Aku ambil surat dari pejabat PTS semalam. Dan bila balik, aku tunjukkan surat ni kepada hubby. Bila lihat dia senyum sambil terangguk-angguk kepala, aku rasa terharu... sebab dia tahu aku pernah menangis kerana buku ini . Lagipun rata-rata dari Cub Prix yang kenal aku dan tau pasal aku tengah buat buku Elly, tanya bila buku ni nak siap. Jadi kepada sesiapa yang minat dengan motor, khususnya minat Elly, nantikan kemunculan buku ni tahun depan., Insya ALLAH Taala... jika tiada aral melintang patah. Doakan saja agar semuanya berjalan dengan lancar.
Sepatutnya hari ni aku membawa Encik Ikram bertemu dengan Paulynne dari MCP. Tetapi memandangkan di saat akhir Paulynne terpaksa menghadiri forum motorsport dan Ikram juga tak boleh tukar jadual ke pagi, maka, pertemuan dibatalkan sehingga pertemuan akan datang. Apapun saat ini aku tak pernah berhenti mengucap syukur dalam hati rasanya kerana usaha dan jerih selama ini akhirnya menemui penghujung jalan. Mudah-mudahan kerjasama dengan MCP dan PTS akan membuahkan hasil yang baik dan kerjasama berpanjangan.
Hari ni bertemu Affan, anak muda yang gigih mengusahakan segala macam benda menjelang Cub Prix sampai sanggup tak balik beraya haji di kampung halaman di Penang. Rasanya aku lebih suka Litar Sepang Utara sebab kemudahannya banyak dan baik berbanding litar Sepang Selatan. Surat dari PTS aku serahkan pada Affan saja supaya diserahkan kepada Paulynne. Lain kali atur pertemuan lain untuk bincangkan kerjasama yang boleh dibuat antara MCP dan PTS... win-win situation...
apa? apa? buku elly...
ReplyDeleteakk. cepat2 lah buat buku nihhhh.. nak nak nakk...
tp sedey ngh mencari novel akk nihh.. tak dapat lagi..
alamakkk.... sepantas kilat respon cikyuyu...
ReplyDeleteiyee... akak buat buku elly...dah selamat di PTS... tungguuuuu... Insya ALLAH March tahun depan... Insya ALLAH...nak launching sekali dengan musim baru... mudah2an takde halangan...
TAHNIAH!! TAHNIAH!!!
ReplyDeletesemakin byk job la akak erk...
tengkiu Su! hehehe... rezeki jangan ditolak... :)
ReplyDelete