Aug 23, 2007

Mangga Muda VS Kelapa Tua!

BY Rose Harissa IN No comments

Isu ni mungkin agak sensitif. Tapi bagi aku ia isu global, menarik gak untuk diperkatakan. Semua ni gara2 aku tgk gambar kahwin personaliti TV popular dengan seorang pemuda yang 10 tahun lebih tua dari dia! Berambut panjang lak tu! Aku kagum! Hahaha… kalau pompuan muda kahwin dengan lelaki tua, aku tak heran kerana faktor utama selain dari cinta (kononnya?) adalah harta, dan si lelaki tu dah stabil dari segi kewangan, emosi, etc.

Tapi kalau perempuan berusia, kahwin dengan lelaki muda? Atas faktor apa ye? Aku memang respek secara zahir. Akan tetapi, mungkin juga lelaki muda ni kahwin dengan perempuan berusia atas faktor yang sama perempuan muda kahwin dengan lelaki tua? Pada perempuan berusia, lelaki muda lebih manja kut? Maklumlah lelaki yang dah tua ni, gerak gayanya lebih slow and steady. Sudah tidak berminat untuk membicarakan soal perasaan lagi. Rencah emosi dalam sesuatu hubungan tu mungkin dah kurang. Kualiti, gaya, mutu, keunggulan diutamakan! *wink*

Dalam sesetengah pemerhatian, aku dapati lelaki muda lebih suka perempuan berusia sebab diorg suka dimanjai. Yelah, kalau dengan perempuan sebaya atau muda, mereka pun mengharapkan perkara yang sama. Lagi satu diorang suka sebab perempuan berusia, sangat berdikari dan tau jaga diri sendiri! Tambahan pula, perempuan, makin bertambah usia, makin terasa ingin disayangi selalu. Jadi bila dengan lelaki muda, perasaan nak bercinta tu lebih sikit kut? Maka lelaki muda tidak perlu lagi memberikan harta (selain dari nafkah la dan bagi perempuan yang x mementingkan harta!). Berikan Cintamu aje dah cukup!*wink*

Ini cuma pendapat rawak aku je tau. Kalau nak huraikan lagi, berjela jadinya. Entahlah kan, hati manusia, siapa yang tahu? Jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Sebagai perempuan, tua mana pun suami, muda mana pun suami, kategori 'mangga muda' ke 'kelapa tua' ke... hakikatnya, syurga isteri tetap di bawah tapak kaki suami…

0 comments:

Post a Comment