Wednesday, 29 February 2012

Bertempur Dengan Jembalang : PROLOG

February 29, 2012
PROLOG
 
photo diambil dari shutterstock
 BRIGEDIER Jeneral Dato' Ibrahim Ali mengeluh panjang. Fail mengandungi profil tentera terlatih itu diletakkan ke atas meja. Sejenak dia termenung. Dahinya berkerut membuatkan dia kelihatan benar-benar dalam masalah. Sambil sekali lagi menghela nafas panjang, Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bangun mendekati tingkap. 

Lama dia melemparkan pandangan ke luar sebelum kembali memandang Leftenan Kolonel Nazrin yang setia tegak berdiri di hadapan mejanya. 

“Berapa orang yang terselamat?” tanya Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali dengan suara serius. 

Leftenan Kolonel Nazrin terdiam sejenak sebelum turut menghembus nafas penuh kesalan. “Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng. Itu pun kedua-duanya agak parah, masih di ICU.” 

“Harapan?” 

“Menurut kata doktor, 50-50. Tapi saya dapati kedua-duanya sangat kuat semangat juang. Macam Kapten Zhafri, saya dapati dia mula memberikan tindakbalas apabila disentuh walaupun sangat lemah.” Leftenan Kolonel Nazrin menerangkan. 

 Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali segera mendekati meja dan mengambil kembali fail dari atas meja. Dia mencari profil dua anggota tentera yang dikatakan oleh Leftenan Kolonel Nazrin. Gambar Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng ditenung lama. 

“Jadi yang lain tak dapat diselamatkan?” Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bertanya. 

Leftenan Kolonel Nazrin pantas menggeleng. “Tapi mayat Mejar Roslan bin Abdullah dan Leftenan Komander Uzir sahaja yang belum ditemui.” 

Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali terdiam tidak terkata lagi. Diam-diam, timbul penyesalan dalam hatinya kerana kegagalan operasi khas di Hutan Borneo, gagal seratus peratus. Malah telah mengorbankan nyawa hampir semua anggota. Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka semua...

Thursday, 23 February 2012

Novel misteri + thriller + action = Bertempur Dengan Jembalang

February 23, 2012
Salam semua...

Mula-mula nak mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa sahaja yang hantar emel dan komen dan mesej. Aku cuba sebaik mungkin membalas...kalau lambat tu, maafkanlah...jangan marah ye...harap mengerti... sebab sekarang ni aku rasa macam nak nangis pun ye jugak. Cuak...bimbang...macam-macam hal.

Normal, menjelang pesta buku, banyak kerja nak kena siapkan. Kena pulak aku bukan cuma menulis, tapi buat illustrasi jugak. Komitment pada APO? pun takleh dipinggirkan. Amanah orang untuk siapkan buku berilustrasi mesti kena habiskan sebelum pertengahan Mac. Aku memang kalut...mana fikir tanggungjawab sebagai surirumah tangga lagi. Kalau bujang takpe la... tak peduli orang lain tak makan tak minum, rumah sepah ke hapa ke... sendiri maaa... Hidup berkeluarga ni lain. Takleh sangat nak kejar duniawi. Kalau masa hidup suami dan anak tak dijaga, besok kalau tak bertemu kat Padang Mahsyar, jangan salahkan diri sendiri pulak. (^_^)v
Eh, terpanjang pulak mukadimah... 

Sebenarnya, dalam sibuk-sibuk siapkan kerja orang lain, aku pun gagahkan diri siapkan novel misteri + thriller + action bagi memenuhi permintaan pembaca-pembaca yang mengikuti karya aku kat APO? Cover ni sementara sahaja. Gambar 'asoka' hensem tu kena beli wehhhh... bukan boleh main tempek aje. Dah confirm segala benda nanti, barulah boleh beli lesennya...begitu cara orang berhemah buat cover ya... takleh curi sembarangan aje gambar kat google pastu claim, idea sendiri, konsep sendiri... phewww...


 *Sendiri tulis, sendiri buat cover... asyik bangetttt...! (^_^)*
Cerita ni sebenarnya diangkat dari karya aku yang pernah tersiar dalam Majalah APO? lama dulu menggunakan tajuk yang sama. Masa tu dah dapat permintaan dari beberapa pembaca lelaki yang mintak aku panjangkan jadi novel tapi masa tu aku tak ada keyakinan nak buat.
Sekarang ni baru ada semangat nak buat novel berdasasarkan BDJ tu...
Sebarang perkembangan pasal novel BDJ ni akan aku war-warkan kat http://www.facebook.com/RoseHarissa.
Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan korang semua...
I love uols! (^_^)/~~ ♥♥♥
Daaa... nak sambung buat kerja doanggg... 

Tuesday, 14 February 2012

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 2

February 14, 2012
Salam semua...
Maaf ya darling-darling sekalian yang setiap kali masuk ke sini takde entri baru... 
Aku tengah sibuk sangat-sangat... banyak benda nak cerita sampai tak tertulis kat sini, sebab utamakan kerja dulu...sampai tak sempat-sempat nak memasak, ngemas rumah, lipat baju...owhhh...sangat tak mithali rasanya...haihhhh

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya dan hantar mesej pasal braces yang aku pakai. Kalau dicongak, dah masuk 10 bulan aku pakai braces. Nak kata gigi dah rapat tu tak lah... masih ada ruang tang bekas cabut yang empat batang tu. Setiap kali jumpa doktor, beliau kata, baru proses meratakan gigi, proses tukar-tukar dawai, dari halus ke yang paling tebal. Belum masuk proses nak tarik gigi tu ke belakang. Doktor kata boleh dipercepatkan tapi aku akan merana sakit. Bab sakit tu yang ngeri tu... jadi aku pun okey ajelah... ambil langkah slow and steady. 

Setakat ni yang paling ketara berubah, adalah gigi taring aku yang dah flat... jadi bila sengih tu gigi taring tu tak tersembul lagi.

Ada yang bila jumpa, kata muka aku lain. Bagi aku, nak kata lain sangat tu takdelah sangat kut. Sikit-sikit adalah bezanya kalau tengok gambar dulu dengan sekarang, terutama part senyum. Yelah, dulu senyum nampak gusi... malu je sebab rasa diri hodoh tu yang jadi kurang yakin diri tu, dahlah dulu kala tak pakai tudung, memang macam 'jebeng' laa... (ha...tak tau apa itu jebeng? cari tahu sendiri...hehehe)... nak senyum depan Tan Sri, Tengku pun segan silu...sebab takut depa tak jadi buat pagar bila tengok gigi aku tersembul keluar... heeeee...☆⌒(>。≪)


Kalau ada kawan sekolah lama yang tegur tak caya muka aku lain... tu maknanya aku ni makin tua...kedut-kedut kat mata dah makin nampak... pipi pun dah makin labuh (yelah... aku tak koser nak pergi buat face shaping ke apa ke...). Lagipun kadang kalau muka cukup tidur tu memang nampak fresh giler ler... tapi bila sampai musim bertapa... memang macam panda tak cukup daun buluh... kering...kusam...berminyak...cuma nasib baik tua-tua ni tak naik jerawat kronik macam zaman anak dara dulu.

Apapun, aku bersyukur sebab akhirnya dapat jugak pakai braces walaupun di usia tua. Aku takleh jaga teliti sangat pun...sebab masih minum nescafe, yang panas pulak tu, jadi proses nak rapat tu mungkin ambil masa... sebab bagi yang pakai braces, jangan tak tau, ada sesetengah makanan yang mempengaruhi bending dawai braces itu sendiri... Makanan berasid, beralkali tu semua pengaruhi penarikan braces. Kalau tak jaga, degil nak makan benda-benda keras, alamat...bersedialah menerima risiko dawai tergelincir dari bracket ke...atau bracket itu sendiri tercabut dari gigi...!

Setakat ni aku cuma alami dawai tergelincir dari gigi sebab ketegaq duk makan coklat ferrero rocher...hahaha... nasib baik dawai tu jenis halus dan aku boleh tarik sendiri dengan pengepit masukkan balik dalam bracket. Lepas tu kalau keluar, memang leceh bila part makan... kene gosok gigi lepas tu. Kadang kalau malas, aku cungkil aje dengan berus kecik dan kumur sampai bersih. Yelah, kalau kedai makan tu tempat cuci tangan dia tertutup, bolehlah kau gosok gigi dengan ubat giginya sekali... tapi kalau terbuka? Tak selera orang nak makan kalau nampak kita tengah gosok gigi... iskkk...

Jadi begitulah perkembangan terkini berkenaan braces yang aku pakai. Harap dapat bantu beri semangat kepada sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu, tak yakin nak pakai braces... Ingat, kita bukan mengubah ciptaan ALLAH, sekadar menambahkan lagi keyakinan diri. Dan kalau itu mampu meningkatkan keyakinan dan pandangan orang lain, ucapkanlah ALHAMDULILLAH...\(^ ^)/
Haihh... skema la pulak... 

Sampai jumpa lagi di lain entri... daaaaa ( ^_^)/

Thursday, 5 January 2012

2012 disambut dengan Blues Amni : Cik Propagandis

January 05, 2012
2012 sudah datang. 2011 ditinggalkan dengan macam-macam pengalaman termasuk yang pahit-pahit sehingga tak mahu menulis lagi.

Tapi Alhamdulillah... berkat doa dan sokongan orang-orang yang sayang aku, pembukaan awal tahun 2012 ni disambut dengan novel chicklit dari PTS bertajuk BLUES AMNI : Cik Propagandis (asalnya adalah Oh! Propanya tapi ditukar tajuk pada saat akhir atas sebab-sebab bahasa).

Gabungan kisah-kisah semasa aku kerja dulu. Ada hikmah rupanya bersusah payah kerja dulu. Boleh jadikan idea buat novel. Jadi sesiapa yang nak tahu gimana caranya orang kaya, cara kerja arkitek, kontraktor, dan sebagainya dalam dunia pembinaa, boleh dapatkan siri Blues AMni ni...
Tapi harus diingat ya, tarikh terbitnya adalah 11 Januari 25 Jan 2012, tetapi itu cuma anggaran je. Tolak masa masuk gudang, kiraan stok, itu ini... mungkin akan masuk pasaran @ kedai sekitar awal Februari. Begitulah adalahnya...



Harga: RM 16.50 / RM 18.50

ISBN-13: 978-967-408-042-6

Tarikh Terbit: 11 Jan 2012 25 Jan 2012

Sinopsis

Ikuti sambungan kisah hidup Amni. Dalam siri ini, Amni tidak pernah menyangka dia akan bertemu dengan seorang propagandis - orang yang menyebarkan propa­ganda.
Kehadiran Syura, kerani akaun baru di PSK Alloy menambahkan lagi bencana dalam hidup Amni. Bertambah pening apabila ada pereka yang sibuk meminta-minta komisen projek daripada Amni. Amni terasa mahu lari ke Gua Niah!
Adam yang menyedari keperitan Amni, menawarkan kerja di firmanya. Bern pula seperti biskut, sekejap ada, sekejap tiada dalam hidup Amni.
Dapatkah Amni mempertahankan kesabarannya demi mencapai cita-cita menjadi pereka besi paling berjaya seantero Malaysia? Ataupun Amni terpaksa menguburkan sahaja impian itu?
______________________________________________

Bagi yang bertanyakan novel dewasa Rose Harissa @ Nora Ismail, maaf, aku sendiri tak dapat nak menjawabnya. Mungkin kalau Tuhan izinkan, diberikan kesihatan dan kekuatan, akan ada novel dewasa dari aku yang tak berapa nak 'popiler' ni... (_ _|||)

Apapun, belum terlambat aku ucapkan ヽ@(^ェ^*)@ノ☆.。.:*・゜☆SELAMAT TAHUN BARU 2012☆゜・*:.。.☆ヽ@(*^ェ^)@ノ buat semua yang sudi singgah di blog merah ni... (⌒∇⌒)ノ

Saturday, 10 December 2011

Mengapa pengarang seperti J.K Rowling semakin kaya?

December 10, 2011
J.K. Rowling is now one of the most famous authors in the world, who can financially take care of her family beyond her wildest dreams. But imagine how crushed she would have been, if someone had taken her book after she wrote it in the coffee shop, and had printed it themselves without paying her any money, or had arranged for a movie to be made from the book, or arranged for computer games and music to be created based on the book, and had not given J.K. Rowling a penny!

The reason that did not happen is a law called “copyright law.” It’s a powerful law that protects creativity. It can change lives like it changed J.K. Rowling’s life, and the lives of everyone who loves her books. It’s Copyright Power!

Copyright law gave J.K. Rowling copyright power! It says that she alone has the right to decide who can make copies of her book, who can turn her book into a movie, or a computer game, or a song. This is a great power for an author, and J.K. had the power to decide who could do those things, and how much money they would have to pay her.

J.K. Rowling now enjoys millions of dollars in royalties and merchandising revenues from the incredibly successful film adaptations of her books...

sumber : baca di sini untuk maklumat lanjut (KLIK)


Kontroversi yang berlaku dalam dunia buku yang melibatkan seorang pengarang novel tersohor Malaysia baru-baru ni, membuatkan aku terpanggil nak tulis entri ni (sebab teringat nasib yang pernah aku terima suatu waktu dulu dari penerbit yang sama). Aku sedar aku bukanlah pengarang ternama. Mungkin juga apa yang aku tulis akan menimbulkan rasa kurang senang sesiapa yang terasa. Tak pedulilah... sabar pun ada hadnya. Tapi ada antara luahan pengarang tersebut yang aku sokong dan berkata dalam hati, 'akhirnya ada juga pengarang yang berani bersuara soal hak...'

Dah tentu kelantangan beliau menimbulkan banyak rasa kurang senang. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Biasalah... hakikat kebenaran memang tak selalu 'manis'. Bukan semua orang boleh menerima secara terbuka apa yang kita cakap. Tetapi tak tahulah samada mereka sedar atau tak tentang hak. Betul, dalam perjanjian termaktub beberapa perkara yang perlu dipatuhi penulis. Namun sebenarnya di akhir cerita, akan berlaku banyak ketidakadilan bagi pihak penulis, iaitu orang asal yang memerah otak memikirkan cerita untuk menjadi antara yang best seller. Hakikatnya memang tiada win-win situation... parah!

Sebab tu pengarang luar negara seperti (sekadar menyebut dua nama) J.K Rowling, Stephanie Meyers (yang buku mereka difilemkan, dibuat merchandise, atau apa sahaja bentuk) menjadi semakin kaya hasil royalti dari pelbagai sumber atas nama Copyright bagi karya mereka. Mereka ada hak pada setiap sen keuntungan yang dikaut. Yelah, dah pecah kepala karang cerita meletop, mestilah ada ganjarannya, kan? Serupa kalau kita berbuat amal dengan niat suci ikhlas tanpa riak, ALLAH tetap bagi ganjaran pahala, kan?

Tetapi hakikat pengarang di Malaysia tak macam ni. (Jangan kau berangan mahu kaya seperti J.K Rowling sekiranya copyright law kat sini tak memihak kamu pun macam ia memihak J.K Rowling). Malah kalau ada pengarang bising, dituduh tamak, tak bersyukur dan sebagainya (sedih!). Creativity is a hardwork tetapi kat sini, hak ke atas kreativiti itu dinafikan. Kadang-kadang terasa macam peminta sedekah pula bila penulis kecil bertanyakan soal royalti. Memang ada akta Hak Cipta tapi tak cukup untuk melindungi pengarang atau pelukis kat Malaysia ni. Keadaan di sini adalah vice versa, pengarang, kena tunduk berputih mata. In fact, kena bayar beribu pulak kalau pengarang atau pelukis nak daftarkan semua ni. Aku pun pernah nak daftarkan karya, tapi bila tengok yuran, duit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan ke atas ciptaan, aku kibar bendera putih!

Memanglah ada terma yang mengatakan kalau kita cipta sesuatu, hakcipta tu secara automatik adalah hak kita. Tapi cubalah pakai kaedah tu kat sini, memang memakan diri sendirilah jawabnya. Silap-silap dah tak boleh melukis kalau ada pihak lain, claim itu hak diorang  (apalagi kalau kau tak mampu nak pasang lawyer) walaupun dah sah-sah dalam komputer, kita yang lukis, yang karang sesuatu karya tu.

Betul, ada sesetengah pengarang kat Malaysia yang dah jadi kaya hasil royalti jualan buku, tak dinafikan. Tapi bukanlah semua nasib pengarang seperti itu. Lambakan novel-novel di pasaran, menimbulkan persaingan sengit. Walaupun orang kata persaingan itu sihat, tapi tak bagi aku. Tiada persaingan yang sihat. Lebih banyak 'PHD'. Kadang-kadang buku dikata tak laku tapi selalu aje sold out kat kedai. Bila diusulkan kepada penerbit, mereka minta pengarang serahkan bukti mengatakan buku tu sold out. Kadang-kadang buku dikatakan dilupuskan, tetapi bila tengok kat kedai, masih ada. Susah nak jangka. Kena rajin buat siasatan tapi hanya setakat tu la, kalau nak ambil tindakan, memang takkan menang kerana perjanjian yang termaktub. Sudahnya memang pengarang yang 'gantung diri'. Kena bersedia terima hakikat, bila buku 'mati' - tiada di pasaran lagi - maka royalti pun mati!

Tapi bila ada  pengarang yang buka mulut, orang boleh kutuk, boleh kata macam-macam, boleh mengaku hak, boleh tuduh itu ini. Tapi sedar tak, seberapa banyak tenaga, masa, kesabaran yang diperlukan pengarang untuk menyiapkan sesebuah cerita - oh! tolak tepi novel yang cuma tangkap muat, cabul atau meniru habis cerita Korea. Belum termasuk ada pengarang yang sanggup 'terbang' melawat sesuatu lokasi demi nak menghidupkan penceritaan dalam karyanya? Wah... cakap banyak pun tak guna... siapalah yang faham? Balik-balik, kena 'tembak' jugak... maka untuk langkah keselamatan masa hadapan agar tidak kena banned, kena 'cerai talak tiga' dan sebagainya, jangan berani-berani melawan penerbit. Pandai-pandailah memilih penerbit sebelum berkarya... Jadi 'budak baik' tauuuu... ngeee...
 

Agaknya pengarang-pengarang kat Malaysia ni kena berpakat, kemudian terbitkan novel sendiri, macam banyak pengarang muda 'bawah tanah' buat sekarang ni... ヽ(* ̄∇ ̄)ノ

Tapi nak bersatu pun payah jugak. Bukan semua penulis Malaysia yang 'berhati putih'. Maksud aku berbalik kepada persaingan yang kononnya sihat la... macam mana nak sihat, kalau ada yang sanggup 'mandrem' kasi penulis yang dia menyampah, tak suka, dendam, dengki, jadi tak sihat sampai tak boleh menulis? Ha, ni satu lagi penyakit penulis Melayu. Asal marah je, santau! Dendam aje, gi jumpa bomoh! Tak percaya? Malas nak explain, nanti ada yang tuduh kurafat pulak. Yang tak kena, belum pernah kena, bolehlah buat lawak pasal mandrem, santau ni... tapi yang dah kena, memang tahulah rasa seksanya macam mana... Aku tak tulis kalau benda ni tak betul sebab aku tak suka cakap bohong, dah aku sendiri kena. Semua yang based on true story okayyy. Pendek kata, kalau nak survive dalam dunia penulisan ni, mental fizikal kena kuat, kena tahan diuji, kena tabah... tak mati dek keji, tak luak dipuji. 

Dan demi meneruskan kelangsungan hidup yang memerlukan duit, maka pengarang terpaksalah sain sahaja perjanjian sedia ada. Terpaksa pejam mata daripada melihat terma-terma yang tidak memihak di kemudian hari, demi mahu melihat buku berada di pasaran dan dibaca pembaca.  Jadi... pengarang yang tak popular dan tak hebat macam aku ni, kena terimalah seadanya apa yang diberi. Pendamkan saje apa yang tak puas hati kalau mahu melihat buku terus berada di pasaran untuk tempoh dua tiga tahun paling lama. Bersedia menerima hakikat buku akan 'mati' - walaupun dipuji bagus oleh para pembaca - kemudian tulis buku baru, untuk dapatkan royalti baru bagi menampung hidup setahun dua akan datang... ibarat proses metamorfosis rama-rama... (T_T)

Macam aku, banyak belajar dari pengalaman dan ketidakadilan lepas. Biarpun tak ada hitam putih menyatakan nasib sebenar aku, hanya cakap mulut. Ditikam, dituduh macam-macam, disoalsiasat macam pendosa besar
(semua tu terakam dalam minda ni sampai sekarang, kalaulah boleh dicucuk USB untuk dipindahkan ke sini satu satu...), pedih tu memang terasa sangat, tapi daripada melukut di tepi gantang, baiklah aku cari rezeki kat tempat lain. Alhamdulillah, selesa dengan dua penerbit sekarang, yang buat aku mampulah nak teruskan hidup sebagai pengarang walaupun belum mampu jadi jutawan... hahahaa... (^_^)y

Rasanya, berbanding Malaysia, pengarang di Indonesia, negara jiran kita sendiri lebih terbela. Soal hak pengarang sangat dititikberatkan. Haihh...entah bila nasib pengarang Malaysia akan terbela*... |||(-_-;)||||||

Mungkin hanya akan terbela di Padang Mahsyar sana nanti... AMIN!


*Macam mana nak terbela, kalau berbunyi aje sikit, terus dibenci, dibanned, dibuang, dikutuk, dituduh tamak... bla...bla...bla... letih! Jadi kalau kamu bukan pengarang 'the chosen one', diam ajelah, labu ((((_ _|||))))!
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016