Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

By Rose Harissa - September 05, 2010


Pejam celik dah dekat 7 tahun aku menulis dengan APO? dan menulis karya-karya tebal beratus-ratus mukasurat bernama novel.
Dengan jari-jari ni aku menaip bermacam cerita untuk tatapan kalian sampai sekarang, jari yang sama gak aku susun untuk mohon maaf dari kalian kalau ada cerita-cerita aku yang tak best, atau kurang umph macam ketupat cicah rendang...

Aku cuma nak korang tahu aku ni cuma insan yang lemah di panggungNya.
Tak selamanya mata memandang dengan ramah,
hati menilai dengan jernih, dan mulut bicara dengan santun.
Aku mohon maaf atas semua kesalahanku.

Baik yang disengaja mahupun yang tidak, yang besar mahupun yang kecil,
yang masih ingat mahupun yang sudah lupa.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
Semoga kita sukses.
Semoga menjadi jiwa yang fitri teriring doa;

Taqobalallahu minna waminkum taqobbal ya karim, ja’alanallahu waiyakum minal aidin walfaizin walmaghfurin.

dengan ingatan tulus ikhlas dari:

Rose Harissa @ Nora
http://roseharissa.blogspot.com/

_____________________________________
p/s: seperti tahun-tahun lepas, aku lukis sendiri je kad raya. Cuma tahun ni tak sempat nak print dan pos pada kawan-kawan. Busy bebenor kekdahnya... hehe...
Tapi sesapa yang nak save, dipersilakan tapi janganlah lupa letak kredit, letih mak melukis muka-muka hero tu... (^_^)v

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Selamat hari raye kak rose... cantik kad raye kak rose nie... Saye da save kad nie nk wat kenangan..

    ReplyDelete
  2. dh jadi mak ayam pulak. mak ayam cawangan mana ni? hu3 npe x der gmbar elly pun? dia kn hero akak jgk...

    apa pun, slmt hri sya maaf zahir dan batin...
    slmt bjya dan trus mnulis, mnulis dan mnulis

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri, sis!
    miss you!

    ;)

    ReplyDelete
  4. Kak rose....selamat hari raya...nice lah kad raye akak dengan gambar hero2 kesayangan. heheheheh.... rasenya x sabar nk tunggu karya akak yg terbaru {Seperti keju & coklat} :-)

    ReplyDelete
  5. salam ! kak rose :)
    thnks ekk!
    anyway , nk wish gak selamat hari raya kat sini .
    hehehhe!
    pakwe2 hensem , saya ttp sayang ady rafizal !
    kehekeeehheh !! =))

    ReplyDelete
  6. huhu... every year kena ada satu poster taw! TERBAEK!!!! ermm biler nak tambah koleksi pak we neh? ;) Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  7. Wild Cherry:
    Terima kasih sbb sudi save kad raya ni... :) selamat hari raya gak tuk cherry

    Rehal:
    hahaha ni mak ayam cawangan kemuning... hehe
    biasa cakap2 camtu... :p
    mmg saja tak masukkan elly sbb dia hero hidup... bukan rekaan akak..
    selamat hari raya gak untuk airul...

    ardinihumaira:
    miss u too lil sis... selamat hari raya... :D

    Ilyah:
    Hehhe... rasa hero2 ni akan jadi trademark kad raya untuk taun2 akan datang... senang citer... buku Seperti Keju & Coklat tu Insya ALLAH Taala, lepas raya keluar tapi citer remaja la... bukan novel dewasa...

    cikyuyu:
    no prob laling... tak sempat nak print n pos pada cikyuyu taun ni... tapi kan... mmg masa lukis ni rasa macam Rafizal paling hensem, kemudian baru Ezli dan yang lain2... hehee


    Rinn:
    tengkyu Rinn... ni idea hang la jugak ni... hmm... poster ya? menarik gak idea tu... pesta buku nanti aku kasi (kalo ada chance duk di meja penulis lagi).
    Selamat hari raya gak tuk hang... :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya kak rose
    maaf zahir batin :))

    Sy dah save jugak, suka tengok Weera yg hensem lg cute, tapi Ezli tetap macho! :D

    ReplyDelete
  9. Airina, selamat hari raya gak...
    terima kasih sbb save kad di atas... :)
    suka baca komen airina pasal Weera dan Ezli... hehe...tengkyu

    ReplyDelete