sebab aku ni PEMALAS... aku dah tak nak ambil tahu... memang aku sorang-sorang aje, buat sendiri menjauhkan diri dari semua kehangatan dunia menulis.

Tapi seseorang dah kejutkan aku... yang mana buat aku terdiam... berfikir panjang dengan penyesalan sebab tak lagi aware pasal benda ni. Kata orang itu kerana aku popular... sumpah, aku bekerut-kerut dahi... popular mananya aku ni? Buku pun ada yang tak laku!

Tapi orang yang baik hati itu tetap 'membasuh' supaya cepat-cepat sedar. Aku tak sangka pihak itu sanggup menghijabkan aku supaya jadi, kosong, kering idea, berhenti menulis, semua orang benci, agar aku akhirnya jadi terkontang-kanting seorang diri, mahu buat karier dan family aku hancur! Kejam! Dan semua tu dilakukan diam-diam. Tak pernah ada yang tahu atau nak ambil tahu...dan takkan sangka pun!

Jadi saat ni, aku macam baru bangun tidur, tersedar dan mengaku memang aku menyumpah-nyumpah sebab terlampau terkejut dan tak sangka. Tapi bila ramai yang bagi sokongan, berikan doa yang baik-baik, aku rasa aku perlu bangkit balik... walaupun aku tak ada ilmu ghaib untuk cantas apa yang dia buat pada aku.

Satu aje doa aku, semoga al-Kasyaf membuka hijabnya pula suatu hari nanti... Aku ada dalam industri buku bukan sebab nak cari musuh cuma nak cari rezeki yang halal...

Terima kasih bagi yang mempersendakan cerita ni...biarlah sebab aku ni tak luak dipuji, tak mati dek keji...
Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Lily dan Kak Sal yang banyak bantu bagi semangat kat aku dan pada Kak Norhayati Berahim yang tak jemu bagi nasihat bila aku down bab menulis...
Terima kasih tak terhingga dengan kasih sayang buat kalian yang menyokong perjalanan karier aku dan sentiasa mendoakan baik-baik... perghhh tetiba sendu aku seyyyy... (^_^)

Dihijabkan orang macam mana sekalipun, kalau niat baik dan tulus berkarya, saya yakin orang akan tetap sudi baca karya kecil saya sampai bila-bila... (^_^)v ♥♥♥

Jadi, dengan itu, aku dengan segala kekuatan semangat yang masih tersisa, mengembalikan "A Blog To Remember" ni... sebagai tanda aku akan fight macam mana aku fight dalam game Tekken sampai jadi Dragon Lord (setakat ni la... pasni sambung main lagi sampai jadi Tekken God pula) sori ter'mengarut' pulak...hahahaha

Daaaa...
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016