Friday 1 August 2008

KRU



Kelakar tak tengok t-shirt ni? Hahaha… 011.gif t-shirt aku jumpa masa balik kenduri kahwin Yana. Dah jadi kain buruk buat lap pinggan kenduri. Tapi aku rela ambil balik sebab teringat kenangan dulu. Aku tergelak sendiri masa tgk balik t-shirt ni. Adik2 aku geleng kepala sebab aku ambil balik t-shirt yang dh jadi kain buruk tu. 015.gif

T-shirt tu asalnya putih kosong, aku beli dengan harga RM5 masa tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan. Kiranya dah 14 tahun usia t-shirt tu. Kalau nak tau, aku dulu peminat fanatic kumpulan KRU. Siap masuk kelab. Tapi bertahan dua tahun aje sebab x mampu bayar yuran keahlian. RM15 setahun waktu, dah rasa mcm banyak sangat untuk budak sekolah yang masih mengharapkan duit mak bapak. Walaupun begitu, aku memang kumpul duit beli kaset2 diorang. Sampai skg ada lagi kaset2 tu. 009.gif

Aku pernah berangan nak jumpa Yusry sebab tau dia pandai melukis. Tapi dulu manalah mampu nak redah pi jumpa dia kat KL. Simpat hajat je la…005.gif

Kerana terlalu minat kat KRU, semua buku rujukan, fail ABBA aku balut dengan gambar2 kumpulan KRU terutamanya yang aku lukis sendiri. Sampaikan sampul surat pun aku buat sendiri dengan fotostat gambar2 KRU. Kira trademark aku masa tu, KRU! Bila dapat buku biodata KRU, aku melompat gembira. Aku simpan elok2 dalam sampul surat dorang. Tatau la buku tu ada lagi ke tak. Tak sempat nak selongkar almari masa balik kg baru ni. Takut mak aku bakar je dah. Yelah, sejak aku tak jadi penghuni tetap rumah Felda tu, banyak buku2 aku mak dah bakar sebab dh dimakan anai2! 012.gif

Dek kerana tak mampu nak beli t-shirt dorang, aku terfikir nak buat t-shirt sendiri. Aku beli t-shirt pagoda, pastu beli dye hitam dan merah. Bersungguh-sungguh buat template guna kadbod. Lengan kiri kanan, ada cop aku. Konon2 trademark. Orang lain sibuk study, aku sibuk mewarnakan t-shirt! Bila dah siap, aku rasa t-shirt macam lawa sangat sebab ramai kawan-kawan jeles sebab aku bleh buat t-shirt sendiri. Walaupun sekadar guna template kadbod, dorang masih leh kenal yang mana satu Norman, yang mana satu Yusry dan Edry. Hahaha… aku rasa kalau KRU tengok t-shirt ni mesti dorang ketawa guling2…009.gif tapi kalau dorg tau aku org yang sama menang hadiah pertama peraduan melukis poster Tyco- KRU, agaknya apa dorang cakap eh? Peraduan tu dalam tahun 2002 kut, anjuran majalah APO? dan aku pun belum jadi warga APO? masa tu. Sayangnya aku tak buat salinan lukisan yang menggunakan poster color tu. Hadiahnya RM700! Aku guna duit tempah cadar kahwin warna merah dari Indonesia! 005.gif

Aku tau, ramai yang akan ketawa sebab aku minat KRU. Sebab dulu2… aku bawa minat tu sampai masuk U. Meja drafting aku kat studio, aku balut dengan segala macam lukisan KRU. Sampailah kena sabotaj, ada orang robekkan lukisan tu. Aku nangis sakit hati. Benci semua budak2 studio aku masa tu wpun aku tatau sapa yang khianat. 014.gif

Sekarang ni dah berumur, tak berapa minat giler cam tu. Mmm… masih lagi minat tapi lebih kepada kagum melihat kemajuan dorang mengkayakan diri dengan berbisnes. Siap ada bangunan merangkap wisma KRU. Tabik dan semoga diorang terus maju jaya! pompom.gif

3 comments:

  1. haha! akk ney fanatik kRU ehy. caya lah.. bce post akk 2 wat sy t'gelak taw?? yerla.. tgk baju 2.. dh lme. kire2 sy mse 2 kopem kanak2riang yg x knl lagi KRU kang?? kih3.. arap2 nnt akk dpt tmbhkn koleksi dorank lagik. lalalla

    ReplyDelete
  2. Rose, aku dulu pun peminat KRU gak... cuma kureng skit fanatik drp ko kut! Hehe. Tapi tak fanatik pun, terjumpa diorg kat gerai mkn tmn melawati dkt dgn studio KRU masa tu... sanggup tebal muka mintak nak bergambar sama. Masa tu pkl 11.30 mlm. Tapi diorg sporting, ok jer... w/pun muka masing2 masa tu haggard giler.

    ReplyDelete
  3. cikyuyu: heheheh... malulah akak... dulu2 je minat sgt.. koleksi lukisan dorg pun dh byk akak bg orang...nanti la akak korek peninggalan yang ada...

    hezzy : aku pun penah nampak Yusry kat Taman Melawati tu... rasa nk tahan je mintak bergambo x pun mintak buat grafiti sesama... kekeke.. berangan! bes aa ko dpt jumpa dorang... heheheh...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016