Friday, 27 March 2009

EVOLUSI ELLY



Pagi ni, mata aku terbeliak melihat cover kiriman saudara Ikram (PTS) yang diforwardkan juga kepada Paulynne Malaysian Cub Prix. Kata saudara Ikram, buku ini akan dihantar cetak esok. Aku suka cover ni, sentuhan saudara Zaidi (PTS) memang tak pernah mengecewakan berdasarkan cover-cover lain sentuhannya yang pernah aku tengok di PTS. Tak sedar, airmata aku mengalir . Lama aku merenung cover ni sambil kepala duk ingat balik macam-macam dugaan masa nak hasilkan buku ni . Yang mungkin pada orang lain melihat buku ini taklah tebal, akan merasakan ia senang dihasilkan.
Tapi Tuhan Lebih Tahu apa yang aku rasa . Bak kata Kak Lily, buku yang penuh airmata . Sebab tulah tadi, lepas sedar dari lamunan (ewahhh) aku terus call kak Lily bagitahu pasal buku. Alhamdulillah... rasa terlerai segala jerih . Sebab aku ingin jadi macam Farhana (Rempit vs Impak Maksima) yang berusaha nak ketengahkan nilai positif mat motor. Tapi sebab aku tak kaya macam dia, maka aku hanya mampu tulis buku sahajalah. Mudah-mudahan hasil tulisan tak seberapa aku ni dapat memberi 'sesuatu' kepada kalangan mat motor mahupun mat rempit.
Syukur tak terhingga kepada ALLAH...
Aku pilih tajuk Evolusi Elly kerana aku sukakan kereta Evo... hehe... lagi satu kerana melambangkan perubahan. Dari yang buruk kepada yang baik. Harap ia berguna kepada semua lapisan pembaca . Insya ALLAH Taala, buku ini akan berada di pasaran sekitar April nanti.
Inilah mood aku sekarang...

14 comments:

  1. cantiknyer cover EE tu.
    tahniah rose, ko dapat 'baby' kembar rupanyer...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nora,
    Tahniah mencipta kejayaan menhasilkan TLT & EE. Bukan senang untuk berjaya. Air mata, kegigihan dan keperitan anda itu yang menjanakan kejayaan. Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Yus : terima kasih... aku tak dapat nak elakkan diri dari tersenyum nih...

    PIBSB : errk... *pengsan serta-merta... kekekekekek

    Kak Zara : Waalaikumsalam. Terima kasih banyak-banyak atas kata-kata itu... :)

    ReplyDelete
  4. akhirnya! penantian akan tiba juga.
    Tahniah!! sis.

    notajarigebu :- nnt kita jumpa kat PBAKL erk.

    ReplyDelete
  5. Hoh..
    Satu kepala dengan Cendol laa nih?.. Sama-sama minat Evo..!!
    Gua minat tido je.. Cam jibraun perangai gua kan sis?..

    ReplyDelete
  6. tahniah, kak rose... ini tahunmu. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. hah.. tak sangka yea... keluag lagi satu buku... aku setuju...cantiknya cover... hah Rose, apa stori lam buku nie....kisah cintan ke, masyarakat ke, politik ke.... apa apa pun tahniah sekali lagi.. nie...TLT mana ?? N satu lagi.. Elly tu nama dia ke? senyum beb....

    ReplyDelete
  8. Su : terima kasih! mmg akak tgh lega setelah hampir 2 tahun menjeruk rasa...

    wokay... kita jumpa di PBAKL nanti... :)

    Cer : lohhh... baru ku tahu cen pun minat evo....nasib baik tak tahap firaun perangai ko tu cer... kekeke...


    Bikash : terima kasih... alhamdulillah....

    Leeya : mekasih laling... tapi bukan novel tau... kisah benar mat rempit yang akhirnya jadi pelumba profesional... TLT belum lagi... Elly tu nama sebenar dia ler... :)

    ReplyDelete
  9. akk,
    TAHNIAH yerkk..
    tak sabar nak dapat buku elly nie,,
    adeh!!
    smart abs cover diee...

    ReplyDelete
  10. sis, apa2 hal su sms kak rose. tungguuuuuuu... heeeee...

    ReplyDelete
  11. Wahh.. caya la Rose. Buku ganas tu.. kekekek

    Amboi.. tahun ni menuah2 gitu bukunya keluar. Murah rezeki gitu.. Bley aa ngeteh2 masa pesta buku nnt.. hik hik.

    ReplyDelete
  12. congratulation....teruskan berkarya.....cayuk...heheheh

    ReplyDelete
  13. cikyuyu : tengkiu tengkiu! tunggu yea... :)

    Su : beressss.... :)

    Mersik : hoih... mana ada ganasnya buku tu,,, kekek... tengkiu... okeh... kita ngeteh kat PBAKL nanti...

    Ilyah : tengkiu laling... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016