Terima Kasih Cikgu!

By Rose Harissa - November 19, 2007

Semalam, aku dapat emel dari Cikgu Ilias, aku lebih suka panggil cikgu, lebih hormat rasanya. Kenal tak siapa Cikgu Ilias? Mesti korang tertanya-tanya, siapa pulak Cikgu Ilias ni… si Rose ni suka benar mengarut dalam blognya! Maaflah ye, that’s what blog are for! Untuk orang2 yang bukan selebriti macam aku ni meluahkan isi rasa hati wpun bukan semuanya…

Kisahnya, lepas dapat emel tu, aku telefon Cikgu Ilias… dia tgh drive balik dari stadium Kangar. Malamnya dapatlah berbual dengan Cikgu Ilias, segan sangat sbb Cikgu sendiri yang call! Dalam hati tu berdebarlah jugak (aku ada darah gemuruh ye!), yelah, cakap dengan orang kita tak kenal, tak pernah jumpa… tak tau karektor macam mana… TAPI… biasalah aku ni… hilang darah gemuruh, bergemuruh pulak dengan gelak ketawa! Macamlah aku dah kenal Cikgu Ilias bertahun!

Adui… bila dikenang balik, seganlah pulak… tapi itulah aku. Susah nak sembunyi karektor diri bila berjumpa dengan orang yang aku boleh borak. Bila ketawa, ketawa sungguh2… kalau rasa nak menangis, menangis ajelah…Lagipun aku tak nak meletakkan gelaran penulis tu sebagai sempadan untuk berbual... Aku lebih senang jadi diri aku bila berbual dengan orang.

Apapun, terima kasih banyak yang tak terhingga buat Cikgu Ilias atas segala bantuan, maklum balas dan mempercayai saya! Insya ALLAH Taala, saya akan perbaiki segala kelemahan. Kalau tiada aral melintang patah, Insya ALLAH Taala saya akan usahakan ke Batu Kawan pada hari Asean Cup nanti. Kalau tidak pun pergi terus ke Perlis lepas Hari Raya Haji… memang lebih elok kalau dapat bersemuka… lagi banyak perkara yang dapat diperbetulkan…Hmm... itulah Cikgu Ilias, ayah kepada pelumba Negara, Elly Idzlianizar bin Ilias (Expert) dan Elly Idzliaikmal bin Ilias (Novis)... Terima kasih Cikgu!


P/s : Happy Birthday untuk Kak Lily (19 November), Happy Birthday in advanced untuk Lynn Dayana juga (21 November)
Kesimpulan : Orang yang lahir hujung tahun memang dong2! :p

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. amboi... kami yg lahir di bulan nov berbintang scorpio ni jiwanya besar, kaya dgn semangat. Klu jatuh pun, kami bangun balik. Bila rasa sedih sudah luntur... kami bangun dgn gagah perkasa! Dayana tu maksudnya: yang bersemangat waja tau!
    Kami setia, kami suka mlht kwn2 berjaya. Kami sentiasa muda remaja. haha... tahun ni birthday ke 21, thn depan 22, tahun seterusnya 21 balik. hahaha

    ReplyDelete
  2. hehee, aku yg lahir dalam bulan December ni apa pulak ye? memegang busar panah, untuk memanah kejayaan? terima kasih kat kwn2 sudi menyokong...
    aku tau maksud nama ko tu... maksud nama aku lak... Rose Harissa sejenis perisa untuk masakan kambing ala Arab! ahahaha, adakah itu bermakna aku seorang yang memperisakan hidup orang lain?
    ah! statement seorang penulis, selalunya, biol kah? hehehe... otak aku tak betul ni... :P

    ReplyDelete
  3. terima kasih kembali. happy belated birthday,umur 30 masih muda lagi.saya doakan semoga ALLAH sentiasa memberkati anda dan keluarga. semoga sukses selalu dlm apa jua bidang yg harissa buat.

    ReplyDelete
  4. ye, cikgu, terima kasih lagi... sy sgt menghargai layanan cikgu sekeluarga... semoga silaturrahim ini berpanjangan... AMIN!

    ReplyDelete