Friday, 29 May 2009

YUNA

May 29, 2009
Yang ditunggu dah tiba . EP dari Yuna atau Yunalis Zarai. Terlepas CD ni dua kali sebab sold-out. Dan ini batch ke 3 kalau tak silap. Mula terpikat dengan kebolehan Yuna bila terjumpa myspacenya sejak tahun lepas. Dengar lagu 'Deeper Conversation' terus jatuh chenta ... tapi masa tu aku pulak malas nak meredah cari kat Wondermilk kat area Damansara kalau tak silap. Duk dengar kat yunaroomrecords aje...
Awek bertudung yang terer main gitar beb! Siap boleh buat lagu lagi, padahal dia study law. Suara dia sedap! Ada a.k.a Syuhada, tak nak jadi cam Yuna ke? Memang aku kagum ngan Yuna . Keluar album dengan duit sendiri dan jual sendiri... dan laku keras! Tapi itulah, kalau dah namanya talented, walaupun pada awalnya tak berjaya masuk One In Million, tapi dari sudut underground Yuna sangat popular dan disukai ramai. Dan sekarang lebih popular sampai pernah dijemput menyanyi kat luar negara seperti London, Singapura etc... magic sungguh awek sorang ni...
Nak beli EP Yuna, klik sini http://www.myspace.com/yunaroomrecords
Aku suka semua lagu dalam CD ni! Boleh beri inspirasi untuk menulis manuskrip baru!

PARAS DAN RUPA...

May 29, 2009
Salam semua...
Hubby pernah pesan kat aku, biar rupa tak lawa asalkan tahu jaga diri, hati baik dan pakai cantik-cantik. Pesanan yang dibuat bila aku nangis dengar orang kutuk aku tak padan dengan dia. Masa dengar tu rasa lega jugak... almaklumlah hubby yang pujuk... Sebab tu aku lepas bertudung, nak gi kedai depan pun siap lipat dan pin tudung. Supaya hubby tak malu jalan ngan aku .
Tapi kadang-kadang tu masih ada gak rasa tidak relevannya pesanan itu. Kadang-kadang hati yang diprovok oleh syaitan yang direjam ini selalu gak berkata-kata, kalau dah muka tak lawa, pakai lawa-lawa pun tak nampak lawa jugak! Macam tak bersyukur bunyinya kan? Tapi apa perasaan anda kalau rupa anda diperkatakan. Macam aku, berapa ramai orang sering mempersendakan gigi aku ni . Sampai masa kat UTM dulu, budak-budak sengal batch architecture siap gelarkan aku 'hantu gigi'. Aku nangis sorang diri bagai nak rak. Sebab tu aku tak pernah ada hati pada budak-budak arkitek yang lebih memandang rupa (tapi bila diorang kahwin sekarang, rupa bini diorang takdelah lawa mana pun... )
Nak tahu lagi satu cerita sadis? Kisahnya, artikel aku tentang IRC pernah keluar dalam suratkhabar masa study dulu, siap dengan gambar (hitam putih). Aku simpan keratan tu dalam rak dalam bilik yang aku kongsi bersama watak sampingan dalam BCM. Entah macam mana, keratan akhbar tu hilang. Puas aku cari. Tup-tup aku dapat surat mengandungi keratan akhbar tu. Siapa yang buat semua tu? Wallahualam... Tau isinya apa? Antaranya...
'Eh Nora, kau ingat kau dah masuk suratkhabar, kau popular ke? Tapi apsal gambar kau dalam suratkhabar ni nampak cantik hah? Padahal kau kat luar tak cantik pun. Kau buat pembedahan plastik ke? Tapi, aku tau kenapa, sebab kau kulum gigi kau yang 'jongang' tu! Hahaha!'
Ha, apa perasaan korang? Perasaan aku? Sedih amat... . Kebetulan muka aku dalam gambar tu nampak cantik sikit nampak macam budak kiut dengan rambut bertocang. Aku ingat sampai sekarang isinya sebab ia amat-amat mendukacitakan aku sampaikan buat aku mula jadi kera sumbang, malas berkawan dengan sesiapa. Mujur ada Azalan masa tu... hehe...
Sekarang, paling aku sentap bila orang tak ada mood beli atau baca buku aku bila tengok gambar muka aku kat profil dalam buku. Perghhh... susahlah aku nak cari makan lepas ni, buku tak laku atau jadi tak best disebabkan rupa penulis... sedih sungguh... Rupanya selain faktor cover tak cantik, faktor rupa penulis pun memainkan peranan buku laku tak laku ya ? Agaknya zaman sekarang kalau nak jadi penulis pun kena berwajah cantik, kaya dan glamour baru orang nak beli buku tu ya... susahlah orang macam aku ni, insan biasa yang tak punya apa... hahah, ayat sendu...
Nampaknya lepas ni aku kena kumpul duit untuk pakai pendakap gigi. Biar tahun-tahun akan datang, aku dapat senyum dengan yakinnya macam iklan ubat gigi bila bergambar... Sebenarnya dah lama nak pakai... tapi tau ajelah... mahal... tapi kalau tak pakai, susah, sebab aku kalau bergambar muka mesti nampak garang atau masam sebab susah nak senyum, takut nampak gigi . Setahu aku, Tuhan tidak pernah melarang manusia dari melakukan sesuatu untuk mencantikkan diri jika ia menimbulkan aib dan menjadi gurauan orang lain. Bila kekurangan diri itu membuatkan kita kurang yakin berhadapan dengan orang ramai... aku tak ingat dah hadis tu dan fatwa tu... korang google ler sendiri...
Tapi hubby dan Ik marahlah pulak bila aku kata nak pakai pendakap gigi... susah gak camni...
Dengar cakap suami dan anak, atau ubah perkara yang jadi bahan gurauan orang lain?

Tapi bila difikirkan balik, ah! Lantaklah apa orang nak cakap... jadi diri aku memang best! Sebab aku ada tangan yang boleh melukis cantik-cantik, ada hubby yang punya rupa chinese look dan anak yang comel lagi witty! Hahaha, pujukan sengal untuk diri sendiri. Kena pinjam tagline Loreal.. because I'm worth it!

Wednesday, 20 May 2009

EVO

May 20, 2009
"I got to work hard to get it."

Aku masih ingat kata-kata Datin Fauziah Haron (bekas Ratu Cantik Malaysia/World tahun 1975) mengenai Mercedes Sport yang dimilikinya. Masa ni aku berurusan dengan beliau untuk projek Istana Seri Menanti Negeri Sembilan. Beliau menghadiahkan kereta itu kepada diri sendiri setelah berjaya dengan firma hiasan dalaman NU-Pop Designs Sdn Bhd yang dimilikinya. Datin sendiri orangnya sangat bekerja keras, masih bertenaga turun ke tapak projek. Seseorang yang bergelar Datin pun sanggup berusaha keras untuk mendapatkan kereta idaman. Inikan pula orang biasa-biasa macam aku ni .
Kalau Ain Maisarah menetapkan sasaran mahu jadi jutawan, aku pulak menetapkan sasaran mahu beli Evo dengan duit menulis . Ya, ya, aku faham... mesti ada yang gelakkan aku. Tulis novel baru berapa biji dah berangan nak Evo yang harganya lebih RM300K tu sama harga dengan sebuah rumah teres 2 tingkat di Putra Heights yang juga aku angan-angankan. Jangan katakan korang gelakkan aku, hubby sendiri terkekeh-kekeh mendengar angan-angan aku ni. Tak kecik hati pun. Hendak berjaya kena letakkan sasaran. Macam kata Datin Fauziah, "...got to work hard to get it."
Sebab tu pada header blog gambar Evo, hatta pada kad nama pun terpampang lukisan Evo. Sebagai dorongan untuk aku terus gigih menulis dan melukis. Tak kiralah bila umur dah berapa pun, dah jadi nenek ke nanti (kalau umur panjang), kalau mampu pakai, nak pakai jugak kereta ni. Hidup hanya sekali kan ?
Jadi sekarang, aku sedang bekerja keras...

Friday, 15 May 2009

Permulaan Positif Program Wildcard MOTOGP

May 15, 2009
Petikan dari laman web MALAYSIAN CUB PRIX
Disiarkan pada Friday, 15 May 2009 oleh affan


Program Wildcard Malaysia bermula dengan positif di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) semalam dengan sembilan pelumba Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS mempamerkan aksi serta bakat mereka manakala selebihnya lapan pelumba menjalani sesi ujian masa hari ini.

Bagi sesi ujian hari Khamis, kesemua pelumba kelas Expert, Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline), Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong Yamaha), Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham (Shell Advance Yamaha Maju), Mohd Edzuan Ab Gani dan Mohd Emir Firdaus Hasan (Motul Yamaha YY Pang), Mohd Affendi Rosli dari pasukan Suzuki Harian Metro SCK serta Shahril Izzuwan Mohd Nor diberi masa setengah jam pada waktu pagi serta lagi 30 minit di sebelah petang bagi ujian tersebut. Inilah satu-satunya peluang untuk mereka membuktikan bahawa mereka layak untuk berlumba dalam kelas 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia yang akan bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 23-25 Oktober ini.

Berita lanjut di MALAYSIAN CUB PRIX

**********************************************
Aku pulak yang berdebar nak tunggu keputusan.

PROJEK AIN MAISARAH

May 15, 2009
Salam semua...

Untuk pengetahuan semua, semalam telah berlangsung satu persidangan meja bulat antara pihak Ain Maisarah, Kak Lily Haslina dan aku sendiri di pejabat PTS. Sebelum tu hati asyik dup dap aje. Teruja nak berjumpa Ain Maisarah tapi ketar lutut hendak berhadapan dengan Mr. Manager Ain Maisarah, iaitu Tuan Syaizul Amal, (orang kuat Metadome nih...). Apa tak nya, aku rasa kalau sebut nama Ain Maisarah kat budak sekolah mana pun, semuanya kenal Ain Maisarah. Sana sini nampak budak-budak sekolah pegang buku Ain Maisarah sambil tunggu bas ke... kalau tidak pun bila ke MPH, mereka akan terpa ke arah buku-buku Ain Maisarah dulu. Hah, bukan ke itu fenomena namanya? Sampai terfikir layak ke aku ni nak menulis bersama Ain Maisarah ?
Tapi bila PTS dah beri kepercayaan untuk menulis bersama, susah macam mana pun, kena terimalah cabaran ni. Kalau awal-awal dah nak tarik diri, tak pro aa beb! Tak cool... hehehe .
Akhirnya dapat juga bertemu dengan Ain Maisarah yang sweet itu. Comel dan bergaya orangnya. Tapi bila mula berbincang, kepala aku sebenarnya rasa berpinar-pinar. Hahaha .... macam-macam bayangan timbul dalam kepala. Sambil Tuan Syaizul terangkan idea dan konsep dari pihak Ain Maisarah, sesekali kepala aku duk bayangkan Ain Maisarah dalam bentuk kartun yang kiut, terapung-apung di setiap mukasurat macam angel yang pegang tongkat sakti. Hahaha... kepala otak kartun camnilah...

Gambar kredit kepada blog Ain Maisarah :





Aku pun tak boleh nak cakap panjang pasal projek tu. Tapi nampaknya lepas ni akan menyusul lagi pertemuan antara aku dengan Ain Maisarah dan Kak Lily untuk bincang lebih lanjut pasal buku tu. Girl's talk mungkin, pasal buku ni untuk anak-anak gadis... err... tapi 'girls' lagi ke aku ni? hahahah...
Tapi bila mendengar dateline yang diberi oleh editor kanan, siapa lagi kalau bukan Encik Ikram, aku rasa nak hantuk kepala ke meja. Bulan Julai! Julai! Ya... Julai yang penuh dateline .
Dan bila Encik Wanzu sempat lagi sebut pasal tunggu komik dari aku, dah rasa nak kene migrane. Bila Asma pula turun mengingatkan sinopsis dan manuskrip badge by badge, dengan buku yang perlu ada di pasaran pada November nanti aku rasa nak pengsan! Macam kelam aje harapan nak beraya! Memang betul-betul rasa kena 'hambat' !
Ada sesapa boleh bagi cadangan supplement apa nak makan untuk bagi tenaga supaya badan terus sihat dan kuat sepanjang tempoh nak menulis ni?



Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016