Monday, 15 December 2008

Bangkok Dangerous



Pelik tengok poster di atas? Ha... jangan ingat Bangkok Dangerous yang dilakonkan oleh Nicholas Cage tu... Iskk... tolonglah... lelaki yang selalu perasan jadi hero terbest sedunia nih! Mungkin ramai yang tak tau sebenarnya asal cerita Bangkok Dangerous ini dari Thailand. Filem tahun 1999. Rasanya dari pengarah yang sama, Phang Brothers. Tapi aku tak minat nak tengok versi English. Mesti tak best bila ada Nicholas Cage yang kontrol macho tu.
Aku sajalah tanya2 kat lengchai yang jual DVD (sudah tentu lanun DVD). Yelah, alang-alang dia kacau aku tengah minum ngan hubby kat mamak kan, apa salahnya bertanya? Aku panggil dia lengchai sebab dia comey dan kiut! ... budak cina jual DVD pun aku puji eh? Yelah, biasa yang jual tu baya hubby aku, so, aku panggil ler tailo ke taiko ke... bergantung kepada tahap keganasan muka. Aku memang camni, agaknya mesra alam dengan semua orang.

Lengchai : Ha... kak mesti mau tengok ini movie... bagus! (sambil menunjukkan DVD Bangkok Dangerous).
Aku : (sambil pandang sebelah mata) Haiya... saya tak suka ini hero! Sebab dia yang berlakon, saya tak mau tengok!
Lengchai : (ketawa) Macam itu pun ada ka?
Aku : (Sengih) Thai punya version ada ka?
Lengchai : Eh? Mana ada Thai punya version. Ini movie baru keluar panggung.
Aku : Haiyo! You tak tau meh, movie ini ada Thai punya version?
Lengchai : Ada meh? Mana ada Thai punya... ini movie english punya...
Aku : Ada! You pergi cari! Kalau ada itu saya beli!

Sudahnya perbualan itu hanya sekadar menguji pengetahuan lengchai itu selaku penjual DVD. Ternyata dia masih amatur! Sebab biasa kalau penjual DVD lanun 'profesional', semua citer dorang tahu, tak kiralah citer tahun bila pun.
Aku suka filem ni. Tengok pun dah lama... Filem ni memang tak ada ampun punya ganas. Kisah seorang pembunuh upahan yang pekak sejak kecik bernama Kong. Selalu dibuli masa kecik. Bila besar dia kerja sebagai tukang cuci kat satu tempat latihan menembak. Kat sini dia sedar kekurangan diri dia tu sebenarnya jadi satu kelebihan pada dia sebab dia boleh menembak dengan tepat sebab bila dia bayangkan muka budak yang selalu buli dia tu. Lagipun dia tak payah dengar bunyi tembakan. Jadi sasaran dia memang tepat . Kalau orang biasa menembak mesti berkelip jugak mata bila bunyi tembakan dilepaskan, tapi dia selaku lelaki pekak, steady je. Kelebihan dia tu dilihat oleh seorang gangster dan girlfriend dia. Aku tak ingat la nama apa... tapi lepas tu mamat samseng ni latih dia jadi penembak dan jaga dia. Hubungan diorang ni sangat menyentuh perasaan. Macam adik dengan abang.
Bila 'abang' dia tercedera dan tangan dah tak leh guna untuk menembak dengan tepat, Kong ambil alih tugas dia jadi pembunuh upahan. Sampai ke luar negara ambil tugas membunuh. Cara dia membunuh memang best. Tak dijangka... muka dia langsung tak ada perasaan bila menembak, yelah tak dengar bunyi apapun, tangan pegang pistol pun tak goyang. Dan tembakan dia tepat selalunya kat dahi.
Satu hari lepas balik dari satu tugasan, Kong sakit2... jadi dia ke sebuah farmasi. Kat sini dia bertemu dengan ahli farmasi yang cun bernama Fon. Fon pulak jenis perempuan baik dan tak pandang pada kekurangan Kong. Diorang jadi kawan. Masa ni lah Kong mula rasa sepatutnya hidup dia jadi lebih baik. Unik sangat hubungan diorang. Tak payah cakap cinta, tak payah cakap sayang tapi sangat menyentuh hati. Kong cuba nak bgtau siapa dia yang sebenar tapi x dapat. Entah camna satu hari terkantoi bila dia date ngan Fon, ada gangster kacau. Masa ni lah baru Fon tahu siapa Kong. Dia terkejut. Menjauhkan diri seketika dari Kong.
Cuma satu hari masalah timbul bila awek abang Kong kene rogol dengan satu mamat gengster lain. Mamat gangster ni memang menyakitkan hati bila tengok muka dia. Dia memang dendam kat abang Kong dan awek dia . Abang Kong gi balas dendam dan mati di tangan gengster tu. Masalahnya Kong tak tahu abang dia ke mana, sampailah dia jumpa mayat abang dia setelah beberapa hari ilang. Kong bengang sebab satu-satunya orang yang jaga dia dah mati. Dia ambil keputusan untuk balas dendam tambahan pula dia kecewa bila rasa Fon macam dah tak suka dia bila tahu dia siapa dia. Sebelum gi balas dendam, dia tulis satu surat kat Fon meluahkan perasaan dia.
Ending? Aduh... sedih giler... mesti orang pelik kan, cerita jenayah mana ada sedih. Tapi percayalah... sangat-sangat sedih sampai aku nangis bercucuran airmata sampai hubby aku gelak geleng kepala tengok aku nangis.
Kenapa aku cakap sedih? Sebab lepas dapat surat tu... Fon keluar cari Kong. Kong masa ni tengah berperang dengan gengster2 yang bunuh abang dia . Sampai kat satu tempat Fon nampak ramai polis. Bila dia keluar, dia tengok Kong dah berlumuran darah dengan orang jahat. Dia tengok Kong acu pistol kat kepala sendiri. Dalam susah payah tu, dia cuba bercakap (yelah orang pekak kan sebenarnya bleh bercakap kalau dilatih), meluahkan rasa dia sambil teringat semua kenangan dia dengan abang dia, awek abang dia dan juga Fon. Kong rasa hidup dia dah tak berguna sebab abang dan awek abang dia yang jaga dia selama ni dah mati. Lagipun dia rasa Fon tak mahu terima dia lagi yang jahat. Fon jerit panggil Kong, cakap dia sayang Kong. Fon jugak jerit suruh polis jangan tembak Kong. Tapi Kong kan pekak... mana nak dengar... kebetulan dia tak nampak Fon tengah berlari kat dia. Sudahnya... pom! Automatik aku teresak dan menangis bagai rak!
Untuk pengetahuan, Kong itu kurus tetapi dia cute, airmuka dia manis! Cerita ni bagus bagi aku... sebab selalunya cerita jenayah camni, kita boleh tersentuh hati tengok sikap setiakawan dan kasih sayang di kalangan gengster. Yelah... sebenarnya jahat2 dorang pun ada perasaan juga sebenarnya. Jadi sesiapa yang minat tengok cerita jenayah yang ada mesej macam di atas... carilah cerita ni, versi Thai... itupun kalau kedai2 VCD masih ada jual cerita2 yang lama nih. Biasanya aku dapat tahu pasal citer Thai best2 dari pekerja2 masa di company lama. Ya, aku baik dengan budak2 Thai... kenalah baik2 sebab diorang yang mereaslisasikan design aku jadi nyata.

_________________________
Nota kaki :
Entri ni aku letak sebab aku tengah meroyan nak siapkan stok APO?

2 comments:

  1. ape kabo tuan rumah,
    dalam ramai2 novelis yang aku 'jejak', novel ko ler yang aku tak pernah baca. lama dah aku tak beli buku alaf21 sebab aku tak suka kualiti buku dorang yang senang t'tanggal m/s nyer. bila aku tengok ko nyer interest no hal ler kak lily nyer blog cantik sangat la ni... oleh kerana ko ni brutal semacam so dengan rasminyer aku nak follow blog ko ni...
    adiosss amigosssss

    ReplyDelete
  2. Yus
    aku kabo baik aje... hahaha... aku tak kisah kalo org tak baca novel2 aku yus... cuma jangan perlekehkan aku kerana menulis tema cinta... itu saja...
    takpe dun worry... aku tak kisah...
    terima kasih sbb sudi follow blog aku yang penuh dengan citer ngarut2 nih...
    roger n out!

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016