Monday, 12 October 2009

Evolusi Elly - Daripada Rempit Kepada Juara - Ke MotoGP

October 12, 2009
Aku sudah mencuri waktu ke Sepang menyaksikan pengumuman pelumba Malaysia untuk ke MOTOGP 2009 secara live...
Akhirnya milik Elly... dan dibantu oleh Zulfahmi. Dua-dua akan wakil negara tapi Elly, 25, bakal menggunakan Aprilia RSW 125 yang disediakan oleh pasukan Ongetta Team ISPA dari Itali.
sementara Zulfahmi, 18, Yamaha (yang pernah digunakan oleh Doni Tata)... Yelah, sayanglah kan kalo sorang je wakil Malaysia. Lagipun budak berdua ni punya komitmen bukan calang-calang. Cayalah!

pompom

Elly dan abah tercinta... Cikgu Ilias @ bangchaq

Jangan tanya mana gambar aku dengan Elly. Seperti sedia maklum, aku tak minat nak bergambo atau enter-frame ni. Sebab tu gak kadang-kadang ramai yang tak percaya aku selalu jumpa orang yang hebat-hebat. blushing Sebab aku takde bukti bergambar terkekeh.

Well... tak kisah pun, janji aku dapat menyaksikan. Walaupun ada wartawan sibuk suruh aku bergambar sekali dengan Elly dan bangchaq yang berulangkali ajak aku sama bergambar buat kenangan tapi aku tak mo... in fact ku segan mukaku dah terbakar berbanding dengan model-model yang masih maintain make-up diorang... senyumkenyit

Tak bergambar pun tak apa... yang pasti aku puas hati dapat serahkan Evolusi Elly - Daripada Rempit ke Juara ke tangan Dato' Tony Fernandes... dan CEO SIC, Razlan Razali. Pergghh... ketar lutut siuttt... walaupun diorang ni sempoi gila... tapi disebabkan aku dah hilang skil berkomunikasi dengan VIP, rasa gugup la pulak... mujurlah aku mendapat sokongan penuh dari big brother, Cikgu Ilias @ Bangchaq menari. Tapi sekurang-kurangnya kedatangan ke Sepang semalam tak sia-sia lah. Menyibuk + mempromot Evolusi Elly. Aku ni kalau bab promot buku sendiri memang fail. Puas ditolak bangchaq baru aku nak bergerak. Ini pun nasib baik buku pasal Elly... kisah betul, jadi tak adalah aku rasa nak malu sangat. Sebab aku dah tulis kisah seorang pelumba yang akhirnya sekarang ni berjaya mengevolusikan diri dari pelumba jalanan, berusaha keras sampai berjaya menempatkan diri untuk ke MotoGP. Aku tumpang bangga beb... sebagai kakak okey... jangan sesapa salah faham pasal relationship aku dengan Elly dan keluarganya. encem

Yang bestnya, Elly dan Fahmi betul-betul memberikan komitmen 100%. Sampai tak sempat nak makan. Ke hulu ke hilir dengan racing suit. Kejap-kejap ditarik wartawan itu untuk bergambar. Sekejap-kejap wartawan ini pula datang interview. Betul-betul diorang ni dah jadi selebriti. Sampaikan kadang-kadang aku ngan bangchaq tatau mana Elly pergi. Hilang. Lagi best, Elly dan Fahmi siap boleh gelak-gelak dan bermesra lagi dengan wartawan di tengah panas terik. Adui... memang PR dorang bagus lah... tak sombong... best

Dan malam tadi, selepas meminta restu dari hubby, jam 10 lebih aku ke Sri Pentas atas janji nak menemani bangchaq + agenda jumpa-jumpa. Yelah, bukan selalu dapat jumpa bangchaq yang sanggup turun dari Perlis demi anak tersayang. Setelah meninggalkan hubby dengan masakan kari kepala ikan (upah sebab isteri nak keluar malam seorang diri) jelir, aku sampai dalam masa tak sampai pun 10min ke Sri Pentas. Perghh... tu baru Wira diesel yang cabuk... belum dapat Evo lagi... ihikhik


Kat sana, secara tak langsung aku ditemukan dengan gadis yang muncul dalam mimpi aku yang sangka Elly, aku dan gadis cantik itu pernah berjumpa - sebab hairan camna aku leh mimpikan gadis itu. Aku pun terkejut bila dah berhadapan face to face. Aduii... seriau aku dibuatnya, bukan seriau sebab cewek tu cun tapi seriau sebab dapat tau... laaa... memang wujud pun perempuan tu rupanya... isk isk... nampaknya mimpi dan sixth sense aku makin menjadi-jadi... banyak kali dah jadi macam ni malu-malu. Tapi bukan bererti aku ada saka, tau! Sampai sekarang macam tak caya aje aku bleh mimpi macam tu. Tak kisahlah... yang penting sekejap aje aku dah boleh ngam ngan gadis itu. Means that she's so adorable. Nama dirahsiakan supaya tidak ada perempuan lain yang meroyan atau buat serang hendap... sadapterkekeh
Jam 1.30 pagi baru selesai program Scoreboard. Tapi sambung borak lak kat luar building. Jam dua pagi baru masing-masing gerak. Jangan tanya apa aku buat... memang merempit ikut NKVE... syok gak pecut tengah malam... terasa Alive With Adrenaline ... pinjam tagline SIC... heheh setansengihnampakgigi
Kepada semua warga negara Malaysia... silalah datang ke Sepang pada 24 dan 25hb Oktober ni untuk beri sokongan kepada pasukan Malaysia.
Kepada Elly dan Fahmi... tahniah kerana kalian bakal mengharumkan nama Malaysia. Kepada Elly, tak sia-sia akak tulis pasal Elly. Perjalanan karier Elly semakin cantik. Teringat kata Elly dulu, "Akak tulis aje buku, tugas Elly, Elly race bagi dapat result cun."
Walaupun mungkin belum ramai yang tahu pasal buku Evolusi Elly (buktinya Tuan Razlan terkejut teruja bila tengok buku tu - takleh lupa ayat excited beliau) - mungkin selepas ini, setelah Elly mula mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya membuka mata ramai pihak... orang akan mula pandang hasil tulisan kak Rose yang tak seberapa itu...
Kalau sebelum ni ramai yang tanya akak siapa Elly... popular sangat ke dia... sekarang dah terbukti siapa Elly... kat blog akak ni saja dah ramai yang tiba dari hasil google 'Elly Idzlianizar Ilias' peace Tahniah dik.... you are amazing! Ini betul-betul Evolusi... !pompom
Jangan lupa diri... jaga PR... jaga solat... seperti kata Akbar semalam, kelebihan pelumba kita, ada Bismillah... Dengan Nama ALLAH!

Sob~~ tetiba aku sendu... campur terharu... melalak

Wednesday, 7 October 2009

Egokah aku kerana tidak makan durian?

October 07, 2009

Aku tak makan durian...busuk
Sebenarnya selain durian, aku juga tak makan petai, jering dan kerdas...
Jangan ketawa... jangan mengejek atau jangan tak percaya...
Hakikatnya aku memang tak suka makan durian. Baunya pun aku tak suka. Sangat... sangat... sangat apa ya? Hmm... sangat tidak wangi pada deria bau aku (aku takde ayat sesuai untuk mengklasifikasikannya). Para penggemar durian tegar, sila jangan boikot blog aku hanya kerana statement ni.doa
Sebab aku berkahwin dengan seorang pemakan durian tegar... dan dia boleh menerima kekurangan aku ini seadanya... wink
Mesti ramai yang tak percaya aku tak makan durian. Malah ramai gak yang kata aku ni bodoh sebab tak makan 'RAJA SEGALA BUAH' tu. Bahkan ada yang anggap aku orang kampung tak sedar diri sebab tak makan durian. Aku peduli apa... hatta ia RAJA sekali pun aku tak pandang juga kalau hati aku tak cintakannya. Hehehe... dalam maksud ayat ni...sengihnampakgigi
Semalam, hubby balik kerja dengan muka plink-plink sambil berkata,
"Tengok... aku dah beli... boleh buat santan durian!"
Aku yang tengah hadap laptop, terpelotot biji mata. Mula rasa lemah lutut. Hubby beli durian, daun pandan dan kelapa parut. Jadi maknanya, tidak dapat tidak, aku harus buatkan untuk dia. Ihhh... aku cukup tak suka pakai kelapa parut. Satunya sebab leceh nak kena perah-perah pakai tangan. Baik pakai santan kotak... selain kurang kolestrol... terus aje tuang dalam periuk... mudah dan cepat bukan? lucu
Bila belek-belek isi plastik tu aku dah jumpa satu poin yang boleh aku jadikan alasan supaya tak payah berhadapan dengan durian.
"Habis? Gula kereknya mana? Tak ada gula kerek... tokleh la nak buat!"
"Tak apalah... aku nak pergi beli la ni... nak beli roti sekali..."

Aduii... sanggup tu keluar rumah semula demi pengat durian @ santan durian. Aduila... memang aku takleh nak mengelak dah. Tapi demi cinta dan sayangkan hubby (cinta), aku tak sampai hati nak mematahkan seleranya. Lagipun sebagai isteri aku seronok bila tengok dia makan dengan penuh selera. Dia tak ucap kata cinta setiap hari pun tak apalah... asalkan aku dapat tengok muka dia bahagia setiap hari... malu-malu
Sepanjang waktu buat pengat tu... aku berusaha keras menguatkan diri untuk berhadapan dengan bau durian yang kuat tu. Urat kepala dah mula berdenyut-denyut, tanda-tanda dah tak tahan dengan bau durian. Apa lagi bila terpaksa pegang ulas durian dengan tangan dan merasa kuah pengat tu... aduiiii... berpeluh
Siap aje buat, memang aku sakit kepala... berdenyut-denyut. Mesti korang pelik kan? Iya, betul... aku tak tipu, aku memang kalah dengan bau durian. Kak Lily Haslina Nasir pun hairan macam mana aku yang tak makan durian, boleh buat pengat durian.
Habis nak buat macam mana... tak sampai hati la pulak... takkan kerana aku tak makan durian, maka aku perlu seksa selera hubby. Lagipun bila tengok dia cicah roti berkeping-keping... secara otometik aku tau, pengat aku tu sedap! pompom
Pagi tadi hubby bawa bekal pengat tu ke ofis sebab nak bagi kawan dia makan juga. Kata hubby, kawan dia tu dah lama nak makan tapi tak dapat sebab bininya malas nak buat... wah kesiannya...
Tapi... horeyyyy! Aku dah dapat markah bonus di sini... walaupun terkejut - sebab aku ingat hubby nak makan sorang aje kat rumah - tapi dalam hati bangga gak. Iyalah... kalau hubby berani bagi kawan dia makan, maknanya dia secara tidak langsung menganggap masakan bini dia best! Hahaha...
Oh, untuk makluman, hubby tak pernah puji masakan aku. Tapi aku tau ia sedap kalau dia makan berulang kali... menari
Jadi... walaupun aku tak makan durian dan alah dengan bau durian... aku dah 'berkorban' demi selera hubby... tak apalah kena migrane sekalipun asalkan perut hubby terjaga dengan masakan air tangan aku sendiri.
Kerana dari perut, datangnya bahagia...dalam jugak maksud ayat ni... hahahaha setan
senyumkenyit

Sunday, 4 October 2009

Jangan pernah selingkuh!

October 04, 2009

Ku peluk memeluk dirimu

Tak hangat seperti dulu
Ku jadi selingkuh karna kau selingkuh
Biar sama-sama kita selingkuh

Oow oow I am s0rie
Ku takkan l0ve u lagiee

Itu tajuk lagu 'Selingkuh' dari band ST 12 (Indonesia). Tentang selingkuh atau bahasa melayu kita curang! Orang kata peratus lelaki selingkuh lebih tinggi dari perempuan. Aku setuju!
Ha... mesti ramai lelaki yang marah pada aku kan? lucu Tapi kalau ikut logik, mungkin betul pendapat lelaki lebih banyak selingkuh berbanding perempuan. Contoh... cuba kira secara matematik. Menurut kajian - yang tidak pasti sejauh mana tepatnya - nisbah lelaki:perempuan sekarang ini adalah 1:4.
Nah... nisbah itu ngam-ngam dengan kuota isteri seorang lelaki. Mungkin ada lelaki yang menggunakan nisbah itu sebagai alasan untuk selingkuh. Seorang lelaki harus menjaga empat orang perempuan. Jika seorang lelaki hanya setia pada seorang perempuan, tentu kasihan perempuan yang lagi tiga orang tu bukan? terkekeh
Merapu sungguh statement aku ni kan?
Ada yang kata, selingkuh itu indah. Ya, kalau time-time couple berselingkuh, memanglah indah, heaven! Syok oii... pasang pakwe atau makwe keliling pinggang. Bosan dengan orang itu, keluar dengan orang ini... memang indah kan? ihikhik
Tapi macam mana kalau perselingkuhan itu terjadi bila seseorang tu dah berkahwin. Sungguh tak bermoral kan? Ada pulak yang kata, selingkuh itu boleh asalkan tak diketahui oleh suami isteri masing-masing. White lies. What u don't know, won't hurt u. Tapi kalau diketahui, wah wah... pasti meletus macam gunung berapi!bunuh
Sebenarnya yang melakukan hubungan dengan konsep berkawan, tetapi dengan cara sembunyi-sembunyilah yang menjurus kepada perselingkuhan. Kenapa? Sebab, kalau jujur tak ada apa-apa, buat apa nak sembunyikan dari suami atau isteri kan? Buat apa nak dolak dalih kan?
Kerana selingkuh dalam erti kata sebenar adalah, apabila :
  • Menyembunyikan handphone
  • Beli sim kad lain
  • Tak benarkan pasangan membaca SMS atau emel atau blog
  • Mula pandai bohong sunat
  • Asyik menelefon berpuluh kali sehari
  • Cakap pelan-pelan atau sorok-sorok
  • Dan banyak lagilah ciri-ciri yang lebih menjurus kepada perbuatan sembunyi-sembunyi.

Tapi kenapakah lelaki yang sudah beristeri sanggup berselingkuh?
  • Apakah kerana benar-benar mahu menyelamatkan perempuan-perempuan yang terlebih di muka bumi ini?
  • Apakah kerana mahu mencukupkan kuota?
  • Apakah kerana suka-suka?
  • Apakah kerana mahukan cabaran dalam hubungan?
  • Apakah kerana sudah bosan dengan isteri di rumah?
  • Apakah kerana 'perfomance' isteri tidak lagi memberansangkan?
  • Saja nak release tension?
soal
Dan jangan kata hanya lelaki sahaja yang berselingkuh. Perempuan yang dah berkahwin pun sanggup berselingkuh. Contoh terbaru kes yang melibatkan pegawai perempuan dari jabatan kerajaan.sengihnampakgigi
Tapi hubby pulak suruh bersangka baik. Kata hubby, manalah tahu, perempuan itu ke hotel tersebut untuk ambil rasuah, sebab lelaki yang terlibat tu ahli perniagaan. Logik jugak kan? Tapi apapun alasannya, kalau dah berstatus isteri dan berduaan di tempat yang mencurigakan, orang akan tetap tuduh berselingkuh... iya kan? tak koser
Dan bagi aku, lelaki atau perempuan tidak akan berselingkuh dengan orang lain (melainkan mereka memang semula jadi gatal ) jika suami atau isteri tak buat hal di rumah... ambil saja contoh lirik lagu di atas : Ku jadi selingkuh karna kau selingkuh, Biar sama-sama kita selingkuh
Percayalah... pasti ada sebab lain atau kesalahan kita sendiri yang membuatkan pasangan kita ambil jalan untuk berselingkuh unless dia memang kaki selingkuh...
Tetapi dari pengalaman aku ketika bekerja dulu, aku dapati kebanyakan lelaki yang suka selingkuh adalah lelaki yang banyak duit, yang sudah bosan dengan isteri. Yang mahu cari pucuk baru... mahu tunjuk pada rakan lain, siapa yang lebih pandai pancing perempuan cantik. Pendek kata dengan kuasa veto mereka sebagai suami kaya:
"Aku ada duit banyak. Aku dah bagi kau kereta, rumah besar... kau pulak tak 'service' aku baik-baik, jadi kau diam! Aku suami, jadi aku boleh buat apa yang aku suka!"
sadap
Tu contoh ayat saja... tapi situasinya begitulah... susah juga ya?
Apapun jawapannya, sesungguhnya selingkuh itu amat tidak baik untuk kesihatan rumahtangga. Jagalah hati pasangan masing-masing dan jangan pernah berselingkuh. Nanti membakar diri....
takbole

p/s: Aku selalu gak chatting ngan lelaki lain kalau time bosan-bosan atau mamun dengan kerja atau ada masalah emosi... tak kiralah dengan lelaki yang lebih tua ke muda ke... apakah itu dikira berselingkuh? senyumkenyit
Tapi hubby selalu gak duk belakang baca apa yang aku bualkan... jadi kira aku jujur kan? lucu
Tak termasuk dalam golongan berselingkuh kan? jelir
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016