Thursday 29 April 2010

Al-Fatihah untuk adik Aminulrasyid Amzah


(video credit to : FAFA REED - Allahyarham Minul's best friend)

Sana sini orang bercakap tentang arwah. Sekarang, termasuklah aku, lagipun berlaku dalam daerah aku tinggal, Shah Alam. Tapi aku tak nak komen dari sudut undang-undang mahupun kepolisian. Tak layak. Aku melihat kes ini dari sudut hati seorang ibu.

Sebagai seorang ibu aku rasa aku sangat faham rasa hati ibu arwah. Betapa luluh lantak hati ibu arwah menerima berita ni. Hilang anak bongsu yang manja. dalam sekelip mata..:( Kalau aku... tentu aku meraung-raung dan pi tabuh polis yang tembak tu.

Aku memang benci baca kenyataan sesetengah individu yang menyalahkan keluarganya kerana tak memantau anak keluar malam. Aku meluat baca kenyataan menyalahkan arwah memandu tanpa lesen. Aku tak nampak apa relevannya budak yang bermuka innocent ni dikatakan penjenayah. Okey, fine, kat myspace arwah ada letak gambar yang tak sepatutnya.

Tapi...come on, bila baca myspace arwah, dia cuma seorang budak berusia 15 tahun yang baru nak kenal gelombang hidup. Kadang-kadang budak-budak macam ni bukan fikir panjang pun bila letak gambar camtu. Mungkin bagi arwah, bila letak gambar tu dan cakap ala-ala kasar sikit, nampak macho. Ini normal. Anak lelaki yang manja dan mungkin nakal tapi bukan jahat. Nakal dengan jahat, sangat banyak bezanya okey. Budak jahat atau penjenayah takkan pakai smart-smart atau rugged, takkan manja dengan ibu atau kakak. Gaya arwah memang menunjukkan dia anak kesayangan yang boleh dapat dari ibu atau kakak apa nak pakai.

Aku pun ada anak lelaki. Ik pun macam tu, suka pakai smart-smart. Dan sekarang bercakap dengan kawan-kawan, aku-kau, ada slanga budak bandar. Mischievous giler sekarang ni... Kasar macam orang dah besar. Ik yang kecik tu pun dah tunjuk ciri-ciri budak nakal tapi aku malas nak marah lelebih. Tau kenapa? Kerana budak nakal yang dalam proses ingin tahu macam-macam benda ni biasanya otak mereka cerdas. Bakal jadi budak yang cerdik belajar. Percayalah... sebab aku dulu zaman-zaman sekolah nakal giler, sampai warden meluat dan sumpah gagal SPM. Tapi Alhamdulillah... dapat pangkat 1 dan merasa masuk U... UTM - Universiti Teknologi Malaysia = University of Discovery Malaysia (tataulah ada yang ambil port atau tak pasal tag line ni).

Memetik kata, Syilda Ismail di Facebook, "they say naughty kids will grow up as rebellious succxessful persona. He was a risk taker. He likes attention, wearing lime green sneakers. If umur dia panjang, cud have been an eccentric person. sayang"

Okey berbalik pada kisah arwah. Masa dapat tau kes ni, aku macam takleh nak hadam. Siap cakap kat hubby... "Astaga... mati katak budak tu". Ya, mungkin kasar tapi bagi aku tulah hakikatnya, tak pasal-pasal hilang nyawa. Susah payah, ibu dia melahirkan dia, meninggal pula dalam keadaan tragis dan tak diduga. Bocor kepala kena tembak! Kalau aku, mau jadi gila memikirkannya! Tapi dia dah takde pun. Yang tinggal mungkin ramai orang yang kenal arwah, cuba gali balik kenangan bersama arwah.

Bagi aku, pada malam kejadian tu, arwah cuma seorang budak yang panik dan takut mak marah, kakak marah sebab keluar rumah malam2 dan bawak kereta curi2... tergesel lak kereta mahal... takut kena gi balai, tu je. Pecut laju-laju tanpa peduli apa, sebab nak dapatkan perlindungan dari ibu dan kakak ataupun nak selamatkan diri sebelum mereka tau dia dah keluar malam curi-curi. Ni andaian aku sebagai seorang ibu kepada seorang anak lelaki, okey.

Aku pun kalau terlanggar kereta, punya kecut perut, toksah cakap lah... kepala dah serabut memikir berapa duit pulak nak kena bayar, kena gi balai pulak buat report itu ini. Inikan pula budak 15 tahun yang takde punca pendapatan.

Cakap banyak pun tak guna. Arwah dah tak de. Semoga arwah dicucuri rahmat dan dapat pembelaan yang sewajarnya. Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak. Kerana walaupun arwah telah pergi, ibunya masih ada untuk mendoakan kesejahteraannya. Bukankah doa seorang ibu yang sayangkan anak adalah senjata paling ampuh untuk seorang anak?

Al-fatihah...
http://www.emocutez.com

20 comments:

  1. Al-fatihah ;'(
    untuk arwah .
    mase uu dengar berita neh, terkejut gak.
    pergh! biar betul budak neh pejenayah..
    mcm xcye lak.
    mcm2 stament lak timbul sal arwah neh.

    apa-apa pun, apa yang akak 2lis 2..mmg betui..biasalah bdk2 kan. mybe nmpk cam 2.
    org dah ckp.. mcm2 dah..
    ades2..
    semoga arwah mendapat rahmat..
    mudahan2 roh nye aman..

    >>>> akak , link myspace dia ape?

    ReplyDelete
  2. tu laa yuyu... adalah yang nak cover line tu.
    akak yang takde kena mengena ngan arwah pun rasa sakit bila dia meninggal camtu je...

    tapi ramai yang cakap arwah budak baik wpun nakal sikit...

    akak tak ingat link myspace arwah apa... tapi kalau yuyu taip nama penuh arwah, akan kuar link, facebook pun ada.

    Oh ya, akak lupa nak bitau, akak dah delete akaun myspace akak... :)

    ReplyDelete
  3. uhmmmmmmmmmm..
    2lah kan...
    orang x kenal arwah mybe cakap bukan2..
    biasalah budak2 nk naik remaja..
    nakal je...
    manusia neh. silap sket, dah cakap bukan2..
    even.. kalau kita duk situasi masa arwah 2..
    mesti panik gak kan..

    ok. ptt lah..
    kat top frnd dah xada..
    hehheheh :D
    nnt uu try cr.

    ReplyDelete
  4. Ada orang suka menghukum dengan cepat untuk membuktikan keberkesanan... Kediktatoran nama diberi... Adolf Hitler pernah melaksanakan rukun macam tu bila dia melancarkan perang dunia dulu.. Tapi dia tersilap.. Diktator yang diharapkan mampu membawa bangsa Aryan menuju ke puncak rupanya menyebabkan bangsanya sendiri tidak sekutu dengan beliau...

    Senang cakap, kita sama-sama ada darah daging... Sejak peristiwa Qabil dan Habil, manusia makin lapar darah.. Tak terkecuali untuk veto tampuk..

    ReplyDelete
  5. salam...mmg betul.budak2 mmg banyak yg nakal tapi mereka bukan jahat..tugas kita yg dewasa nilah nak kena pantau mereka selalu.

    dlm kes ni saya tak salahkan mana2 pihak...arwah dah panik maka dia lakukan apa saja utk lepaskan diri...polis tu juga semestinya panik bila kereta tu mengundur ke arah dia..& when u r in that situation u just react..ur thinking process will come later..
    just wonder berapa umur polis tu?

    ReplyDelete
  6. cikyuyu:
    mungkin sebab kereta tu laju, jadi polis terus anggap keta penjenayah...
    selalu terfikir, apa perasaan polis tu bila tgk yang ditembak tu cuma budak 15 tahun...

    Cerpelai:
    Ko power aa ayat sekarang ni... hehee..
    tapi betullah macam ko cakap tu...
    manusia bila ada kuasa, selalu berfikir di luar kewarasan..

    ieda:
    salam...
    tak kira berapa umur polis tu, tgk kereta tu terhuyung-hayang kene tembakan kat tayar tembakan berkali-kali di kawasan perumahan adalah tak wajar.
    fahaman kita, bila orang mati kene tembak polis, adalah penjenayah kene kikis...
    Apapu, Tuhan ajelah yang tahu apa perasaan arwah masa tu...

    ReplyDelete
  7. semoga rohnya dicucuri rahmat...

    blog lanun popular..

    http://lanunsepet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. muka dia memang innocent. kalau dni jadi mak dia.. even dia bebetul wat jenayah sekalipun dni takkan sedar dia penjenayah. siesly.. dia muka baik2.. macam nak wat jenayah pon tak tahu.. tapi silapnya tak buat siasatan terperinci.. pastu tembak melulu. kenapa tak tembak tayar ke apa. ni tembak mati.. biasanya kan tembak kaki ke apa kan.. maruah keluarga budak tu tercemar. siapa nak bertanggungjawab. macam mana dengan keturunan dia? kenapa cakap dia penjenayah? huhuhu dni emo...

    BILA OTAK BANYAK BERFIKIR

    ReplyDelete
  9. LaNuN:
    AMIN!
    Terima kasih bagi link...

    ardinihumaira:
    rumah arwah dekat aje ngan rumah kawan akak.
    takde penjenayah yang nak gi sekolah dan beriya iya nak ambil PMR. Sedih dengan tuduhan sesetengah orang yang kata dia keluar sebab nak gi menyamun... padahal nak gi tolong kwn.
    lgpun restoran2 mamak seksyen 7 tu mmg port lepak paling best kat s.alam.
    buat fitnah kat orang yg dah mati adalah dosa besar, wpun untuk menyelamatkan diri sendiri dari tindakan.

    ReplyDelete
  10. k.rose...fie nie bkan la hebat tok berkata2...
    fie x rti nk bg pndpt dr perspctive undng2 or keibuan....fie ske ngn ayat2 k.rose...sngt m'nusuk kalbu...ape yg fie nk ckp is now not da time tok saling m'nuding jari salah kn satu same lain....biar lah mereka yg b'tnggungjwab selesai kn semuanye....klu blh crik lah kawan2 yg ade dgn arwah sewaktu kejadian....myb sdkit sbnyak blh m'bantu...bg fie polis hve da right tok bt semua 2 coz dyeorg x tau yg memandu 2 arwah n pd pndngan dyeorg myb e2 pnjnayah yg cbe tok perangkap polis2 t'sbut..fie rse if dye tau yg tgh drve 2 remaja umur 15 tahun dye x kn nk tembak kt kpla kn...but....nthla...i don't noe what 2 say..sdih la...fie x de naluri keibuan but sbgai seorg kakak fie akan rse sdih if da same thing t'jd kt adik fie...fie mngkin x dpt nk terima kenyataan nie smpai ble2...tp nie semua takdir kn...x kn kte nk menyalah kn takdir...ape pn TAKZIAH tok family arwah...moga arwah adik aminulrasyid dtempatkn d tmpt2 org yg beriman...n pesanan bg mereka2 yg ckp mak dye x pndai jge ank smpi ank blh kua sorok2..ok fine..awk 2nggu la bile ank2 awak da remaja n rsekn bile ank2 awak bt cam2..brula speechless kn!!!
    ~ALFATIHAH~

    ReplyDelete
  11. fifie ... sendu betul bila kak rose bc luahan fie ni... betul apa yang fie cakap tu...
    kak rose tak menuding jari kat sesapa... kak rose menulis kat blog ni pasal arwah sebab sakit hati bila baca tuduhan dan ayat2 kasar orang ramai pada arwah... arwah meninggal entah sempat rasa sakit atau tak, kita tak tau... tak kenal dia, janganlah cakap dia penyangak, penjenayah or memacam... tu dah memfitnah orang yang dah takde...
    sebagai ibu, semua tohmahan tu sangat sakit untuk diterima...
    kalau mereka kenal dan dengar cerita2 pakcik makcik yang duduk kat area rumah arwah, tentu mereka akan menyesal sebab swenangnya tuduh arwah macam...
    terima kasih fie sebab share apa yang fie rasa tu...apa yang kak rose tulis dalam blog ni pun sebagai sokongan moral buat ibu arwah...
    semoga arwah tenang kat sana...

    ReplyDelete
  12. btol 2 k.rose.....fie stuju dgn ape yg k.rose tlis kt blog nie..
    at least parents dye x la rse t'hina coz x semua org fkir ngtive tntng arwah.....
    ble tgok pic dye mmg sedih....dye mcm x ptot m'ninggal mcm 2 je kn.....tp sbagai manusia biasa apalah daya kita kn kt rose....setiap yg berlaku ada hikmah dan pengajaran......psl mreka2 mulut celupar 2 bia la...skrang nie ALLAH byar cash...nt bila terjadi kt keturunan dyeorg bru la dyeorg tau kn....nk pulak ank dye btol2 pnjenayah....ha..time 2 bru nk malu n terdiam n time 2 la bru nk t'fkir ksalahan yg dyeorg pnh buat......n tok yg kesian2 tue jgn la nk kesian jer..bnyk2 la sdkahkn alfatihah n bace yasin tok arwah..b'doa moga2 segala kbnaran dpt dbuktikn..(wAh~~da mcm ustzah plk)hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Sedih kak bila tahu pasal Arwah ni.. Ekin tau pun lambat sikit.. dapat tau pun sebab tengok ada fb pasal benci polis.. Then baru tengok tenet pasal ape.
    To be frank, Ekin memang sangat-sangatlah tak setuju dengan tindakan polis tu. Mungkin polis tu pun sama panik. Agaknya polis baru kot.. atau polis yang da lame 'pencen' tekan picu pistol. Entahlah. Sekarang ni semua pihak saling nak menuding jari. Kesian tengok mak dia. Tapi tak tau la kenapa tak bape nak kesian dengan polis. Haih...

    Semoga roh arwah tenang kat sana. Muka dia muka baik even nampak nakalnya. Nampak dia memang anak manja. Mesti ada hikmah atas setiap kejadian. Allah lebih sayangkan dia. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Yup kisah Aminulrasyid memang mendapat liputan luas media. Tidak menyebelahi sesiapa. Tapi kebenarannya lebih terarah kepada arwah. Wallu'alam. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  15. ~nOugHtygUrL~:
    kak rose yang takde kene mengena ni pun rasa sakit hati ada yang blame arwah dan tuduh macam2... tu kan dah kira fitnah... takpelah... kita tunggu siasatan selesai... mudah2an terbela..

    ekin:
    kak rose bila dapat tau tu mcm tak caya je... budak 15 tahun menyamun? budak sekolah lak tu... bila dah ikut dengan gigih di FB... lama-lama ternampak laa... mmg ada something wrng somewhere...

    Hami:
    Salam...
    betul tu... mmg skg nampak terarah kepada arwah...
    mudah2an arwah tenang di alam sana... di sisi Tuhan yang Esa...

    ReplyDelete
  16. Alfatihah utk Allahyarham Aminulrasyid Amzah..

    Sayu baca blog Kak Rose.. first blog yg sy baca yg menghormati pemergian Allahyarham..
    Sy pun setuju dgn fie.. Tiada naluri keibuan, tapi sy ada adik yg baru nak membesar seperti Allahyarham juga..

    Sy mendoakan ketenangan Allahyarham di sana & semoga family Allahyarham lebih kuat.. InsyaAllah, keadilan itu ada.

    ReplyDelete
  17. AMIN!
    Syebi...
    terima kasih sudi baca tentang Allahyarham.
    muka Allahyarham sangat familiar, agaknya tu yang kak rose rasa dekat sangat...rumah kawan dekat situ, mungkin pernah terserempak, berselisih bahu dengan arwah... dunia ni kan kecik...
    Itulah... kak rose memang sakit hati bila baca blog atau statement yang tak menghormati arwah, apalagi statement pihak berkuasa mempertahankan cerita arwah undur kereta untuk langgar polis... sedangkan kawan baik arwah sendiri dah ceritakan segalanya. Mana mungkin dia menipu, kawan baik mati atas riba... sah trauma sampai ke dewasa...

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah kpd Allahyarham Aminulrasyid Amzah.

    Sya visit blog kak rose sbb nk tahu kak rose ade tulis novel terbaru x..sya da xthu ape novel yg terbaru sbb sya skrg belajar kat UiTM.
    skrg cuti sem so sya surfing blog author yg laen. sya terkejut yg kak rose tulis psl allahyarham. sya still sedih psl allahyarham aminulrasyid.

    sya dgr berita ni dr adik sya sendiri. sya dpt tahu yg adik sya kwn dgn allahyarham sbb dye selalu usik rambut adik sya dlm bas. bile adik sya cite berita ni, sya terkejut dan menangis.
    kesian allahyarham. even though, bdk ni bersalah sbb bwk kete bwh umur dan tnpa lesen tp polis tidak patut sepak azam, kwn arwah dan menembak beberapa das pd kete tu.
    sya berhrp keadilan itu wujud dan berdoa roh arwah tenang di alam sana....

    ReplyDelete
  19. Betul tu che rose
    Saya juga rasa tersangat sedih dan tersangat kehilangan di atas kematian Amirulrasyid.
    Boleh baca komen saya dalam facebook/Keadilan untuk Adik Amirulrasyid.
    Air mata saya menitis bersama kesedihan ibunya

    Alfatihah

    ReplyDelete
  20. shadah
    novel terbaru kak rose, Wasilah Cinta Weeera

    Kak Rose tulis entry pasal allahyarham Aminulrasyid ni sebab geram membaca blog/forum yang maki hamun arwah dan keluarga.... rasanya tak ramai yang tahu, allahyarham dah tak ada ayah. Tak usahlah nak kutuk mak bapak segala... lepas tu rasa pelik kenapa sampai sudah tak dakwa polis tu... bila kes kat negeri 9 terjadi, barulah polis terlibat di dakwa... hikmah sungguh...
    kita cuma mampu doakan ketenangan Allahyarham di sana bersama bapanya...

    rajie:
    sayta dah kurangkan melihat gambar allahyarham sebab sampai terbayang terbawa dalam mimpi... saya cuma jadi silent reader aje sekarang kat facebook berkait Allahyarham...

    Al FATIHAH

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016