Friday, 15 May 2009

Permulaan Positif Program Wildcard MOTOGP

Petikan dari laman web MALAYSIAN CUB PRIX
Disiarkan pada Friday, 15 May 2009 oleh affan


Program Wildcard Malaysia bermula dengan positif di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) semalam dengan sembilan pelumba Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS mempamerkan aksi serta bakat mereka manakala selebihnya lapan pelumba menjalani sesi ujian masa hari ini.

Bagi sesi ujian hari Khamis, kesemua pelumba kelas Expert, Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline), Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong Yamaha), Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham (Shell Advance Yamaha Maju), Mohd Edzuan Ab Gani dan Mohd Emir Firdaus Hasan (Motul Yamaha YY Pang), Mohd Affendi Rosli dari pasukan Suzuki Harian Metro SCK serta Shahril Izzuwan Mohd Nor diberi masa setengah jam pada waktu pagi serta lagi 30 minit di sebelah petang bagi ujian tersebut. Inilah satu-satunya peluang untuk mereka membuktikan bahawa mereka layak untuk berlumba dalam kelas 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia yang akan bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 23-25 Oktober ini.

Berita lanjut di MALAYSIAN CUB PRIX

**********************************************
Aku pulak yang berdebar nak tunggu keputusan.

3 comments:

  1. Tunggu, jgn tak tunggu..nanti melepas...hehehee.. aku rasa kan Elly 2 tetap akan maju ...aku akan tetap mendoakan agar Elly tu berjaya ye...

    To Elly : go..go...go..vrummmm kekeke

    ReplyDelete
  2. insya-ALLAH.. kita pakat2 doakan yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. Leeya : Insya ALLAH, Elly akan terus maju sebab dia sendiri orang yang kuat berusaha dan susah putus asa... Elly mesti terharu baca msg ko ni... kekekek

    Rania : tengkiu lil sis! :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016