Novel terbaru aku, "...Dan Cinta Pun Tersenyum." baru sahaja memasuki pasaran sejak Isnin lalu. Aku adalah orang yang paling gembira sebab hajat dan cita-cita nak buat novel dwi-bahasa menggabungkan dua negara macam sinetron, termakbul di bawah naungan NBKara Sdn Bhd. Setelah Ezli, aku akui, Ervan adalah hero yang paling aku sayang. Aku mula tulis sejak 2008. Kemudian bila dah siap, serahkan pada penerbit, ada pula masalah menimpa. Lama aku 'simpan' Ervan ni sebelum betul-betul dapat semula semangat untuk serahkan kepada NBKara.
Alhamdulillah, kebanyakan yang dah baca, memberi komen positif walaupun ada yang mengakui agak susah sebab ada beberapa perkataan yang tak faham dan kena rujuk nota kaki. Tapi itulah tujuan aku sebenarnya... hehe...
Sebenarnya sebelum ni dah berjanji pada diri sendiri, takkan tampal dah komen-komen pembaca. Tapi emel dan komen panjang lebar dari Azrin Rusdan, buat aku tersenyum sampai ke otak! Haha...nak tau sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak komen yang aku terima, Azrin berjaya mendeteksi serta menghuraikan apa yang aku cuba ketengahkan dalam "...Dan Cinta Pun Tersenyum."
Terima kasih Azrin...kak Rose terharu sangat-sangat. Jadi kat sini, aku kongsikan apa yang diperkatakan oleh Azrin.
Salam buat Kak Rose…
Saat akak baca email ni, saya telah selamat khatam … Dan Cinta Pun Tersenyum… Oh! Saat ni saya masih tersenyum sorang membayangkan Ervan (Si Cowok Super Pongah itu!) dan Surihani (Si Cewek Jutek!!). Actually, dah lama menanti buah tangan terbaharu akak selepas WCW dan SKnC. Bila surf internet hari Ahad hari tu, tengok poster DCPT terpampang kt blog akak. Wah! Hari Isni jugak saya ke Minerva utk dapatkan DCPT. Tak sabar nak baca buah tangan terbaru akak, dalam train jugak saya terus mulakan kisah Ervan – Surihani ini…. Ok! Cukup-cukup mukadimahnya.. terus ke komentarnya ya kak! Hehehe…
Saya tak ragu-ragu melabelkan DCPT ini merupakan KARYA TERBAEK Rose Harissa@ Nora Ismail. Bagi saya, akak melakar plot DCPT dengan sangat baik dan kemas. Bermula dengan kisah Ervan dan diselitkan pula dengan kisah Surihani sehingga akak pertemukan mereka di Pulau Besar. Semuanya terlakar dengan baik dan SWEET! Dan part yang paling BEST tentulah kisah mereka yang bagai anjing dan kucing itu. Saat ini, sememangnya saya tersenyum, ketawa dan tersengih sorang-sorang. Cara akak melakar part mereka berantem tu…. Wah! Saya rasa memang mereka betul-betul berantem depan saya! Sememangnya tak dapat dinafikan, kelebihan akak dalam mencorak part-part mereka bergaduh tu… memang kecoh banget!
Then… masuklah part BUNGA-BUNGA CINTA antara mereka. Ok! Seriously part ni memang SWEET banget! Macam mana pulak si Super Pongah ni boleh suka dengan si Cewek Jutek ni?? Sekali lagi akak berjaya melakar kisah mereka saling jatuh cinta ni dengan sangat baik. Saya pun sampai ketawa sorang-sorang bila mereka ni saling keliru macam mana pulak boleh tersuka antara satu sama lain. Hehehe… Oh! Saat saya berangan-angan mereka akan BAHAGIA… Tiba-tiba… DUMM!! Mulalah pulak part yang sangat SEDIH. Meneruskan pembacaan saat kecelakaan menimpa mereka, tak ada lagi part saya tersenyum sorang-sorang. Yang ada hanya rasa KASIHAN dan SEDIH! Kesian sangat kat Ervan dan Surihani. Sedih memikirkan mereka tak sempat berkencan. Tapi MARAH jugak kat Ervan sebab terus-terusan tak menerima keadaan dirinya. Lagi marah kat dia sebab terus-terusan menolak CINTA Surihani. Kesian kat Surihani… Ending part… akhirnya Ervan menyesal jugak. Dia mula ada keyakinan diri and paling penting dia kembali pada si Cewek Jutek. Yeah!!
DCPT memang lengkap semuanya kak! Sebuah kisah cinta yang saya rasa sangat AGUNG! Kelebihan akak, akak sangat pandai melakar watak-watak! So, bila membaca saya dapat bayangkan betapa gantengnya Ervan dan betapa sweetnya Surihani (tapi of course la, kelebihan akak dalam menggambarkan watak hero-hero novel akak!). Kadang-kadang, bila membaca kita terasa pesona watak-watak yang telah akak lakarkan. Memang tak dapat dinafikan itu adalah KELEBIHAN akak.
Dari segi gaya penulisan pulak… Well done kak! Gaya penulisan akak sangat santai, simple dan tak memberatkan (kalau baca tak peninglah…). Tapi, apa yang paling saya KAGUM adalah kefasihan akak dalam menggunakan bahasa Indonesia. Jelas menunjukkan yang akak STUDY dulu sebelum menulis kisah ni. Tahniah kak! Satu lagi pujian buat akak adalah GAYA PENULISAN akak… Bila bercerita pasal Ervan, jelas akak menggunakan gaya bahasa ala-ala Indonesia. Bila bercerita pasal Surihani, akak gunakan gaya bahasa ala-ala Malaysia. Bila dipertemukan, menghasilkan gaya bahasa yang cukup ASYIKKK! Hehehe… Kadang-kadang masa saya membaca, saya rasa macam tengah baca novel dari seberang pulak. Hehehe…
Kalau bab perasaan-perasaan ni… Kak Rose punya touch memang tak dapat disangkalkan lagi lah. Semuanya cukup, macam yang saya bagitau pada awal tadi, saya selalu tersenyum sorang-sorang, ketawa, geram, marah dan sedih (semuanya boleh saya rasakan… bila sedih tu memang rasa sebak, tapi xlah sampai menangis.. hehe). Well done kak!
Jujurnya, novel akak kali ni memang karya akak yang TERBAIK. Malah lengkap dengan pengajaran yang membuatkan saya terngadah.., Kesempurnaan hanyalah pinjaman dariNYA, bila-bila DIA boleh tarik kembali KESEMPURAAAN tersebut. Saya insaf sendiri. Dari segi pemilihan tema, akak berani gunakan tema lain daripada yang lain. Erm…saat dua negara ini tengah berantem, saya rasa DCPT boleh menjadi salah satu wadah untuk membuatkan dua negara ini bisa berdamai ( saya harap novel ni dapat dipasarkan kat Indonesia!). Saya jugak bisa belajar bahasa Indonesia jugak kak! hehe…
Oklah kak! Cukup-cukuplah saya membebel ni. Saya harap komentar saya yang tak seberapa ni dapat diterima oleh akak. Sebagai peminat setia ROSE HARISSA tidak ada apa yang dapat saya berikan selain komentar yang enak-enak aja! Hehe…. Sekali lagi, well done kak! saya menanti buah tangan akak seterusnya…
… Dan Cinta Pun Tersenyum… Kisah Cinta Agung Ervan-Surihani… Karya TERBAIK Rose Harissa!!!
Ikhlas daripada peminat setiamu! Hehe..
-azrin-
Apa yang aku bold dengan warna merah tu adalah apa yang aku cuba nak sampaikan... memang hajat aku, mahu menyampaikan apa yang baik tentang dua negara serumpun ni. Memang, aku nak hilangkan persepsi negatif antara dua negara ni. Memang dari dulu aku berhajat nak buat novel berbahasa Indonesia-Malaysia ni sebab nak mengetengahkan keunikan bahasa yang mungkin sekarang ni kita sendiri dah jarang guna walaupun ada dalam kamus bahasa.
Apapun, terpulang kepada selera masing-masing untuk menilai naskah terbaru aku ni... aku kan sering terima apa adanya? hehehe... tapi sungguh, sampai sekarang, komen Azrin ni buat aku rasa nak tersenyum aje sepanjang hari... hehe... Terima kasih Azrin!
Sekian, jumpa lagi! (^_^)v
waaa. tahniah che' rose. ni buat akak nak cari cpt2..tp jam ni tak berkesempatan lg..oh masa! sgt mencemburui ku! ahaks!
ReplyDeleteSalam Kak..Saya dah khatam dua buku akak dari semalam..makam tadi..Dan Cinta Pun Tersenyum..Senyum sorang2..saya baca ..sweet sangat..cuma puas nak memahami dialog2 indon la..Tapi satu kelainan la kak..Memang sweet sgt2..Luv Hate story..
ReplyDeleteSekerat hari ni pulak khatam Wasilah Cinta Weera..Huu..Menangis sorang2..sedih ..penuh keinsafan..sweet ..macam2 ada..Tahniah kak..Selamat berkarya..Tak sabar nak tunggu karya akak yang lain pulak..Chaiyokkk
Kak Nik:
ReplyDeleteTerima kasih kak Nik... harapnya kak Nik suka buku ni nanti... hehee
Aween:
Terima kasih atas pujian aween tu... tapi maaf ya sebab dah buat aween mungkin konpius dengan bahasa Indo tu... hehehe...
Terima kasih banyak2 jugak untuk WCW....Insya ALLAH Taala...kak rose akan terus berkarya selagi diberikan idea oleh Tuhan... :)
Salam rose,terima kasih byk²...
ReplyDeleteaku dah katam DCPT tahap marathon,bos tak der aku baca habis²san,masuk tandas pon aku bwk,..hehehehe..mmg best tahap giler lah,tak terungkap oleh kata² dan aku mmg happy sgt bila membacanya,patut ler 'mereka itu' reject publish kt tmpt dia org,coz ada bahasa² yg kasar² dr tanah sbrg,'mereta itu' kan suci bab sesuci embun pagi...apa² pon tahniah utk ngko...Tahniah!tahniah!..
Salam Teja...
ReplyDeletewah wah...ko habiskan hari tu jugak eh? cayalah..tak nyusahkan ko ke bahasa Indoe tu?
tapi bila ko happy tu aku bersyukurlahhhh... hehehe mekasih banyak2 laling! :)
assalamualaikum
ReplyDeletesejujurnya ini kali pertama saya membaca karya che' rose. saya tertarik untuk membaca kerana tertarik dengan gabungan bahasa dua negara dan setelah membaca sinopsis di nbkara.
tahniah saya ucapkan. emosi saya turut terusik dengan keletah Ervan dan Surihani. cukup terusik hingga anak-anak hairan melihat saya membaca sambil bercucuran airmata.
looking forward to more novels from you.
waalaikumsalam...
ReplyDeletemaaf terlambat balas... jarang jenguk blog sekarang...hehe
buka2 aje, terharu baca komen wahwo... apatah lagi bila awak membaca sambil bercucuran airmata...
terima kasih... anggap tu sebagai pujian...kerana saya pun sebenarnya cuak jugak bila menulis citer gabungan bahasa dua negara nih... walaupun dengan niat murni mahu menyatu padukan rumpun.
:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy ske sgt nvel akak yg ni.. best sgt..
ReplyDeleteeyrra... terima kasih laling sbb suka novel akak yang ni... :))))
ReplyDeletebella nk crik la novel nieyh scpat yg mungkin :) hehhee..
ReplyDeleteharap bella suka dan puas hati baca buku ni nanti... :)
ReplyDeletekalau cerita ni buat filem..
ReplyDeletesaper si hot ervan tu ek??
huhuhu..
love your artwork!