Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Terbitan :
ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Terbitan :
"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorang diri semasa membuat design..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!”
"Sebenarnya…Aqil itu ada masalah mental..."
Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Tapi sayanglah…kalau rupa kacak tapi sakit mental pula!
Semua persoalan yang mengumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil. Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza, boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil – “Berkat duduk satu ruangan kerja dengan awak dulu, saya merasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dapat mengenal bahagia lagi.”
Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang disimpan oleh Aqil yang bukan hanya mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
Safiy Aqil
_______________________________________
Ini adalah novel gedik Islami, cubaan pertama aku menghasilkan novel remaja berlandaskan syariah-compliant. Jadi isinya tentulah tidak seberat novel-novel dewasa yang lain.
Biarpun mungkin ada yang mengatakan seseorang penulis perlu mengekalkan satu tema sahaja untuk maju jaya tetapi bagi aku, tidak ada salahnya mencuba pelbagai genre agar lebih versatile. Bukan penyanyi atau pelakon aje harus versatil tetapi penulis juga.
Kalau sekarang pelakon Ady Putra dah dianggap sebagai Johny Depp Malaya sebab sanggup ubah penampilan demi menghayati watak, jadi apa salahnya apabila menulis, kita cuba terapkan kelainan supaya dapat menarik lebih banyak golongan, tak semestinya dewasa sahaja atau remaja sahaja untuk membaca buku-buku tulisan kita. Lagipun apabila mencuba pelbagai genre tulisan, kita dapat mencabar diri sendiri dan menguji sejauh mana kemampuan penulisan.
Oh, terlebih sudah... apapun, semoga 'Seperti Keju & Coklat' ini dapat menghiburkan para pembaca remaja sekaligus memberi sedikit tauladan. Dan mudah-mudahan 'Seperti Keju & Coklat' juga dapat dijadikan pemangkin untuk aku lebih terus gigih menulis novel gedik Islami di bawah naungan PTS. Kalau nak baca sinopsis 'Seperti Keju & Coklat', boleh lihat di portal PTS.

wahhh! tahniah sis.. dni dah lama tak ke kedai buku... nanti dni pegi cari tau.. ^__^ comel betul cover buku tu. rasa nak makan :X
ReplyDeleteerr.. alamak... emoticon :X tu tak menjadi la hehe
ReplyDeleteche rose...
ReplyDeleteselamat ari raya...maaf zahir batin.
tahniah2!...mesti dptkan nih....
Salam.akak.. dh ada kt pasaran belum nih??? xsabar nak beli..
ReplyDeleteArdini :
ReplyDeletetengkyu dini...
emoticons ni mmg kekadang tak jadi... napa tah... malas dah akak nak godek...
kak Nik:
tengkyu kak Nik... tapi ni citer budak remaja...
selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya... :)
Nur Safwanah:
Salam... belum sampai kedai kut...
tapi kalau kat bookcafe mungkin dah bleh beli... :)
fulamak kak...belum smpat nak ratah WcW dah kene sumbat lagi dgn keju&coklat plak..gua mesti beli punyee... haha dah ade kat pasaran ke??
ReplyDeleteuntuk pgetahuan..gua dah amik WcW semalam kat si dia...ziarah fmly n berhari raya bersamanya..hehe
tanx so much !!
ape2 pun doakan kami ek...n gua sentiasa doakan lu kak,n semua umat islam..moga maju n terus maju!!
ala is... keju& coklat ni buku budak remaja... belum ada kat pasaran... baru kuar pencetak kut...
ReplyDeleteerrrr... dah amik WCW dari si dia eh? sambil beraya?
errr... takutnya budak belajar kat Yaman nak baca buku tu... akak tunggu komen ko is...
apapun, moga kalian menjejak jinjang pelamin cepat2 dan bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin!
Tahniah :) ada pulak gedik islami? macam macam...
ReplyDeleteTengkyu Rinn...
ReplyDeletedilabelkan begitu oleh Bonda Ainon.
means takde pegang2 tangan dan takde dating, hubungan suci atas landasan persahabatan yang murni la kiranya... :D