Thursday, 14 December 2006

Keluhan seorang designer

December 14, 2006

Orang ramai tanya aku, aku ni keje designer... tapi designer apa? Ye, memanglah banyak jenis designer dalam dunia design ni... aku akan jawab designer besi... design pintu pagar, railing, grille, dan apa-apa aje yang melibatkan besi atau alloy... dan aku antara student architecture yang menyimpang agak jauh dari landasan senibina. Lebih mantap dan tepat, bidang kerja aku ni, adalah tergolong dalam finishing... best? Dulu memang rasa best... tapi sekarang??

Biasa la... ego seorang designer... bila dh keje lama2 tapi terasa diperah keringat dengan gaji yang seciput... lama-lama berubah menjadi pemberontak... betullah kata orang, bila buat kerja dengan hati yang tidak ikhlas, memanglah dari minat jadi benci... satu design aku boleh siap dalam masa sehari, sekarang aku leh drag sampai berminggu-minggu! Aku pun tau penat... sakit hati, terasa dipergunakan.... keinginan nak berhenti tu dah makin teguh dari hari ke hari setelah tiada lagi keinginan aku nak bagi peluang atau memuji hati ini lagi... harapan ku agar segalanya terlaksana selepas CNY 2007...
Janganlah cakap aku bodoh atau x pk masa depan... kerana aku pk semua tu la, aku dh x ada hati lagi nak meneruskan kerjaya sebagai designer besi sedangkan aku masih banyak peluang lain di luar sana...
Bayangkan, seorang designer yang berkelulusan diploma senibina UTM, sekarang terpaksa melakukan kerja-kerja general, angkat talipon, buat purchase, deal dengan supplier, call sana, call sini, setel hal berkaitan admin, MBSA, imigeresen, interview org nak keje, jaga duit, repot mesin rosak, sampaikan hal2 akaun pun aku dh tau... bukanke itu keje general clerk??? aku ni designer je... dibayar gaji designer tapi kene buat semua tu... tolong sikit2 bleh lah... tapi sekarang dah berlarutan sampai setaun lebih..., aku dah start rasa nak muntah darah! Siapa yang boleh tahan? Angkat tangan!

Thursday, 30 November 2006

Dalam dilema....

November 30, 2006
Setelah sekian lama, blog ini macam terbengkalai aje lagi. Hmm… aku tak ada masa, Cuma sempat jenguk kejap2 aje. Dari 2 minggu lepas aku tak buat apa-apa untuk blog ni… Bermula dengan cuti panjang kerana satu-satunya nenek yang aku ada meninggal dunia. Lepas tu pergi jamuan raya alaf. Seronoknya dapat cakap-cakap dengan idolaku, Kak Pah dan Nia Azalea…lepas tu temuramah RTM, aku yang last sekali, gelabah giler. Lepas beli buku, terus balik.

Hmm… bila aku kembali bekerja, mood untuk terus bergelar designer besi ni makin berkurangan… kenapa? Aku sendiri dah dalam dilema ni… inilah kerja pertama selepas aku grad dari UTM dulu, sampai sekarang dah ada anak sorang, aku masih setia kerja di sini… kenapa? Sebab aku temui keseronokan dalam bidang ni… yelah, rekaan aku ada dalam rumah orang-orang kaya dan ternama… antara bangunan terkenal yang ada rekaan besi aku ialah, Padi Muzium, Alor Setar, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Royal Lake Club, Istana Seri Menanti, Gerbang Bersepadu (lampu jalan), dll.. orang-orang ternama pulak, termasuklah Tun Mahathir, Tan Sri Zain Hashim, Datuk K, Dato’ Yahya Jalil dan banyak lagi, yang x mampu aku senaraikan…tapi bila aku tengok balik senarai panjang ni, buat aku berfikir 2, 3 ratus kali sebelum berhenti keja. Bayangkanlah, aku senang-senang aje dapat jumpa Tan Sri, Dato’, Datin, Tengku, kerabat di raja…kalau berhenti, sayang. Memang banyak company besi tapi rasanya x sama dengan trademark company aku keje ni…

Walaupun ada diantara projek tak dapat pada syarikat aku bekerja ni dan wlaupun, ada juga yang ambil design aku, suh orang lain buat, aku tetap senyum bangga kerana kat hujung drawing tu, terselit nama aku…hehehe…

Sampai sekarang, aku dalam dilema… adakah kerana tak happy lagi dengan environment pejabat, berbaloi untuk aku berhenti kerja, dan mula memikirkan rancangan-rancangan diri yang tak terlaksana kerana terikat dengan orang lain…perlukah aku nekad??? hai, entahlahh...

Thursday, 9 November 2006

Ulasan Novel

November 09, 2006
Thursday, November 09, 2006
Ulasan novel : Berikan Cintamu - Rose Harissa


Komen dari peminat novel yang sudah pun selesai membaca novel terbaru dari Alaf21 ini. Kita ikuti pendapat beliau.

Komen peribadi

Walaupun perjalanan pelayaran kali ini tenang, tetapi saya tidak dibawa ke persinggahanan yang menarik dari pelayaran ini. Cuma cuacanya yang agak tidak menentu. Sekejap mentari terang menyinari, adakala mendung menghiasi alam, dan hujan tidak pernah lupa menyirami perut bumi agar langit cerah menampakkan diri lagi.

Nukilan Rose Harissa lebih cenderung kepada pembacaan remaja muda yang sedang menerokai dunia berdikari dan berkasihsayang. Sebagai seorang remaja dewasa, saya tidak rasai kepuasan menikmati sajian yang disediakan dalam pelayaran kali ini. Walaupun pelayaran kali ini mengambil masa yang agak lama untuk pulang, tidak banyak pemandangan indah yang dapat saya nikmati.
Moga Rose Harissa akan terus berkarya dan memantapkan lagi persembahan akan datang.

Moral dari penghayatan novel

Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Apabila sesuatu perasaan menguasai diri, kita seharusnya bijak mengendalikan akal dan fikiran untuk sama2 beriringan dengan perasaan yang hadir. Tetapi tidak saya nafikan ia tidaklah semudah yang dijangka. Sering terjadi, kita lebih cenderung untuk mengikut nafsu ‘jahat’ dari memikirkan kesan dari tindakan yang diambil. Di sinilah benarnya peribahasa “kesal kemudian tiada gunanya”.

Seringkali juga kita alpa dengan keadaan sekeliling yang memungkinkan tindakan kita mendapat reflex yang negatif samada terhadap insan lain atau diri sendiri. Kita juga adakalanya alpa untuk mengingatkan diri sendiri akan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT.

Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Tetapi… berapa ramaikah diantara kita yang dengan ringan mulut meminta kemaafan seawal kesedaran atau seikhlas hati memberi kemaafan? Ya, adakala, sebagai insan yang tidak puas digoda syaitan, kita mengikut telunjuk yang tidak baik tanpa berfikir panjang.

Bila nafsu menguasai segenap akal dan fikiran, kadangkala kita alpa pada iman yang dibekalkan. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Wallahualam…

kasih


Terima kasih diucapkan kepada pembaca diatas, semoga setiap novel keluaran Alaf21 ada mesejnya yang tersendiri selain dari cerita yang dipaparkan.

*Terima kasih kepada pembaca di atas. Alhamdulillah, mesej dan moral yang ingin saya sampaikan dapat diterima. Insya-Allah Taala... saya cuba menghasilkan karya yang lebih mantap.<--Rose Harissa

Friday, 13 October 2006

"Berikan Cintamu"

October 13, 2006

Alhamdulillah…. Itu ucapan pertama yang harus aku ucapkan bila melihat novel pertama aku ni keluar juga di pasaran. Tak ada kata dan ucapan yang boleh aku gambarkan perasaan aku ni.
Masa mula-mula tengok covernya… aku dah suka… terutamanya part bunga ros tu… lagipun kombinasi warna kemerahan dia tu memang aku suka. Aku ucapkan terima kasih kepada Faizal (Alaf21) yang mereka cover yang cantik untuk novel sulung aku ni… sampai balik rumah, aku asyik tersenyum aje membelek novel ni. Hehehe…
Bila keluarnya novel ni, terbalas rasanya susah payah menulis selama ni. Rupanya bukan senang nak bergelar penulis novel. Terima kasih banyak untuk Kak Ruby (editor) kerana telah banyak bersusah payah untuk novel ini. Kalau tidak kerana harapan dan semangat yang Kak Wan berikan pada aku masa mula2 menjejakkan kaki menghantar manuskrip pertama ke Alaf21, dah tentu aku surrender… hehehe… nasib baik aku ni ‘tough’ dan tahan cabaran… (ye ke?) ;)
Aku harap para pembaca semua sudilah memberi komen untuk karya pertama ni. Pujian itu memang bagus untuk menaikkan semangat tetapi tanpa kritikan juga tak mungkin aku mampu memperbaiki kesalahan diri. Oleh itu, aku amat mengalu-alukan sebarang bentuk komen dan kritikan. Jangan bimbang, aku jenis yang boleh terima kritikan. I am very flexible person. Pengalaman menjadi penulis sambilan dah banyak mengajar aku supaya terima apa sahaja kritikan. Alhamdulillah, dari situ, aku banyak belajar memperbaiki diri.
‘Berikan Cintamu’ adalah langkah pertama untuk aku mengorak lebih jauh sebagai penulis novel kreatif. Jika ada apa-apa kesilapan yang aku terlepas pandang untuk novel ini, silalah email kepada aku…
Harap anda semua terhibur…

p/s : sebenarnya entry ni aku nak masukkan pada 10/10 iaitu tarikh keramat (bak kata kaknOOr) keluarnya novel ini kat pasaran. Tapi aku kesuntukan masa. Maaf.

Friday, 6 October 2006

Kegembiraan di Bulan Ramadhan

October 06, 2006
Hmm... kali ni takde drawing... aku saja nak tulis kegembiraan aku.
Tadi, aku saja2 lah SMS editor aku yang genit dan nakal tu.. Kak Ruby.. sajalah nak tanya progress novel. Tup2 dia call, dia beriya minta maaf ngan aku cakap ada berita sedih. Aku punyelah berdebar. Yelah.. manalah tau memang ada berita buruk kan...
debarnya jangan ceritalah... ditambah dengan suara dia yang betul2 longlai... perghh... aku siap cakap jangan buat saya nangis kak ruby..
alih2 dia menjerit... TAHNIAH! ... aku pun sama naik menjerit sakan! hehehe... saja je Kak Ruby tu menakutkan aku yang memang cepat gabra ni... Alhamdulillah.. lahir juga baby pertama aku ni... Insya-Allah Taala... minggu depan akan ada kat pasaran... kata Kak Ruby... covernya cantik... ;)
Tak sabar nak tengok... manuskrip yang ditulis... dah jadi sebuah buku.. ;)
Terima Kasih banyak Kak Ruby...Encik Norden (big boss Alaf21) dan Kak Wan...
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016