Wednesday, July 18, 2007

Taekwon-do (ITF) dalam kenangan...

Hari ni aku mengimbau kenangan lama… huhu… ramai yang tak percaya aku dulu ada black-belt. Hahaha… agaknya mungkin ramai yang tak percaya sebab melihat size badan aku sekarang kut?
Tapi tadi aku mengemas almari… terjumpalah harta yang paling aku sayang ni… duhai… rindu pulak rasa nak bertaekwondo. Tapi memandangkan badan yang tidak lagi slim seperti dulu dan bertambah kilonya…nak angkat penendang pun dah berat, lupakan sajalah…
Kalau nak ikut sejarah, aku mula masuk Taekwondo (ITF) sejak aku form 1. Tapi masa tu tak aktif sangat sebab jurulatih tu memandang serong pada tubuh aku yang keding (dulu berat x sampai 45kg!)… agaknya dia fikir boleh patahkan tulang aku dengan sekali punch aje… takpelah…
Lepas tu masuk sekolah teknik Kuantan, aku makin aktif… tambah lak masa tu aku dah ada talipinggang biru. Lagipun jurulatih tu, Mr. Lim suka train aku… dan tambahlah pembantu dia Mr Ng yang hensem (huhuu lagilah semangat…) masa dapat talipinggang biru ni aku masuk open tournament kat Kuantan, dapatlah pingat gangsa.
Walaupun cikgu-cikgu memandang serong pada persatuan taewondo dan aku merupakan presiden kat sekolah tu, aku tetap berazam nak dapatkan black belt. Dari talipinggang biru, aku lompat terus dapat talipinggang merah (tak payah calit ). Pastu merah calit hitam. Lepas beberapa bulan, nak naik grade ke black belt. Gila-gila aku training. Kelas tak pernah miss sampai aku sanggup tak study. Sbb aku berazam one day, aku nk jadi jurulatih bertauliah.
Exam dia agak mencabar, sebab aku kena persembahkan pattern taekwondo dari semudah-mudah pattern seperti chon-ji sampailah ch’ung-mu (±10 pattern merangkumi ±258 gerakan), pastu kena sparring dengan budak2 bertali pinggang biru, sampailah talipinggam hitam 3rd Dan. Lepas tu sesi pecah papan dengan memilih beberapa gaya tumbukan dan tendangan. Semuanya non-stop!
Letih woo… tapi sorakan dan tepukan gemuruh kwn2, budak2 SMT yang menyokong, buat aku semangat. Dapatlah aku talipinggang hitam 1st dan…dan diiktiraf sebagai penuntut pertama SMT yang dapat black belt.
Tapi… lepas tu aku tak aktif lagi, bila gi kolej mara Kulim kedah, memang ada kelas taewondo, tapi yang black belt ni tak da jurulatih dan terpaksa melatih budak2 bawah.
Pastu kat UTM, aku aktif masa 1st year je… sempatlah masuk JB Open Tournament, kalah sebab lama x training. Lepas tu tenggelam timbul aku ke kelas… tak ada jurulatih atasan yang boleh melatih budak2 1st dan untuk naik grade…
Masa mula2 datang Selangor ni, ada la juga survey2 persatuaan taekwondo kat sini tapi keadaan kerja tak mengizinkan aku untuk terus aktif.
So, berkuburlah sudah impian aku nak naik grade. kiranya Taekwondo antara salah satu impian aku yang tak tercapai…
Sob~

2 comments:

  1. hohoho...hebat giler...kecut plak perut fad baca n3 kali ni...

    p/s-suami akak pernah rasa ker penangan twondo akak???hahaha=P

    ReplyDelete
  2. hahaha fad! lek ah tu kisah lama masa bujang...

    p/s: ngan suami... 4 sure akak kalah! hahaha

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts