Friday, March 27, 2009

EVOLUSI ELLY

3/27/2009


Pagi ni, mata aku terbeliak melihat cover kiriman saudara Ikram (PTS) yang diforwardkan juga kepada Paulynne Malaysian Cub Prix. Kata saudara Ikram, buku ini akan dihantar cetak esok. Aku suka cover ni, sentuhan saudara Zaidi (PTS) memang tak pernah mengecewakan berdasarkan cover-cover lain sentuhannya yang pernah aku tengok di PTS. Tak sedar, airmata aku mengalir . Lama aku merenung cover ni sambil kepala duk ingat balik macam-macam dugaan masa nak hasilkan buku ni . Yang mungkin pada orang lain melihat buku ini taklah tebal, akan merasakan ia senang dihasilkan.
Tapi Tuhan Lebih Tahu apa yang aku rasa . Bak kata Kak Lily, buku yang penuh airmata . Sebab tulah tadi, lepas sedar dari lamunan (ewahhh) aku terus call kak Lily bagitahu pasal buku. Alhamdulillah... rasa terlerai segala jerih . Sebab aku ingin jadi macam Farhana (Rempit vs Impak Maksima) yang berusaha nak ketengahkan nilai positif mat motor. Tapi sebab aku tak kaya macam dia, maka aku hanya mampu tulis buku sahajalah. Mudah-mudahan hasil tulisan tak seberapa aku ni dapat memberi 'sesuatu' kepada kalangan mat motor mahupun mat rempit.
Syukur tak terhingga kepada ALLAH...
Aku pilih tajuk Evolusi Elly kerana aku sukakan kereta Evo... hehe... lagi satu kerana melambangkan perubahan. Dari yang buruk kepada yang baik. Harap ia berguna kepada semua lapisan pembaca . Insya ALLAH Taala, buku ini akan berada di pasaran sekitar April nanti.
Inilah mood aku sekarang...

Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Tuhan Lebih Tahu

3/25/2009
Macam biasa... aku sibuk . Rasa macam berlari tak cukup tanah . Pandang kalendar sebelah pc, alamak ai... minggu ni minggu terakhir March. Tapi hutang kerja masih tak langsai. Takut jugak kalau tak siap... takut kena rembat ngan ranting kayu dengan Kak Yati . Dalam sibuk-sibuk pun aku kena settle benda lain jugak dalam hidup. Sekarang ni rasa takut, risau, nak nangis... pasrah... semuanya ada. Tapi aku serahkan bulat-bulat pada Tuhan, sebab Tuhan Lebih Tahu. Kalau ya kata DIA, maka adalah rezeki aku. Kalau tidak, maknanya aku kena tunggu. Aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Bila dah confirm, baru cakap.
Sibuk buat kerja lain pun, aku kena jugak jalankan manuskrip baru. Manuskrip-manuskrip sekerat-sekerat tu aku kena baca balik dan pilih yang mana nak disiapkan. Kena jugak cari info kat internet. Kalau tidak, alamat, berkuburlah semuanya dalam drive C.
Tak nak pedulikan blog pun tak boleh juga... nanti bersawang susah pulak nak bersihkan... maka aku akan update takat mana yang aku terdaya. Macam emel-emel tu, aku mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang lambat aku balas emelnya. Aku cuba balas satu-satu .
Dalam serabut, tertekan dan takut ni... aku pun tak sabar juga tunggu TLT dalam bentuk buku. Tapi aku nak ingatkan, jangan harapkan TLT sama macam MSC atau SDH atau BCM atau CMDH. Dalam TLT aku cuba bermain dengan emosi dan airmata. Ceritanya memanglah happy ending. Tapi sebelum nak mencapai happy tu, macam-macam benda yang berlaku. Aku cuba sampaikan macam-macam pengajaran. Contoh:
  • jangan terlalu mudah percaya kepada kawan baik sendiri.
  • status anak yang dibinkan dengan orang lain sebagai bapa selepas tempoh perkahwinan yang sah.
  • seni besi dan alloy.
  • ketaatan seorang isteri kepada suami.
  • sebagai ibubapa, itu bukan kunci untuk memaki hamun dan mencerca anak menantu sendiri.
  • sedikit ilmu neurologi.
  • Tuhan Lebih Tahu walau bagaimana pun kita merencanakan hidup.
Wah... macam skema je ye dak senarai aku bagi tu . Tapi begitulah sedikit sebanyak apa yang aku cuba sampaikan dalam TLT. Kerana kalau boleh aku tak mahu tulis genre yang sama sepanjang waktu. Terpulang kepada anda semua yang pernah membaca karya aku. Kalau boleh aku ni nak belajar menulis dalam pelbagai rentak. Bukan tamak, tapi nak memberi kepuasan kepada diri sendiri. Jadi penulis perlu lebih bebas meluahkan apa yang ada dalam kepala untuk dikongsi bersama pembaca agar dapat dijadikan tauladan. Tapi ni pendapat peribadi aku ler...pendapat penulis yang baru belajar berenang dalam laut biru novel . Dan... inilah hero no. 1 dalam TLT, Wan Azfarel. Hero no. 2 namanya Hazry Izhar. Dua-dua hero ni ada aku letak pada kulit buku TLT. Kenapa ada dua hero? Saja... untuk membuat perbandingan sifat manusia, yang mana harus dinilai sebagai suami mithali...
Setakat ini sajalah update dari aku. Aku nak sambung bertapa. Sampai jumpa lagi...



Thursday, March 19, 2009

UBAT STRES

3/19/2009
from: Suryati Abdul Samad

Salam Che Rose..

Maaf sekiranya saya telah menggangu dan menyibuk sikit kat sini. Saya nak tahu adakah akan terbit novel terbaru Che Rose dengan NBkara Sdn Bhd dalam masa yang terdekat ini setelah SDH.

Jika sekiranya ada saya amat berharap agar Che Rose memaklumkan di blog Che Rose kerana terdapat beberapa lagi karya Che Rose yang masih belum lagi saya miliki. Saya memang meminati dengan genre karya yang Che Rose tulis. Bayangkan jika sebelum ini sekiranya saya membeli novel pasti hubby akan berkata yang saya sudah kemaruk dengan cerita-cerita (bagi dirinya sedikit mengarut, mungkin..?!) sebegini tetapi setelah saya membuat pesanan novel-novel Che Rose dan hubby yang suka membaca novel ambil sikit awal cerita, sikit tengah cerita dan sedikit akhiran cerita katanya dah tahu apa penamat cerita tersebut. Tetapi setelah dia menatap karya-karya Che Rose dia boleh membacanya sehingga habis tanpa melangkau-langkau (betul ke ejaan ni..?) walau sehelai muka surat pun..! Bayangkanlah! Saya pun telah bertanya akan pendapat dia akan karya Che Rose maka jawapannya adalah karya Che Rose sesuai untuk melepaskan tension setelah penat seharian di pejabat serta ketika bersantai. Maka saya pun bagitahu padanya maka tak rugilah saya berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan karya-karya Che Rose jadi dia sendiri tiada komen untuk itu.

Terima kasih Che Rose kerana telah menghasilkan karya-karya yang pada pendapat saya amat sesuai dengan jiwa saya.
teruskan dengan perjuangan mu wahai Che Rose...!

+++++++++++++++++++++++++++++


Emel di atas adalah antara emel yang mengharukan perasaan aku di kala stress sekarang ni. Sangat terharu bila mereka suami isteri sama-sama membaca novel aku... Sejuk rasa membacanya... terima kasih Suryati . Lagi satu ubat stress aku ialah makan ! Makan seenaknya tanpa memikirkan kadar kolestrol, gula, garam dan sebagainya. Berapa harganya pun dah tak kisah, asalkan sedap dan senang hati makan... . Ni makan malam aku sebentar tadi setelah keluar sekejap dari huru-hara hidup dua tiga menjak ni. Nasi Beriyani kat restoran nasi kandar Padang Kota Mydin USJ. Tu belum tengok pinggan hubby tu, siap dengan sup ayam lagi. Kami memang macam ni, bila bab makan, tak pernah nak berkira . Lihatlah... bersih kan aku makan? Aku memang tak suka makanan bersepah dalam pinggan. Nampak tak elok pada pandangan mata aku. Cuma ayam tu aje keras sikit, tak koser aku nak habiskan. Dan demi nak mengelakkan daripada balik rumah mengantuk kekenyangan, aku perabih nescafe O panas segelas. Huh, memang pemakanan yang tidak sihat .

Tuesday, March 17, 2009

REMPIT VS IMPAK MAKSIMA

3/17/2009
Salam...
Saja letak tajuk siri aksi kat TV3 sekarang ni. Suka gak citer tu. Sebab pasal kisah mat rempit. Bukanlah bermakna aku menyokong mat rempit. Tapi citer tu ala2 Evolusi Elly.
Kalau nak dikaitkan dengan falsafah hidup, buat kerja kena rempit sampai impak maksima! Hahaha... boleh gitu?
Memang aku tengah merempit nak selesaikan kerja. Tapi dalam masa yang sama, kepala dan jiwa tertekan dengan satu permasalahan . Tension jugak, tapi aku malas nak fikir banyak. Aku lepaskan semua tu kat hubby. Biar dia yang settle.
Semalam ke Kajang. Macam biasa, rutin menghantar cover dan sembang-sembang sama Kak Yati, Kak Lily dengan Kak Su. Aku kena brainwash dengan Kak Yati dan Kak Lily. Pasal apa? Biar kami-kami aje yang tahu. Tapi memang rasa nak meleleh gak la airmata, hidung pun rasa ketat aje. Adehh...
Macam biasalah, kalau dah lepak NBKara, lepas abis waktu opis, baru gerak balik. Lepas hantar Kak Lily, barulah aku drive balik ke rumah. Dah 6 lebih waktu tu. Drive dengan tangan menggigil. Tapi macam biasa jugak, bila lalu Silk Highway, aku takleh nak elak dari merempit. Nak cepat sampai rumah. Lagipun aku hangin la kalau ada kereta yang drive fast lane dengan kelajuan tak seberapa . Tak tahulah, dalam syok mencilok-cilok tu, adalah satu Wira Aeroback cucuk dari belakang. Kereta itu dipandu oleh lelaki. Huh? Apa hal? Aku memang tak suka dicucuk kereta lain dari belakang, jadi aku harus menjauhkan diri dengan kadar segera. Tapi dia masih nak kejar. Dah la, hala pergi ada satu Toyota Vios hitam dipandu seorang perempuan, cuba nak kejar aku. Aku masuk lane slow, dia masuk lane slow. Aku masuk fast lane, dia pun masuk. Nak ajak rempit? Tapi, sori, aku tak layan kereta auto! Huh, bongkak sungguh statement nih .
Tapi Wira Aeroback menghala masuk tol USJ, sedangkan aku terus menghala jalan ke tol Sunway. Sempat lagi rakan dia kat belakang melambai-lambai tangan. Sah! Memang ajak merempit tadi tu. Agaknya, apa akan jadi kalau aku pakai kereta ni? Hehe... dalam banyak-banyak Evo, aku paling suka Evo generasi ke 7 ni.


Jangan ikut perangai buruk aku ni ya adik-adik . Nilah akibat, tak dapat capai impian nak jadi pelumba kereta. Sesungguhnya aku bukan pemandu yang penyabar. Suka melepas geram dan tension dengan memandu laju. Agaknya samalah jugak sebab dengan mamat-mamat motor yang merempit kat jalan-jalan tu. Sebab mereka tak tahu hala nak tuju, tak ada tempat jadi merempitlah di jalan raya.
Tapi untuk pengetahuan semua, Cub Prix sekarang ni dah membuka ruang kepada mat rempit untuk berlumba dengan cara yang betul. Sekarang ni dah ada kategori persendirian tanpa bercampur dengan pelumba-pelumba berpasukan. Maknanya kategori ni khusus untuk pelumba luar yang nak tunjuk bakat, siap dapat bantuan dari AAM lagi. Jadi, apa tunggu lagi, jom rempit kat Alor Setar 20 dan 21 Mac ni!

Thursday, March 5, 2009

MIMPI LAGI

3/05/2009
Hubby nak kahwin lagi! Huh! 8hb Mac 2009. Dengan personaliti TV8. Perempuan itu tinggal di Seksyen 28 Shah Alam (errr... ada ke personaliti TV8 duk kat sini?). Masalahnya aku tak berapa nampak rupanya. Asalnya perempuan itu date dengan kawan baik hubby. Tapi kerana lelaki tu tak nak dia, dia ajak hubby kahwin. Bila aku tanya hubby kenapa dia nak kahwin dengan perempuan tu, hubby cakap saja suka sebab perempuan tu ajak dia kahwin.
Aku bukak mata, huh! Mimpi di waktu subuh!
Masa hubby tengah siap-siap nak gi kerja tadi, aku ceritakan mimpi tu. Huh! Sakan dia gelak , siap mengejek, "Bermadulah awak nanti..."
Huh, bila aku tengok kalendar, 8hb Mac... hari Ahad ! Memang hari orang selalu buat kenduri kahwin! Lagi sakan hubby gelakkan aku. Macam real lak mimpi tu...

Tuesday, March 3, 2009

PESTA BUKU BRUNEI

3/03/2009
Salam... Bermula pada 27hb Februari sampai 1hb Mac lepas, aku berada di Brunei. Pergi bersama Kak Norhayati Berahim untuk mempromosikan novel epal hijau. (Terima kasih banyak kak Yati sebab sudi bawa saya yang tak seberapa ini ). Aku park kereta kat rumah Kak Yati sementelah hubby tak mahu hantar kerana katanya aku cuma pergi 3 hari. Nak rindu-rinduan pun tak sempat... huh... sabo ajelah... mujur jiwa aku tough. Mujur juga hala balik tu flight tak delay. Pak Seyit jugalah yang hantar dan menjemput di LCCT. Hujan rupanya bumi Malaysia. Tapi aku tak kira, masuk je kereta, terus rempit balik ke rumah . Wah, buat rekod, sampai rumah dalam masa 20 minit tepat jam satu pagi. Balik-balik, tak dapat nak update blog bila sudah ada kerja menanti untuk disiapkan... hmm... nampak gayanya aku akan sibuk sampai bulan 4 nanti. Pemergian ke Brunei kali ni lebih bermakna sebab aku dah kenal dengan beberapa warga sana termasuklah staff orang kuat Meslia dan Choice book, Mala dan Salman. Jadi bila berjumpa balik tu, memang kecohlah... tau ajelah aku, mana reti nak tayang muka 'plastik'. Kalau aku gelak, aku gelak. Rupanya Bikash Nur Idris dah tiba awal bersama Hafirda Afiela atas tiket Fajar Pakeer. Huhu, jumpa geng lagi... berkenalan juga dengan satu-satu penulis Brunei yang bernaung di bawah FP iaitu Nuriani Johaini. Ni aku tak tau sapa... aku main ambik aje gambar dia, sbb tengah bosan masa orang tak berapa ramai,... yang pasti dia ustaz sebab masa tu ada rombongan budak sekolah agama. Konon2 nak ambil gambar Qaisara. Fida & Bikash jadi saksi! Contoh tak baik untuk adik2... Tak senonoh betul aku ni .

Yang sedihnya, pagi Ahad tu aku tetiba dapat SMS dari adik aku mengatakan adik lelaki aku kat Klang tu accident. Adehh... dah lah nak call tak boleh... SMS ajelah... aku SMS hubby suruh call adik aku tu. Mujur tak ada apa-apa yang teruk, kaki terseliuh dan bengkak. Lepas tu sempat la
gi Nuriani bawa kami jalan-jalan pada sebelah pagi hari terakhir di Pesta Buku Brunei. Qaisara anak Kak Yati pulak, tak duduk diam. Ke hulu ke hilir tawaf dewan, sekejap dengan Sari sekejap dengan Kak Su. Sambutan... hmm... Alhamdulillah... banyak yang buat aku terharu. Paling terharu apabila bertemu dengan seorang Pensyarah, Puan Faridah yang begitu menyukai Serasi Di Hati. Malah beliau menyarankan kepada pelajar-pelajarnya supaya meneliti isi cerita itu. Terkedu-kedu aku mendengar ceritanya. Yelah, manalah aku nak sangka seorang pensyarah begitu menyukai novel epal hijau. Dan tak sangka juga bila novel epal hijau diterima baik di sana. Malah aku tersipu-sipu bila mereka tak putus-putus mengatakan ceritanya 'lawa'. ... ini istilah orang Brunei ya... dan barulah mereka tau, Rose Harissa itu nama 'kelakar' aku. Mula-mula memanglah aku tergelak, ingatkan memang kelakar rupanya kelakar di sana bermaksud tipu. Paling tak sangka jumpa geng 'Ulat Buku'. Rajin betui diorang berjalan. Sempat juga jumpa Kak Noorsuraya (Jemari Seni) dan Rin (adik Kak Moon). Berpeluk sakan dan riuh bila jumpa balik dengan Rin. Seronok bila dapat berjumpa dengan Leeya, Liza, Nisa, Yan, Hajah Rose, Hajah Asrina, Teo Siew Ying yang aku panggil Lilo... hahaha... mereka sangat mengujakan aku . Mereka buat aku terharu. Untuk Leeya, terima kasih untuk cenderahati beg merah dan box comey itu, juga paru berlada yang sedap. Untuk Liza, terima kasih rerama rona merah yang cute tu. Untuk Nisa, terima kasih banyak2 untuk kek keju yang sangat sangat sangat sedap itu. Macam tau-tau aje ia favorite akak yea... Lilo, tak lupa pada gelak tawa anda yang ceria dan riang ria itu. Mudah2an, ada rezeki, kita berjumpa lagi tahun depan... !

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts