Kuliah Vector : Trace atau tidak?
Rose Harissa
March 08, 2010
Salam...

Aku terpanggil untuk menulis entri berkenaan vector apabila mendengar dan menerima banyak spekulasi tentang art-vector. Kebanyakannya agak tidak menyenangkan aku. Iya, orang yang tidak berkecimpung dalam lukisan vector mungkin senang bercakap. Antaranya :
- Bukan susah nak buat vector - trace sahaja gambar.
- Bukan susah nak buat vector, scan gambar dan convert jadi vector.
Cukuplah dua contoh sahaja. Jawapan aku untuk dua pernyataan di atas adalah YA dan TIDAK. Kenapa ada dua jawapan? Sebab:
YA - memang ada sesetengah lukisan dibuat dengan cara trace. Malah, dalam Illustrator pun ada tool untuk Auto Trace. Sekarang ini juga terdapat software online yang membolehkan pengguna convert gambar menjadi vector. Tapi, kelemahannya amat ketara. Jika anda mahukan lukisan vector berkualiti, anda hendaklah membayar sejumlah yuran untuk pelukis mereka melukis kembali gambar tersebut dalam masa beberapa hari.
TIDAK - lukisan yang menggunakan Auto Trace tidak akan memberikan impak 'WOW!' kepada mata seni yang melihat. Stroke akan jelas kelihatan seperti ditrace bulat-bulat dari gambar. Okey, walaupun melukis potret vector adakalanya menggunakan kaedah trace, tapi percayalah, jika anda tidak mempunyai kemahiran mengesan bebayang, kontur kulit dan tone warna, maka hasilnya amatlah tidak memberangsangkan mata. Maka, ketajaman mata dan kecekapan tangan serta kegigihan mengenalpasti tone warna adalah dua elemen penting dalam melukis potret vector. Mudah atau tidak? Cubalah sendiri...
Bukan semua lukisan vector adalah trace out. Mereka yang pakar (memang ramai yang pakar dalam vector, sebagai contoh, pelukis-pelukis cover penerbit PTS - salute! ),biasanya boleh melukis secara terus di dalam Illustrator.
Sebagai contoh lukisan/ rekaan yang aku sertakan ini. (klik gambar untuk imej lebih besar) Beritahu aku, bagaimana mungkin lukisan ini adalah hasil trace? Untuk apa trace kembali lukisan yang sudah dilukis secara manual? Bukankah itu membuang masa namanya?
Tidak ramai yang tahu, di dalam Illustrator terdapat satu software plugin bernama CAD Tools yang membolehkan pereka/pelukis melukis subjek dengan tepat siap dengan ukuran sama seperti AutoCAD. Malah, menjimatkan masa.
Aku pernah berjumpa dengan pereka dari Singapura yang mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat rekaan pintu pagar grill, fountain, kekisi tangga menggunakan AutoCAD. Bayangkan berapa banyak masa terbuang?
Aku tidak kata aku terlalu expert dalam vector... tetapi setelah lebih 9 tahun bergelumang dengan lukisan vector terutama dalam membuat rekaan besi, aku senang hati kerana dapat menghasilkan rekaan dengan cepat. Habis kuat pun dalam masa seminggu, pasti dapat disiapkan, asalkan idea sudah ada dalam kepala. Memang seronok bila dapat membuat lukisan vector. Kesemua rekaan aku lakukan terus di dalam Illustrator dengan bantuan CAD Tools untuk menghasilkan ukuran yang tepat.
Untuk potret vector, aku masih baru. Aku mula melukis potret secara vector sekitar tahun 2006. Belajar sendiri. Tetapi lukisan figura aku ketika itu terlalu hodoh walaupun menggunakan kaedah trace. Setelah berlatih, melihat hasil kerja orang lain di Illustrator World, (yang selalu bikin dagu aku hampir terjatuh akibat kagum dengan kerja mereka) barulah aku menemui stroke aku sendiri. Kaedahnya samalah seperti melukis kembali gambar yang anda lihat dengan detail. Kerana ramai otai vector di Illustrator World yang berjaya menghasilkan potret vector realistik sehingga tidak ada bezanya dengan gambar atau orang sebenar. Tapi aku tidak mahu begitu, aku mahu menghasilkan potret realistik tapi dalam masa yang sama mahu orang tahu ia adalah lukisan dan bukannya imej suntingan komputer. Faham maksud aku? 
Sekian sahaja serba ringkas dari aku tentang vector. Harus diingat, aku tidak belajar secara formal tentang vector. Jadi apa yang aku tulis di sini adalah sekadar apa yang aku tahu. Untuk lihat kehebatan vector made in Malaysia, bolehlah ke laman web http://baung.com/. Aku tahu blog ini dari seorang kawan graphic designer.
Insya ALLAH Taala aku cuba tulis nota untuk cara melukis vector (kalau aku kelapangan ya...
)
YA - memang ada sesetengah lukisan dibuat dengan cara trace. Malah, dalam Illustrator pun ada tool untuk Auto Trace. Sekarang ini juga terdapat software online yang membolehkan pengguna convert gambar menjadi vector. Tapi, kelemahannya amat ketara. Jika anda mahukan lukisan vector berkualiti, anda hendaklah membayar sejumlah yuran untuk pelukis mereka melukis kembali gambar tersebut dalam masa beberapa hari.
TIDAK - lukisan yang menggunakan Auto Trace tidak akan memberikan impak 'WOW!' kepada mata seni yang melihat. Stroke akan jelas kelihatan seperti ditrace bulat-bulat dari gambar. Okey, walaupun melukis potret vector adakalanya menggunakan kaedah trace, tapi percayalah, jika anda tidak mempunyai kemahiran mengesan bebayang, kontur kulit dan tone warna, maka hasilnya amatlah tidak memberangsangkan mata. Maka, ketajaman mata dan kecekapan tangan serta kegigihan mengenalpasti tone warna adalah dua elemen penting dalam melukis potret vector. Mudah atau tidak? Cubalah sendiri...
Bukan semua lukisan vector adalah trace out. Mereka yang pakar (memang ramai yang pakar dalam vector, sebagai contoh, pelukis-pelukis cover penerbit PTS - salute! ),biasanya boleh melukis secara terus di dalam Illustrator.
Sebagai contoh lukisan/ rekaan yang aku sertakan ini. (klik gambar untuk imej lebih besar) Beritahu aku, bagaimana mungkin lukisan ini adalah hasil trace? Untuk apa trace kembali lukisan yang sudah dilukis secara manual? Bukankah itu membuang masa namanya?
Tidak ramai yang tahu, di dalam Illustrator terdapat satu software plugin bernama CAD Tools yang membolehkan pereka/pelukis melukis subjek dengan tepat siap dengan ukuran sama seperti AutoCAD. Malah, menjimatkan masa.
Aku pernah berjumpa dengan pereka dari Singapura yang mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat rekaan pintu pagar grill, fountain, kekisi tangga menggunakan AutoCAD. Bayangkan berapa banyak masa terbuang?
Aku tidak kata aku terlalu expert dalam vector... tetapi setelah lebih 9 tahun bergelumang dengan lukisan vector terutama dalam membuat rekaan besi, aku senang hati kerana dapat menghasilkan rekaan dengan cepat. Habis kuat pun dalam masa seminggu, pasti dapat disiapkan, asalkan idea sudah ada dalam kepala. Memang seronok bila dapat membuat lukisan vector. Kesemua rekaan aku lakukan terus di dalam Illustrator dengan bantuan CAD Tools untuk menghasilkan ukuran yang tepat.
Untuk potret vector, aku masih baru. Aku mula melukis potret secara vector sekitar tahun 2006. Belajar sendiri. Tetapi lukisan figura aku ketika itu terlalu hodoh walaupun menggunakan kaedah trace. Setelah berlatih, melihat hasil kerja orang lain di Illustrator World, (yang selalu bikin dagu aku hampir terjatuh akibat kagum dengan kerja mereka) barulah aku menemui stroke aku sendiri. Kaedahnya samalah seperti melukis kembali gambar yang anda lihat dengan detail. Kerana ramai otai vector di Illustrator World yang berjaya menghasilkan potret vector realistik sehingga tidak ada bezanya dengan gambar atau orang sebenar. Tapi aku tidak mahu begitu, aku mahu menghasilkan potret realistik tapi dalam masa yang sama mahu orang tahu ia adalah lukisan dan bukannya imej suntingan komputer. Faham maksud aku?
Sekian sahaja serba ringkas dari aku tentang vector. Harus diingat, aku tidak belajar secara formal tentang vector. Jadi apa yang aku tulis di sini adalah sekadar apa yang aku tahu. Untuk lihat kehebatan vector made in Malaysia, bolehlah ke laman web http://baung.com/. Aku tahu blog ini dari seorang kawan graphic designer.Insya ALLAH Taala aku cuba tulis nota untuk cara melukis vector (kalau aku kelapangan ya...



Social Counter