“"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"
Apa yang boleh aku katakan novel ni boleh disinonimkan dengan aplikasi 18sx. Tapi mujur tiada cerita 18sx.
Apa yang Kak Nora ingin sampaikan memang sampai kat otak aku ni. Bermacam rasa yang aku alami sewaktu membaca novel ni. Bercampur aduk dengan rasa sedih dan geram. Tapi mujur aku ni bukanlah jenis yag boleh menangis bila membaca, kalau tak mau kantoi.
Zarul - Seorang pemuda kacak dan datang dari keluarga yang bermasalah. Kerana terlalu mengikut telunjuk nafsu, maka Zarul tersunggkur dikaki isteri kedua Dato'. Apabila tersedar dari keseronokkan Zarul mula mencari ruang untuk melarikan diri dari isteri Dato' yang giler seks. Dalam pencarian ruang untuk melarikan diri dengan tak sengajanya Zarul berkenalan dengan Edrinaz disesawang chatting. Bermulalah episod perkenalan yang tidak dirancang.
Edrinaz - Seorang isteri yang cukup taat kepada suaminya, tetapi dipandang sepi oleh suaminya. Kerana cinta, Edrinaz berusaha untuk mengambil hati suaminya. Namun suaminya hanya mempunyai hati batu. Dalam suaminya berperangai begitu Edrinaz selalu bercerita kepada suaminya tentang perhubungannya dengan Zarul. Tetapi perhubungan yang diangkap sebagai adik angkat disalah ertikan oleh suaminya.
Perhubungan diantara mereka berdua sungguh suspen. Banyak halangan yang berlaku sewaktu persahabatan terjalin. Semasa Edrinaz disahkan mengandung cubalah korang bayangkan, suami dia boleh buat endah tak endah je. Giler ke apa. Ialah mana tak giler sebab suami dia dah menjalinkan hubungan terlarang dengan bekas kekasih lamanya [Junaidah] sampai mengandung. Bukan dengan bekas kekasih je dengan Zalina pun sama. Sampai mengandung Zalina tu dibuatnya. Memang betul-betul curanglah jantan keparat ni. Dahlah hidup dibela isteri. Tanggungjawab langsunglah lepas tangan boleh dia nak makan luar pulak. Tapikan masa Zalina tolak Edrinaz dekat tangga tu... memang kalau masa tu aku ada kat situ memang kena terajang sulung dia ngan aku. Suka hati je nak buat kerja giler. erk!! teremo lak aku ni.
Tapikan aku suka ending dia... memang boleh membuatkan jantung aku luruh betul. Mana taknya Kak Rose ni saja nak bagi suspen. Tetiba je tulis selepas 9 bulan jeng... jeng... jeng...
Lain kali buat lagi
Aku nak komen lebih tak berapa pandai, jadi aku cuma dapat mencadangkan kat korang belilah novel ni. Garenti korang puas hati.
Kak Rose!! Cayok!! Cayok!!
___________________________________________________________
Petikan dari : ++Amnies++
Serasi Di Hati
Pagi tadi aku dapat habiskan novel Serasi Di Hati. Yang boleh aku cakap, cerita ni lain daripada yang lain. Macam tak terfikir pulak akal aku pasal novel yang cerita dia macam ni. Penuh dengan konflik, macam biasalah, tapi yang penting, cerita ni menampilkan watak-watak yang menarik. Watak Zarul sebagai seorang bekas gigolo kononnya, yang berubah selepas bertemu dengan Intan Edrinaz. Walaupun luarannya nampak bahagia, nampak gembira, nampak seperti tak ada masalah, Zarul mempunyai satu kenangan yang perit. Hatinya pernah luka satu ketika dahulu.
Intan Edrinaz pula seorang isteri yang tak pernah kenal erti putus asa. Baik, patuh dan sering mengalah. Ada kalanya aku naik geram juga dengan Edrinaz ni, terlampau berlembut dengan suami sendiri. Tension lah jugak aku. Aku tak dapat bayangkan macam mana Edrinaz boleh bertahan hidup dengan suami yang dia cinta tapi tak pernah ada respon. Memang macam kayu pulak tu hidup makan duit isteri. Haish, sakitnya hati aku kalau macam tu. Tapi nama pun cerita kan, Edrinaz boleh dikira sebagai perempuan paling baik lah jugak.
Watak-watak sampingan pun boleh tahan juga menyakitkan hati. Zalina memang sah-sah dapat anugerah Perempuan Paling Menyengalkan daripada aku. Alahai, perangai dia betul-betul macam hantu. Makin lama makin menyampah aja dengan Zalina. Shamsul Azman? Awalnya aku bencikan watak dia, tapi bila dah nak habis baca, aku jatuh kasihan pulak dekat dia. Iyalah, banyak benda jadi. Lepas tu, watak Ainon pun banyak membantu bagi aku. Aku harap sangat kawan-kawan aku pun macam Ainon. Banyak membantu Edrinaz kala Edrinaz dilanda kesusahan.
Satu yang aku pasti, korang diwajibkan beli nove Serasi Di Hati atas sebab novel ni memang best. Baik korang pergi mana-mana kedai yang terdekat and belilah novel Serasi Di Hati a.k.a. Epal Hijau. Cover dia pun cantik aja, gambar epal. Wahh, Sedap aja rasa. Haha.
Watak-watak sampingan pun boleh tahan juga menyakitkan hati. Zalina memang sah-sah dapat anugerah Perempuan Paling Menyengalkan daripada aku. Alahai, perangai dia betul-betul macam hantu. Makin lama makin menyampah aja dengan Zalina. Shamsul Azman? Awalnya aku bencikan watak dia, tapi bila dah nak habis baca, aku jatuh kasihan pulak dekat dia. Iyalah, banyak benda jadi. Lepas tu, watak Ainon pun banyak membantu bagi aku. Aku harap sangat kawan-kawan aku pun macam Ainon. Banyak membantu Edrinaz kala Edrinaz dilanda kesusahan.
Satu yang aku pasti, korang diwajibkan beli nove Serasi Di Hati atas sebab novel ni memang best. Baik korang pergi mana-mana kedai yang terdekat and belilah novel Serasi Di Hati a.k.a. Epal Hijau. Cover dia pun cantik aja, gambar epal. Wahh, Sedap aja rasa. Haha.
__________________________________________________________
Terima kasih untuk Su dan Amni!
alahai kak rose...
ReplyDeletekomen su tu cam budak skolah rendah jew...huhuhu
ala... x pe la su... neway... terima kasih banyak2... tak terhingga...
ReplyDeletesampai ke kak rose nak capai 4 bintang dilangit [soklan kureng maut ni...] he he he
ReplyDeleteerr... satu bintang pun tak tercapai dek tangan ni... hehehe
ReplyDeletehehehehe...
ReplyDelete