Ku peluk memeluk dirimu
Tak hangat seperti dulu
Ku jadi selingkuh karna kau selingkuh
Biar sama-sama kita selingkuh
Oow oow I am s0rie
Ku takkan l0ve u lagiee
Itu tajuk lagu 'Selingkuh' dari band ST 12 (Indonesia). Tentang selingkuh atau bahasa melayu kita curang! Orang kata peratus lelaki selingkuh lebih tinggi dari perempuan. Aku setuju!
Ha... mesti ramai lelaki yang marah pada aku kan? Tapi kalau ikut logik, mungkin betul pendapat lelaki lebih banyak selingkuh berbanding perempuan. Contoh... cuba kira secara matematik. Menurut kajian - yang tidak pasti sejauh mana tepatnya - nisbah lelaki:perempuan sekarang ini adalah 1:4.
Nah... nisbah itu ngam-ngam dengan kuota isteri seorang lelaki. Mungkin ada lelaki yang menggunakan nisbah itu sebagai alasan untuk selingkuh. Seorang lelaki harus menjaga empat orang perempuan. Jika seorang lelaki hanya setia pada seorang perempuan, tentu kasihan perempuan yang lagi tiga orang tu bukan?
Merapu sungguh statement aku ni kan?
Ada yang kata, selingkuh itu indah. Ya, kalau time-time couple berselingkuh, memanglah indah, heaven! Syok oii... pasang pakwe atau makwe keliling pinggang. Bosan dengan orang itu, keluar dengan orang ini... memang indah kan?
Tapi macam mana kalau perselingkuhan itu terjadi bila seseorang tu dah berkahwin. Sungguh tak bermoral kan? Ada pulak yang kata, selingkuh itu boleh asalkan tak diketahui oleh suami isteri masing-masing. White lies. What u don't know, won't hurt u. Tapi kalau diketahui, wah wah... pasti meletus macam gunung berapi!
Sebenarnya yang melakukan hubungan dengan konsep berkawan, tetapi dengan cara sembunyi-sembunyilah yang menjurus kepada perselingkuhan. Kenapa? Sebab, kalau jujur tak ada apa-apa, buat apa nak sembunyikan dari suami atau isteri kan? Buat apa nak dolak dalih kan?
Kerana selingkuh dalam erti kata sebenar adalah, apabila :
Tapi kenapakah lelaki yang sudah beristeri sanggup berselingkuh?
Dan jangan kata hanya lelaki sahaja yang berselingkuh. Perempuan yang dah berkahwin pun sanggup berselingkuh. Contoh terbaru kes yang melibatkan pegawai perempuan dari jabatan kerajaan.
Tapi hubby pulak suruh bersangka baik. Kata hubby, manalah tahu, perempuan itu ke hotel tersebut untuk ambil rasuah, sebab lelaki yang terlibat tu ahli perniagaan. Logik jugak kan? Tapi apapun alasannya, kalau dah berstatus isteri dan berduaan di tempat yang mencurigakan, orang akan tetap tuduh berselingkuh... iya kan?
Ha... mesti ramai lelaki yang marah pada aku kan? Tapi kalau ikut logik, mungkin betul pendapat lelaki lebih banyak selingkuh berbanding perempuan. Contoh... cuba kira secara matematik. Menurut kajian - yang tidak pasti sejauh mana tepatnya - nisbah lelaki:perempuan sekarang ini adalah 1:4.
Nah... nisbah itu ngam-ngam dengan kuota isteri seorang lelaki. Mungkin ada lelaki yang menggunakan nisbah itu sebagai alasan untuk selingkuh. Seorang lelaki harus menjaga empat orang perempuan. Jika seorang lelaki hanya setia pada seorang perempuan, tentu kasihan perempuan yang lagi tiga orang tu bukan?
Merapu sungguh statement aku ni kan?
Ada yang kata, selingkuh itu indah. Ya, kalau time-time couple berselingkuh, memanglah indah, heaven! Syok oii... pasang pakwe atau makwe keliling pinggang. Bosan dengan orang itu, keluar dengan orang ini... memang indah kan?
Tapi macam mana kalau perselingkuhan itu terjadi bila seseorang tu dah berkahwin. Sungguh tak bermoral kan? Ada pulak yang kata, selingkuh itu boleh asalkan tak diketahui oleh suami isteri masing-masing. White lies. What u don't know, won't hurt u. Tapi kalau diketahui, wah wah... pasti meletus macam gunung berapi!
Sebenarnya yang melakukan hubungan dengan konsep berkawan, tetapi dengan cara sembunyi-sembunyilah yang menjurus kepada perselingkuhan. Kenapa? Sebab, kalau jujur tak ada apa-apa, buat apa nak sembunyikan dari suami atau isteri kan? Buat apa nak dolak dalih kan?
Kerana selingkuh dalam erti kata sebenar adalah, apabila :
- Menyembunyikan handphone
- Beli sim kad lain
- Tak benarkan pasangan membaca SMS atau emel atau blog
- Mula pandai bohong sunat
- Asyik menelefon berpuluh kali sehari
- Cakap pelan-pelan atau sorok-sorok
- Dan banyak lagilah ciri-ciri yang lebih menjurus kepada perbuatan sembunyi-sembunyi.
Tapi kenapakah lelaki yang sudah beristeri sanggup berselingkuh?
- Apakah kerana benar-benar mahu menyelamatkan perempuan-perempuan yang terlebih di muka bumi ini?
- Apakah kerana mahu mencukupkan kuota?
- Apakah kerana suka-suka?
- Apakah kerana mahukan cabaran dalam hubungan?
- Apakah kerana sudah bosan dengan isteri di rumah?
- Apakah kerana 'perfomance' isteri tidak lagi memberansangkan?
- Saja nak release tension?
Tapi hubby pulak suruh bersangka baik. Kata hubby, manalah tahu, perempuan itu ke hotel tersebut untuk ambil rasuah, sebab lelaki yang terlibat tu ahli perniagaan. Logik jugak kan? Tapi apapun alasannya, kalau dah berstatus isteri dan berduaan di tempat yang mencurigakan, orang akan tetap tuduh berselingkuh... iya kan?
Dan bagi aku, lelaki atau perempuan tidak akan berselingkuh dengan orang lain (melainkan mereka memang semula jadi gatal ) jika suami atau isteri tak buat hal di rumah... ambil saja contoh lirik lagu di atas : Ku jadi selingkuh karna kau selingkuh, Biar sama-sama kita selingkuh
Percayalah... pasti ada sebab lain atau kesalahan kita sendiri yang membuatkan pasangan kita ambil jalan untuk berselingkuh unless dia memang kaki selingkuh...
Tetapi dari pengalaman aku ketika bekerja dulu, aku dapati kebanyakan lelaki yang suka selingkuh adalah lelaki yang banyak duit, yang sudah bosan dengan isteri. Yang mahu cari pucuk baru... mahu tunjuk pada rakan lain, siapa yang lebih pandai pancing perempuan cantik. Pendek kata dengan kuasa veto mereka sebagai suami kaya:
"Aku ada duit banyak. Aku dah bagi kau kereta, rumah besar... kau pulak tak 'service' aku baik-baik, jadi kau diam! Aku suami, jadi aku boleh buat apa yang aku suka!"
Apapun jawapannya, sesungguhnya selingkuh itu amat tidak baik untuk kesihatan rumahtangga. Jagalah hati pasangan masing-masing dan jangan pernah berselingkuh. Nanti membakar diri....
p/s: Aku selalu gak chatting ngan lelaki lain kalau time bosan-bosan atau mamun dengan kerja atau ada masalah emosi... tak kiralah dengan lelaki yang lebih tua ke muda ke... apakah itu dikira berselingkuh?
Tapi hubby selalu gak duk belakang baca apa yang aku bualkan... jadi kira aku jujur kan?
Tak termasuk dalam golongan berselingkuh kan?
Tapi hubby selalu gak duk belakang baca apa yang aku bualkan... jadi kira aku jujur kan?
Tak termasuk dalam golongan berselingkuh kan?
beb,
ReplyDeletegua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.
selambe..
bro...
ReplyDeleteblog yg mana satu?
gua tgk lu ada dua blog ni bro...
:p
salam, statment akk mmg power laaa..!
ReplyDeleterealitinye , mmg lelaki nie ramai yg curang.
hahhahhahhahahaahaha!!
emm..selingkuh itu curang upernyer..fhm sudah..=p
ReplyDeletesalam, kak rose..
ReplyDeleteoh.. baru tau maksud selingkuh tu..
lain2 tak nak komen.. sy muda lagi.. ;;)
cikyuyu:
ReplyDeleteah ah... mmg rasa laki lagi banyak selingkuh... kekeke... abisla akak kene boikot ngan laki sebab statement tu... :))
Uruchimaru:
loh? abis tu selama ni kf ingatkan selingkuh tu apa? :)
rania:
lerr... rania pun sama ngan kf... hehe...
selingkuh tu jugak maksudnya :
1. suka menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan sendiri; tidak berterus terang; tidak jujur; curang; serong;
2. suka menggelapkan wang; korupsi;
3. suka menyeleweng;
tp yang pasti semakin ramai isteri yang selingkuh berbanding dulu... kalau ada yg sorok2 handset or tak bg password email tu mesti ada apa2kan? aku dan suami lak jenis terbuka, bebas nak baca sms sapa n tahu password email... aku sengaja simpan sms aku bagi dia bace sbb senang bila dia tny aku msj sapa? aku jawab, hah! amek handset baca sendiri, kdg malas nak jwb soalan yg bertalu2... hihiih
ReplyDeletehmmm...kata orang kalau suami curang.. sebab nya isteri tak pandai layan hak suami.. habis tu kalau suami tak ley nak layan hak isteri.. perlukah isteri curang jugak???
ReplyDeletekekadang kesalahan terletak pada ke2 2 pihak.. tul tak? hehe. berbincang adalah lebih baik..
waaaa.. macam pakar je.. :))
berapa byk berseligkuh daa....lelaki kalu berselingkuh berbagai alasan sebenarnya....tapi mmg sesetgh lelaki tak pernah puas lah apa yg dia ada dimuka bumi ini...aku pn kekdg tak faham kenapa mrk harus buat mcm tu padahal ada yg anak dah berderet2 tapi masih nak yg lain...isteri buat lah apa saja utk kepuasan hati mrk tapi hati mrk masih tak puas...huk..huk..kekdg ada gak rasa nk membalas dendam tapi tak sampai hati bila ingat anak2 dirmh...
ReplyDeletep/s: thank rose,syg ko...
Dr Roslina:
ReplyDeleteWahhh... kita sama aa... laki bini sporting.. bleh baca SMS masing2... camtu la kan.. buat apala naksorok2 segala benda... janji jujur, barulah bahagia...
tapi kalo yang jenis nak berselingkuh gak tu,,, payah la... mmg cari jalan pintas ke neraka...
pinky:
betul tu... kebanyakan lelaki selingkuh atas sebab isteri gak... yelah... kalo balik umah tgk bini serabai, badan bau ikan... selera pun mati... heheh... tapi bukan semua pasangan boleh berbincang secara terbuka... lagi pula kalo pasangan yang berfikiran konservatif... hmmm...
Tun Teja:
wahh... penuh emosi je komen ko ni... hmmm... kalo lelaki yang tak puas dengan apa yang dia ada tu, memamg lelaki yang tak sedar diri la... tau ikut sunnah aje... tapi tanggungjawab tak tau nak tunaikan...
agaknya mmg kene tunggu pompuan balas dendam buat perkara yang sama barulah nak sentap... tapi itulah... sian kat anak2...
heheh ko sayang aku eh? kekeke... tengkyu laling...
naseb baek aku pompuan..=P
ReplyDeleteRazman: hah? ko pompuan ke? :-o
ReplyDeletefirst time nuzul dgr perkataan selingkuh.. huh perkataan bombastik tu :)) boleh la guna utk karangan ;)) :D
ReplyDeleteRAZMAN: biar betul pompuan?? asal nama cm lelaki?
loh? biar betul nuzul? cikgu BM tak pernah sebut ke perkataan nih? :))
ReplyDeleteah ah kan... razman saje nak nyamar tu sebab entry ni mengaitkan lelaki... :))
x suker durian ek..rugi x raser..sedap higga menjilat jari... =)
ReplyDeletemmg tak suker durian... biarlah rugi sekalipun... hehe
ReplyDeleteChe Ros....Mungkin kedua-dua pihak tu tak dapat layanan yang diharapkan...Maka ianya terjadi...Tapi setiap perbuatan mesti ada niat tertentu dan semoga mereka yang terlibat ingat pada yang ESA.
ReplyDeleteskop layanan tu luas dan subjektif...
ReplyDeletelayanan atas katil?
layanan manja²?
layanan makan²?
sesapa yang terlibat macam ni mana nak ingat yang Esa... sekalipun kuat sembahyang dan beramal tapi buat juga perkara macam ni, maknanya roh Islam itu sendiri tak sampai ke jiwanya... :D
Che Ros ...Layanan yang ikhlas akan dapat balasan yg baik dari Allah, layanan yg berniat jahat akan mendapat balasan yg setimpal dariNya...Tanpa angin masa kan pokok boleh bergoyang..Samalah berselingkuh sekiranya kedua-dua pihak tak layan tak jadilah selingkuh tu..Jadi jangan salahkan lelaki saja, si dia jua pun sama. Sekiranya kita kata lelaki maka kita berprasangka buruk pada mereka yang sekaum dengan bapa dan suami yang baik...Kita tahu bahawa umat akhir zaman bilangan lelaki kurang dari kaum wanita, tapi jangan itu dijadikan ukuran dan serta merta kita jatuhkan hukuman terhadap kaum lelaki...Kita semua anak Adam dan Hawa...Jadi kalau bersalah kedua-dua pihak harus dipersalahkan bukan satu pihak saja...Fikir-fikirkanlah..
ReplyDeleteHai Che Rose..
ReplyDeleteSaja nak menyampuk kat sini...
Nina,
Isu selingkuh @ curang ni selalunya lelaki aje yang paling banyak drama. Lelaki lagi cekap buat skrip... tapi belakang isterilah! Depan isteri terus jadi senyap, tak berani, pura-pura baik, tunjukkan imej ala-ala orang surau, bangun subuh solat di surau.. tapi itu semua belum tentu.
Pengalaman bekerja berbelas tahun dlm line media membolehkan saya melihat byk karektor lelaki... SANGAT MEMUALKANNN!!!! SANGAT MELOYAKAN!!!!
Agak saya golongan ini, waktu remaja, waktu muda tak merasa kot...tak merasa life yg sangat happening... jadi bila kahwin kadang-kadang baru teringin balik nak ke zmn silam... itu sebab orang kata kalau nak buat perangai.. biarlah waktu muda... jangan dah berusia... itu buang tebiat namanya...
Nina:
ReplyDeleteLaa..awak tak baca betul2 ke entry saya tu? kan saya ada kata perempuan yang dah berkahwin pun sanggup selingkuh...
dan lagi satu... awak ni lelaki ke perempuan? atau lelaki yang menyamar di sebalik nama perempuan sebab kata2 awak itu sangat terarah kepada lelaki... sungguh bias... :D
memang patut pun kalau nak salahkan lelaki kalau masuk bab selingkuh ni... kerana apa? lelaki sepatutnya jadi panglima kepada perempuan.
Saya selalu terfikir kenapa ada lelaki yang hanya berani di belakang isteri. Apa ada dalam fikiran mereka bila menelefon perempuan lain dengan ayat2 berunsur cinta atau mengimbas kenangan lama?
tak cintakah dia pada isterinya?
tak kasihankah dia pada anak-anak?
macam saya kata kalau tak ada apa2 kenapa perlu sembunyikan dari isteri?
lelaki-lelaki begini selalu rasa mereka lebih pandai dari isteri.
seorang lelaki tidak boleh sama dengan lelaki lain. menuduh seorang lelaki berselingkuh tak bererti menyamakan bapa sendiri seperti lelaki itu.
Kalau dah memang baik, buat apa nak tuduh? iya kan?
Kadang2 ada lelaki yang sibuk nak ikut sunnah Nabi... tapi sejauh mana mereka mendalami sunnah?
Sejauh mana mereka ikut teladan suami?
Nabi S.A.W suami teladan sepanjang zaman.
Tapi lelaki zaman sekarang yang beriya-iya mahu ikut sunnah tapi, tak pula ikut cara Nabi layan isteri mereka.
Berapa kerat suami yang sanggup jahit baju isteri?
Berapa ramai lelaki sanggup turun ke dapur bila isteri sudah tak ada mood mahu memasak?
Berapa ramai lelaki yang sanggup picit badan isteri bila istri penat melayan karenah anak-anak?
semua yang di atas termasuk dalam layanan2 kecil yang banyak orang kita abaikan.
Sebaliknya, banyak lelaki terutamanya melayu memandang rutin2 di atas tidak patut mereka lakukan kepada isteri.
kerana sebab di atas juga, saya bersyukur dapat suami yang tidak kerja pejabat kerana saya selalu ada persepsi negatif terhadap lelaki yang bekerja pejabat kerana mereka pandai menyembunyikan perselingkuhan mereka dengan simpan barang2 di pejabat...
bila balik rumah, tampilkan tampang suami beriman dan baik2...
jangan ingat dengan bagi duit pada anak isteri, tanggungjawab sebagai suami sudah selesai. ada banyak perkara kecil yang sering suami abaikan dan kemudiannya menyalahkan orang perempuan...
Fikir-fikirkanlah...
Kak Lily:
aku sangat2 setuju dengan kau! memang banyak lelaki yang macam itu.
Isteri tak boleh argue apa2... kalau tak akan dicop isteri derhaka...
komunikasi dua hala selalu tak ada dalam rumah tangga... kemudian salahkan isteri sebab rasa bosan... cakap isteri tak pandai layan bla.. bla... sedangkan ister nak berbunyi mulut pun takut...sebabnya dah diwarning, jangan argue apa2 yang suami buat... very typical malay husband, always like that...
entahlah... syukurlah kak lily, kita ada suami yang boleh diajak berbincang dan dengar isi hati... jika nak dibandingkan dengan suami yang awal2 suruh isteri zip mulut dengan alasan dah bagi segala macam benda...
hmm... rasa nak buat artikel sambung lak... :))
Che Ros…Samada saya lelaki ke perempuan ke tak penting..Yg penting mesej saya adalah, kita tidak boleh salahkan lelaki saja atau perempuan saja..kedua-dua nya harus dipersalahkan, disebabkan kedua-dua tulah terjadi nya selingkuh..kita manusia biasa tak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas seseorang biarlah mahkamah majistret ka, mahkamah syariah ka yang menjatuhkan hukuman dan hukuman yang seadil-adilnya adalah dari Allah…pokoknya pokok kelapa siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya….renung-renungkanlah…
ReplyDeletePenting sebab jawapan cik Nina tu menjurus ke arah lelaki.
ReplyDeleteMemanglah hukuman ALLAH adalah hukuman yang seadil-adilnya...
Tapi bagaimana kalau seorang lelaki yang amal ibadat tak tinggal, anak dah berderet-deret tapi masih ada hati nak pegang tangan perempuan lain.
Kalau dah jelas2 depan mata, kita manusia yang ada akal, kalau betul faham hukum Tuhan, dah boleh tentukan benda yang dibuat tu berdosa ke tidak...tak payah tunggu ALLAH bagi hukuman.
Bagi saya, kalaulah terjumpa lelaki yang macam ni, sekaya mana pun dia, atau setinggi mana pun pangkat yang dia ada, dia tidak layak untuk dikencani!
Hanya perempuan yang mudah meleleh saja akan terpedaya dengan lelaki macam ini sebab mereka ikut nafsu yg 9. Jadi pokoknya, lelakilah yang harus dipersalahkan dulu. Lelaki kan khalifah... perempuan hanya ikut... Lagipun akal lelaki kan ada 9... bayangkan lelaki yang berakal 9, mengajak perempuan yang bernafsu 9 supaya berselingkuh... salahkan perempuan yang bernafsu atau lelaki yang berakal - yang sepatutnya berfikiran jauh dan tidak menyimpang.
Letak akal di depan...tapi jangan dicabangkan akal yang 9 tu untuk cipta macam2 alasan untuk memenangkan lelaki.
Lelaki yang berakal tidak akan berselingkuh atau mengajak perempuan berselingkuh. Kalau semua lelaki berakal waras,betul2 pegang pada iman, perselingkuhan takkan terjadi walaupun perempuan sendiri mengajaknya berselingkuh.
Silalah renungkan...
Soal nafsu soal kejadian semulajadi Allah. Soal siapa salah siapa betul hanya mereka yang tertentu saja yang boleh menghukumnya. Mengaibkan seseorang atau sekumpulan manusia tidak di tuntut dalam Islam kerana ia akan menimbulkan prasangka negatif terhadap kenyataan yang mengarah kepada perangai yang di luar jangkaan. Sekiranya perangai buruk lelaki yang diperbesarkan, besar kemungkinan pembaca yang belum matang akan memberi persepsi yang negatif sehingga seseorang wanita tersebut takut utk berumah tangga takut ianya akan terjadi padanya satu hari nanti. Jadi saya cadangkan jika ingin menulis sesuatu , tulislah artikel yang membina minda pembaca contohnya beri tip-tip untuk mengelak dari gejala selingkuh dan bukannya minda yang tuduh menuduh antara satu sama lain. Sesungguhnya memburukkan seseorang atau sekumpulan manusia itu sama dgn kita memburukkan kejadian Allah kerana mereka jua makhluk Allah. Ini adalah kerana yang baik dari Allah dan yang buruk dari kita sendiri. Semoga kita semua diberikan hidayah dariNya…Wallahualam…
ReplyDeleteSaya telah memburukkan orangkah?
ReplyDeleteAda saya sebut nama ke?
Aduhai... asalnya tulisan saya ni dalam bentuk sindiran yang kiut2... siap letak kartun segala..
Kenapa Nina macam terasa ya? Agaknya dah terkena batang hidung sendirilah tu...bak kata Nina, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Sahlah agaknya Nina ni lelaki yang hanya berselindung di sebalik nama perempuan.
Iyalah... tiba-tiba timbulkan isu mengaibkan orang, sedangkan saya tak pula menyebut nama sesiapa. Saya cuma bercerita kisah yang berlaku di sekeliling saya, yang pernah saya lihat. Saya dulu bekerja dan berjumpa dengan bermacam golongan. Ada Dato' yang simpan keratan kain Kaabah dalam rumah, kat pejabat ada surau dalam bilik, sembahyang tak tinggal, pun... masih simpan perempuan... itu hanya satu kisah dari pengalaman saya bergaul dengan golongan ini.
Jadi, saya salahkah menulis apa yang pernah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri? Selalu sangat saya jumpa lelaki yang suka menggunakan nama ALLAH setiap kali bercakap tapi tak serupa bikin. Mungkin dia rasa apabila sebut-sebut nama ALLAH, orang akan rasa dia betul 100%. Sedangkan dia juga buat perkara yang tak betul. Pakai smart-smart, jumpa perempuan lain tapi cakap pada isteri mahu jumpa client. Ni dah banyak berlaku...
Islam itu mudah... tapi jangan hanya ikut sunnah tapi tak mendalami...
Memang saya mahu golongan muda yang membaca, terutamanya perempuan, ambil iktibar dari apa yang saya tulis, supaya berhati-hati dengan lelaki yang ada ciri seperti yang saya tulis di atas.
Saya jenis yang sangat tidak suka menulis hanya berdasarkan teori... atau rekaan semata. Jadi, tak perlu saya beri tip-tip untuk mengelak gejala selingkuh... kerana saya tidak pernah percaya kepada tip. Tips itu hanya teori... yang penting praktikalnya.
Jika saya pandai2 memberi tips, tetapi nanti tips itu tidak menjadi, saya juga yang dipersalahkan.
Tips berguni pun takkan berguna kalau praktikal hancur!
Apabila berkahwin, janganlah hanya kerana sunnah... suami isteri harus ada komunikasi 2 hala... yang penting akal fikiran yang memacu arah kehidupan.
Bermesra-mesra sesama suami isteri, tips paling mudah untuk elak berselingkuh. Setiap hari harus hangat... bukannya malam jumaat sahaja.
Kalau mahu membina minda pembaca, saya tidak perlu menulis artikel di blog. Blog sekadar luahan perasaan saya. Untuk saya berkongsi pandangan dengan pembaca dan rakan saya dengan cara yang santai dan fun.
Lebih baik saya tulis sebuah novel. Lebih puas dibaca. Lebih banyak maklumat boleh disampaikan.
Tunggulah novel saya dengan PTS, saya jamin, pembaca wanita yang belum berkahwin tidak akan takut berkahwin setelah baca novel itu. Kerana di dalamnya saya beri sedikit ilmu tentang alam perkahwinan yang dituntut sunnah...
Tetapi saya yakin, ada lelaki yang akan mencemik membacanya...lelaki yang merasakan mereka betul walau salah. Tepuk dada tanya selera.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam che rose!
ReplyDeletesaya tak pernah baca novel che rose apatah lagi peminat tegar. huhu... statement memalukan ni.. tp saya mmg dh list kn novel2 che rose utk dijadikan santapan harian cuti semester nanti. nak maraton. hahaha...
saya ada baca sinopsis and feeedback peminat tentang novel2 che rose. meletop2 mcm bunyi super bike 1000 cc kt GP eyh? (huu!! saya sedih sebab tahun ni tak dapat pegi GP! ada konvo.. :( dgr citer rossi last beraksi tahun ni.. betol ke? dia nk join f1. huhu... sedihnye tak dapat pegi! )
anyway, nanti saya order through kak lily lah atau kat che rose ye! hihihi..
oh! topic selingkuh ni hot sungguh! and feedback drpd cik nina kita ni kemain emosi lg. hebat2.. tp tak mo terlalu emosi... sbb nnt pembaca baca tak best la kan. huhu..
pada saya, isu selingkuh ni memang boleh buat gadoh sbb terlalu sensitif. kadang2 kita tulis artikel sebagai luahan hati sendiri, sebagai contoh kt blog ni... blog a.k.a diary, a very personal site to one no matter who they are. so, tak adalah apa sangat pun kalau tajuk selingkuh ni nampak mcm bias kat blog perempuan kn, sbb yg selalu menjadi mangsa adalah org perempuan jugak.
pernah dgr perempuan menangis sbb kne tipu dgn laki org? igtkn bujang, rupanya anak dah empat! ada tu siap bawak anak2 konon nk tunjukkn yang dia tu duda yg baek, huh! muntah darah saya tgk.
itu cerita lelaki.
cerita perempuan pulak, siap cerita ni dekat laki lain yang dia dengan hubby dah tak sekepala, tak sefahaman. biasalah... perempuan ni emo memang lebih. kalau salah bawak aura perempuan tu memang payahlah kn, tu yang jadi isu selingkuh ni. yang lagi best tu, bini orang ni tak sedar tu yang dia luahkan perasaan yang mampu menimbulkan bibit2 cinta dengan laki orang!
oh! itu namanya karma... kan?
saya berani cakap sebab perkara2 ni berlaku dalam sekitar saya juga. kadang2 tu macam tak masuk akal. hehe..
kesimpulannya, selingkuh ni bukan saja terjadi sebab lelaki saja.. perempuan pun sama je. cuma, kalau nak mengikut statistik, mmg betol kata che rose, lelaki lebih banyak autanya, lebih hebat karangannya!
pd cik nina, jgnlah kita nk nasihat orang seolah2 orang tu tak tahu apa2 langsung. atau main tembak ikut sesedap rasa je. tapi, kita sama2lah ambil pengajaran untuk dijadikan ikhtibar. janganlah kita nak jadikan topik tu satu isu yang besar untuk buktikan kepala siapa lagi besar! haih.. kalau macam tu susahlah. daripada cik nina nak suruh audience renung2kan bias seperti yang cik nina cakap tu, apa kata kita sama-sama renungkan isu selingkuh ni. jangan nanti jadi dekat suami atau bakal anak2.
saya ni muda lagi.. walaupun tak lama nak kahwin dah. dan alhamdullillah... saya boleh berfikir dewasa juga.
tak mo emosi2 ye cik nina! nnt cepat tua... =D
salam ek!n
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog kak rose yang tak seberapa nih.. tak baca novel kak rose pun tak pe... tak amik ati pun... gua rock.. maintain dan selamba... :))
pergghh... kak rose tersengih sengih baca komen ek!n yang panjang lebar tu. tepat pada sasaran, padu lagi jitu...
kak rose ni jenis, orang tulis... kak rose komen balik... sesiapa yang bias tu... maknanya adalah yang tak kena tu...
itulah sebab tu orang kata lelaki banyak helah, banyak dalih, pandai auta.. sbb dia ada 9 akal...
sedangkan pompuan ada 9 nafsu... tp bukan semata seks aje... tapi nafsu nak makan, nafsu nak shoppping... nafsu nak pakai lawa2... nafsu nak beli keta baru, nafsu nak hias rumah... haih... banyak sangat nafsunya... :)) jadi lelaki yang berakal 9 lah kena guide supaya perempuan tak terpesong dari landasan...
apapun, tengkyu kat ek!n sebab sudi bagi komen yang bernas itu... wlaupun ek!n belum berkahwin lagi, bravo!
nafsu nk beli superbike walaupun rasa kaki ni macam tak cecah tanah je nnt. keh keh keh...
ReplyDeleteanyway, selamat berkenalan kak rose! nnt ekin da baca novel kak rose ekin komen ya.
hepi2 selalu!
=)
hahaha... kak rose dulu pun bernafsu gak nak beli superbike, tapi sebab sedar diri kaki tak jejak tanah tu la tak jadi beli... hahahah
ReplyDeleteiya... selamat berkenalan untuk ekin juga...
tetiba rasa segan lak ekin nak baca novel kak rose... yelah... kak blog bukan main merapu lagi ni haa... sampai ada ada orang suruh tulis artikel yang membina minda... =))
iya... kak rose mmg selalu hepi, bak kata is selamba , biar selamba asal tak dose... :D
hihi.. ;))
ReplyDeletenk segan apenye kak... saya ni ha yg ketinggalan zaman. org da samapi Z berkali2 dah ngn novel akak tu, tp saya no A- lg. kehkehkeh.. malu! :D
org merapu ni la yg novel dia selalunya best2.. mcm kak liiy.. anak dah empat, tp suka merapu jugak. hahaha!! kak rose pn apa kurangnya kn. but at the same time, novel pn meletop2!
it my very pleasure knowing both of you. harap2 kite bersahabat sampai akhirat.. even umur tu mcm jauh je. :D
hehehe... lek aaa.. setakat tak baca novel akak tu, takde maknanya ekin akan ketinggalan zaman...
ReplyDeletetapi kalau sentuh bab2 selingkuh, novel akak yang banyak sentuh pasal selingkuh lelaki dan perempuan dari awal sampai akhir, novel 'epal hijau' tu ha... rasanya kalau Nina baca pun mesti sentap... :D
tengkyu ekin, sebab sudi nak kenal2 ngan akak tapi opsss... umur macam jauh? tolak tepi jela umur kak lily dan kak rose ni... sebab kami young at heart! :))
Insya ALLAH... semoga tautan ukhwah di alam mata ni berpanjangan di luar juga dan sampai bila2... :D
ayah saya kawen lain atas alasan ibu x pandai layan.. sgt poyo alasan tu sbb dh hamper 35 thn idup besama baru skrg nk ckp ibu x pandai layan.. abis tu selama ni apa yg ibu buat?? lelaki kalau nk curang or kawen lain 1001 alasan dia boley bg,dan yang salahnye msti perempuan.. salah sndri sikit pn x nak tengok.. ego melangit!
ReplyDeleteNur Safwanag,
ReplyDeleteerr...akak terkedu baca citer ringkas safwanah tu... sabar ya...
Salam,kak..
ReplyDeletewahh,menarik btul bab2 selingkuh ni ye?
btul la, mgikut kajian Sya pun mmg ramai lelaki xjujur, selingkuh. bila da kantoi, 1001 mcm alasan dorg boleh bg. Mmg btul2 mnggunakan nikmat 9 akal dr yg Esa.hehe. xsalah lelaki kwin 4,asalkan mrk mampu dr sgi zahir n batin kpd 4-4 isteri. erkk?? (terkedu dgn statement sdri! kih3..) harus diulang ye..yg MAMPU sahaja. ;))