Semalam, aku ke Sg. Congkak atas ajakan Kak Yati dan Kak Su. Mulanya, tak pasti nak gi ke tidak... sebab aku pun taktau hubby kerja ke tidak. Rupanya dia kerja juga pada hari Krismas sbb nak ganti cuti untuk panjangkan cuti taun baru. Aku pulak, fikir sempat ke sampai Semenyih sebelum kul 9? Tapi kerana aku yakin diri, dalam hati tawakkal gak sebab aku nak merempit. Dalam-dalam merempit tu mata melilau gak kut-kut ada lembaga beruniform duk bawah jambatan walaupun di hari cuti. 10 minit sebelum kul 8 pagi sampai umah Kak Lily. Satu keluarga Kak Lily ikut. Terus ke umah Kak Yati. Selain Qaisara yang comel giler Kak Yati cam biasa angkut anak2 buah kesayangan dia, Ojan dan Akim selain bibik dan Pak Seyit. Pastu konvoi ke Sungai Congkak. Mak aiii... jauh jem lah pulak... dan memang m alang untuk aku yang berkereta manual nih. Mujur alah bisa tegal biasa. Kurang lebih kul 10 baru sampai Sg. Congkak. Aku mula rasa meroyan bila tengok betapa ramainya umat manusia. Dah ler lapo giler... mujurlah Kak Su cekap dan pantas menghidupkan api untuk mula membakar BBQ. Aku jadi orang yang tak berhenti mengunyah... haha.. Akan tetapi malang sekali, menjelang kul 2, aku dah mula rasa rimas. Orang pulak makin berduyun ramainya. Kepala pun dah mula berdenyut walaupun dah telan panadol. Tengok ajelah Kak Yati, Kak Su dan anak-anak yang lain berendam. Last-last, sebab tak tahan, aku mintak balik dari Kak Yati. Lgpun mmg nak balik awal sebelum hubby balik sebab kononnya nak makan malam kat luar. Keluar dari air, kak Yati dah patahkan ranting nak rembat aku sebab nak balik awal . Aduiii... kelakarnya, garang betui orang Melaka. Berpusing nak elak kene rembat. Tapi itu gurau2 aje. Gurau2 kan membawa bahagia? Borak kejap ngan Kak Yati pasal idea manuskrip. Pastu terus balik dengan Kak Lily anak beranak. Tak sempat nak singgah umah kak Lily dah. Kepala aku ingat nak balik. Bagai nak pecah rasanya. Kerana tertekan nak cepat sampai umah, sedar tak sedar aku dah tekan 140! Sampai ada mamat GTi ingat aku nak race ngan dia... tolong ah Mat! Apa kes lu nak race ngan pompuan? Aku cuma nak cepat sampai umah!
Sampai kat umah, terhambur semua yang dimakan. Lepas mandi apa semua, aku flat! Last2 takde makan kat luar pun. Makan aje apa yang ada kat umah. Hubby dah sengih2 tengok aku monyok. Aaaa... aku mmg takleh pergi tempat yang ramai orang dan panas! Isk... isk...
Oh ya... dikesempatan ni aku nak ucapkan...
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 6 buat Kak Yati dan Pak Seyit... Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat!
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 6 buat Kak Yati dan Pak Seyit... Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat!
smlm su dah rancang nak ke sg congkak. biasa su mmg lepak kat tempat yg kak rose lepak smlm. klu x berjumpa la kita disana erk, tapi mujur x pegi sbb su ni elergik org ramai2 nnt dunia pusing woooo...
ReplyDeleteWaaa.. Baru ingat nak 'bagi salam' kat Sg. Congkak akan datang..!! Sis dah pegi dulu ye?.. Best tak kat sana?.. Ada cam Sg. Buloh tak?.. Hahahahaaa..!!
ReplyDeleteDulu pernah pegi sekali.. siap terserempak dengan ular sekali.. Boleh pulak dia join kitorang berenang kat situ..!! Ingatkan nak ajak renang berirama sekali ke..
Kehkehkeh..
Su : hahaha... mmg... alergik sangat... sampai akak balik muntah.. tak sanggup tgk ramai orang... siap ada pompuan ngandung tu makan laksa ngan jari, pastu tido tepi jalan tmpt orang lalu lalang... tergamak sungguh...
ReplyDeleteCer : Toksah gi ler situ time2 cuti... hahah... gila meroyan ramai orang... amboiiii... nak ajak pak panjang renang berirama sekali eh? tergamak sungguh...