Dec 30, 2008

TALIPINGGANG KELEDAR

BY Rose Harissa IN 4 comments

Arahan mewajibkan pemakaian talipinggang keledar belakang betul-betul buat aku agak angin . Apatah lagi bila tgk kalendar tinggal lagi 2 hari nak masuk Januari 2009. Sampai nak saman-saman pulak... pastu pemandu yang kena? Tak guna Dah takde undang-undang yang lebih bernas agaknya.
Teringat pertanyaan Adib (anak Kak Lily) kenapa auntie rose tak setuju pasal kewajiban pakai tali pinggang keledar belakang ni.
Jawab aku :
"Habis tu kalau ada anak macam Adib, macam Haikal, macam adik Ik... macam mana nak suruh pakai tali pinggang keledar?"

Maksud aku, budak kecik beb... bukannya nak dengar cakap. Mana boleh duduk diam. Contoh bila bawak Ik berjalan naik kereta, ada juga aku suruh pakai tali pinggang tapi... tak sampai lima minit dah bukak balik. "Ik nak tengok lori!". Kejap kemudian, pindah duk belakang. Suka-suka hati dialah pendek kata.

Banyak lagi cara lain nak elakkan kemalangan. Tapi agaknya mereka yang 'besar' ni rasa mereka cukup bijak dalam memberikan idea. Alaa... aku rasa dorang tak pernah rasa camna bawak budak2 naik kereta. Pada aku, tujuan semua ni, satu je... jalan mudah nak tambah dana negara, saman rakyat dengan kesalahan remeh-temeh!

Iskk... over dah ni...

4 comments:

  1. betulll.. bangchaq setuju, bodoh punya worangg.. kecik2 tak mau mampus.. besar kasi worang susah.. bedebah betul..

    ReplyDelete
  2. bangchaq! tu laa.. tatau nak cakap laaa... sangat sakit ati... susahla nak bawa anak jalan2 naik keta... mahu tiap2 ari kene saman! bengong kan?

    ReplyDelete
  3. Kehkehkeh..
    Marah la pulak?..
    Saya pun tak setuju dengan peraturan baru ni sis.. tidak diselidiki sebagaimana yang sepatutnya mereka buat sebelum digazetkan menjadi sesuatu yang harus kita turuti atau lebih tepat lagi takuti..!!

    Ada benarnya mereka mahukan kita menjaga keselamatan dengan lebih tapi cara ini sebenarnya tidak membantu malah lebih menyusahkan dan memaksa..

    Pehal laa gua cakap stail Fadhilah Kamsah ni?.. Kehkehkeh.. salam sis

    ReplyDelete
  4. huh... mau tak marah cer...
    bayangkanlah kalau tetiap ari kuar dengan anak-anak... mau tak tetiap ari kene saman? giler lah dorang tu... nak benda tak fikir panjang...
    mmglah dorang buat semua tu sebab nak menabung untuk negara... percayalah... jalan cepat nak tambah dana negara... tah hapa2 je...
    DSAI pulak tah bila nak naik takhta...

    err... stail Fadhilah Kamsah ke tu? macam Karamsingh Walia je...hahahhaha

    ReplyDelete