Tuesday, November 20, 2007

No Mercy!

Pagi tadi Kak Lily call… Aku tengah nak bersiap keluar ke APO? Biasalah dia tu, rindu kat aku ler tu! Hehehehe…Bergosip kejap, ala, biasalah kalau dengan Kak Lily, memang bercakap x abis, ada aje idea dia... sampaikan otak aku tak berhenti ‘bekerja’.

Ada juga dia duk cucuk2 aku, tak nak kerja lagi ke? Ada kerja kat TV***. Kalau mendengar segala imbuhan sambil pejam mata, memanglah terasa mengancam. Tetapi disebabkan aku masih waras… tak nak! Yeap, aku muda lagi… tapi sebab aku terasa muda lagi la aku stop kerja ngan orang. Cepat2 tarik handbrake. Dah bazir masa 8 tahun, jadi sekarang aku nak buat benda yang aku suka… susah sikit tak pe… tak cukup waktu rehat pun takpe, sebab kalau aku tak cuba, nanti aku nyesal.

Aku dah tak larat nak kejar ke sana ke mari macam dulu lagi. Aku dah tak sanggup nak kerja sampai tengah malam untuk orang lain…sudahnya keluarga aku tah ke mana…

Cukuplah pengalaman lama, sampai terpaksa tidur kat site! Wahh… aku rasa aku satu2 designer besi kat Malaysia ni yang sanggup tidur kat site semata-mata nak pastikan pekerja2 asing (Thai dan Myanmar!) tu bekerja betul2… berani betul aku kan? Dah tu siap usung pulak dorang naik keta sesame (sebab bos nak jimat kos pengangkutan) kadang2 sampai utara, sampai selatan.

Aduh, aku rasa kalau bagi kat designer lain, mesti dorang tak ingin. Jaga imej maaaa… dan aku pun kalau disuruh balik buat semua tu, ya ampun! Tak mo lagi. Jadi cukupla… aku memang tak cari kerja lain pun. Aku seronok mencabar diri sendiri walaupun risikonya besar!

Keluar rumah, pergi claim, atau settle apa-apa yang patut, balik umah, melukis menulis. Dah cukup happy dapat buat apa yang aku suka. Design besi dulu pun suka dan minat gak, tapi dah tutup buku, jadi sejarah. Sekarang ni nak manipulate kebolehan untuk aku buktikan pada bos, bahawasanya aku boleh hidup cari makan dengan bakat yang aku ada… biar berita tu disampaikan melalui angin kepada dia yang pernah merendah2kan kebolehan aku. Wah… pendendam aku rupanya ya? Hmm, ada masa2nya… tapi dendam aku biasanya aku balas dan tunjuk balik apa yang aku boleh buat… makan masa pun tak apa… janji hati aku puas! Ni betul2 no mercy! hahaha

Tadi kul 3 lebih, kuar rumah balik, pergi jumpa ejen insurans, bekas kawan bekas bos aku. Alahaii… sign surat surrender untuk tukar insurans lain, sbb yang asal nak naikkan premium! Huh!… ruginya! Nasib baik ada buat investment sikit. Tapi terpaksa la jugak tukar daripada aku tambah premium, bayar lelebih. Bila dah jumpa bekas kawan bekas bos… terkeluarlah cerita2 lama… hmm… memang tak rugi pun aku berhenti kerja dari situ…

7 comments:

  1. semenjak kenal kau , lynn dan kengkawan alaf lain, baru aku sedar kat dunia ni.. bukan aku aje yg gila dan suka buat benda gila masa kerja.. kau pun sama yek? hish, berani kau angkut mamat thai segala mcm tu.. kalau mamat orang putih muka macam josh hartnett ke.. okay jugak! bila aku dgr lynn bangkit gi kerja jam 3 pagi balik jam 11.. aku memang tabik nazi...

    ReplyDelete
  2. haaa... kita2 ni semua superwoman kut K. Lily...tapi mcm ko ngan aku dah bersara, tinggal LYnn.. hahaha..
    byk giler time2 keje dulu... boleh jadi novel la pendek kata, dengan tajuknya, "Gilanya Seorang Designer!"

    ReplyDelete
  3. ko tak nak wat bisnes ke? bisnes design pintu pagor umah? design perabut ke? kalu ko nak freelance marketing aku ada! takpon tuh kak lily tuh lagi power leh buat promosi...hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha... aku dah penatlah buat kerja giler tu... tapi construction business kena struggle sekarang... baik bukak kedai... bleh makan, bleh lepak2... hmm... terbayang bayang suasana tu... :P

    ReplyDelete
  5. rose.. bisnes ternak kambing power tau.. sewa tanah kat semenyih murah.. alah ala 200 sebulan ... kambing lah ni makan palet aje... pokcik pokcik aku yg ternak kambing boer kat melaka lepak aje dlm kabin.. pakai merc, honda accord latest segala.. lagi satu kalau dapat pot buat masak masak jual.. atau tak laku ajak kengkawan sendiri makan pun best kan... lepas tu bawak laptop menaip... oh, uncle steven kata cuba buat set ala ala keselamatan teenages.. tips di jalan raya, tips di laut, segala.. more on tips.. dlm siri

    ReplyDelete
  6. a'ah tul kata kak lily tuh Rose..ko menternak lahh kambing ke lembu ke..bapak aku kat kg bela lembu harituh jual..lumayan dapatnyer...itu bapak aku buat sekadar sbg hobi..kalu usaha btol2 mau pakai merc jugak bpk aku hehehe

    ReplyDelete
  7. wah2... idea korang bernasnya! Sue, kalo ko nak tau, si Ije tu penah bela ayam tau! hahahha... kalau nak bela kambing, ada la tanahnya seekar kat kg tu...

    lagi satu kalau dapat pot buat masak masak jual.. atau tak laku ajak kengkawan sendiri makan pun best kan... lepas tu bawak laptop menaip...<--- haa, idea kak lily yg nih aku suker...

    Kak Lily, bila ko nak start tu?

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts