Saturday 7 July 2007

Seharian di Bandar Rinching

gambar kolam anak ikan talapia di wakaf di laman rumah K. Lily.
Seperti yang telah diinginkan sejak sekian lama, akhirnya, aku dan Lynn Dayana, sampai gak ke rumah Kak Lily Haslina di Bandar Rinching… tapi rancangan ini turut dijayakan oleh Umi Azrini yang datang jauh dari Penang… sian dia…hehehe
Awal pagi, Lynn amik aku kat rumah, setelah hubby berhasrat nak guna keta… ke mana pergi, malas lak aku amik tau… yelah, dah dia bagi aku kebebasan… aku pun bebaskanlah dia di hujung minggu ni… hehehe…
Awal pagi dah aku terima SMS dari kak Lily… bertanyakan kul berapa nak sampai… dia mcam dah membayangkan kemeriahan di rumahnya nanti… hahaha. Pastu Laila Kamilia lak tipon… minta tunggu dia di sana dalam jam 1.
Aku kuar menunggu Lynn di bus stop kurang lebih 9.35 pagi.
Kami ke IOI puchong…nak ambil Pizza dan Umi Azrini di situ… oleh kerana terlalu awal… aku ngan Lynn minum jap kat D’ Kayu…
Siap semuanya, bertolaklah kami ke Bandar Rinching… aku pulak tertinggal peta… ingat2 je dalam otak… lepas masuk Tol Kajang, aku dah start mula call kak Lily… mak oii, jauhnya … setelah melalui Semenyih… hehehe… rupa2nya memang jem kat situ… ingatkan Kak Lily memain jek…
Sampai aje umah dia, kami masuk ikut ‘tangga Melaka’ (hahaha… ngada! Walhal gate terbuka luas. Tapi x sempat nak ambil gambar… lupa sebab ghairah berborak…)
Masuk je rumah, kami pun meninjau-ninjau barangan tanpa segan silu… hahahhaa… dan kemeriahan pun bermula… dari ruang tamu, bawak ke meja makan, bawak ke ruang tamu balik… bawak ke belakang rumah… tak ingat berborak…
Lauk pauk berbagai… sian kat Umi, tak pernah makan air masakan tangan, sampai tak angkat muka makan… huhuu… Ada durian gak atas meja, maaf… aku tak makan… bau pun x leh…nanti migrane...
Laila sampai juga dalam kul 2 lebih kut… bertambah lagi kemeriahan… itulah… seronok berborak… yang kesiannya kat Umi laa… hehehe, tu lah... sape duk jejauh… naïf sungguh budak Umi tu…
Sedar tak sedar dah 3 lebih! Huhuhu… lamanya lah duk situ…
Nak balik dibekalkan buah tangan lagi oleh Kak Lily… durian yg belum dikopek, harum semerbak… aduila… kalo x ngenangkan hubby aku yg sker makan durian…pastu dah masuk kete, baru aku perasan panel kerawang pada bumbung kat garaj! Mak oiii!! Cantiknya... x dan amik gambar lagi...
On the way nak balik, dapat SMS dari Lily Suriani yang selamat melahirkan anak perempuan pada 3.40 petang… cantik tarikh… 07/07/2007… dapat gak hajat suaminya nakkan tarikh tu…baik punya planning... hahahha.. btw TAHNIAH Lily yong!
Lepas hantar Umi di Asia Jaya, aku ngan Lynn minum kejap kat Mc D… hajat di hati nak cari novel.. tapi novel di cari x de… aku beli magazine digital painting, RM46.90! tapi sbb nakkan ilmu, pejam mata kuarkan duit…
Kepada Kak Lily Haslina… terima kasih banyak sebab sudi menjamu kami dengan lauk pauk yang sedap2 belaka… sampai gak hajat kami… seronok berbual ngan kak Lily… terima kasih gak atas motivasi yang diberi. Semangat kejap rasanya… Insya ALLAH Taala… saya akan berusaha (wpun x berani nk janji, nak diam2 dulu, hehehe)… apapun Kak Lily… you rock beb! Tabik toin~toin~…
Pada Lynn… mekasih sebab sudi membawa aku ke sana… aduhai.. segan aku kerna asyik engkau yang memandu…
Kesimpulannya : Kak Lily, Lynn Dayana, Laila Kamilia, Umi Azrini dan Lily Suriani… harap hubungan yang terjalin berkekalan selamanya…

No comments:

Post a Comment

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016