PETIKAN Dari : ++http://inanazri.blogspot.com/++
Membaca memang hobi aku..dah berderet anak pun memang aku sentiasa mencuri waktu membaca. Anak-anak aku dah faham sangat dengan mama dia ni. Ada masa kalau novel tu mampu membuat aku 'tak selesa', pasti sampai 4 pagi aku tekuni ia hingga selesai baru aku tidur!
Aku dah lama baca novel ni tapi tak sempat nak komen. Hari ni, badan aku tak berapa selesa, satu badan macam kena belasah jadi aku baca novel ni semula sekadar untuk mengisi masa rehat sebentar.
MULANYA SATU CINTA satu novel yang berjaya menutup hati aku dari mengatakan novel cinta melayu hanyalah novel murahan. Aku suka cara Rose Harissa menggarap cerita ini. Ia nampak macam cerita biasa tapi Rose Harissa mencipta ia hingga menjadi satu cerita yang luar biasa menarik. Kenapa aku cakap macam tu ek? Bahasanya bersahaja dan memang 'menangkap'. Dia bijak mengadun ayat dan kata hingga menjadikan ia satu cerita yang lengkap dengan asam garamnya. Ada pengisian ilmu yang boleh dikongsi. Perbalahan antara Ezli dan Iryanie buat aku tersenyum. Aku suka adegan gaduh-gaduh sayang macam tu, main letak nota kat peti sejuk. Manja bukan main. Rose Harissa mampu membuat aku duduk diam-diam sambil mengulum senyum bila membaca novelnya.
Ezli mempamerkan sikap matang seorang lelaki selepas dia kecundang buat pertama kali dalam rumahtangga. Faridah adalah ibu yang peka akan perasaan dan lengguk anaknya. Iryanie bagai penyelamat dalam kemelut hidup Ezli yang tidak boleh berenggang dari Afizan,anaknya kerana Faridah berkeras mahu pulang ke kampung. Faridah mengambil inisiatif dengan mengiklan kerja sebagai pengasuh cucunya. Kemunculan Iryanie dalam keluarga kecil itu umpama terbit matahari pagi. Nyaman dan menyegarkan.
Sayang tidak boleh dipaksa, cinta hadir bukan disuruh. Ezli mengalah kepada ego lelakinya yang prejudis kepada wanita. Iryanie berjaya membuka hatinya yang ditutup kejap dari kehadiran cinta. Keciwa yang panjang membuat dia begitu fobia untuk berdamping semula dengan insan cantik bergelar wanita.
Afizan,anak lelakinya begitu menyayangi Iryanie. Dalam diam Iryanie berjaya meraih sayang dari keduanya malah bonus untuknya kerana ibu Ezli juga menyenanginya. Ezli mula terpikat dengan Iryanie bila melihat hubungan mesra Afizan dan Iryanie. Nak pikat lelaki pikat hati anaknya dulu..wahh..peribahasa baru ni.
Namun ia bagai igauan ngeri bila bekas isterinya menuntut haknya sebagai ibu kepada Afizan. Bertambah sakit bila Iryanie berkawin dengan bekas abang iparnya sendiri, Zamri.
Apa kesudahannye ye.....cari dan beli novel ni..baru puas hati membacanya.
chaiyook..
APAPUN..JGN TINGGALKAN MENGHAYATI AL QURAN...
*******************
terima kasih banyak2 Ina!
terima kasih banyak2 Ina!
perghh!!
ReplyDeletesaya sokong kata-kata penulis blog nihh,
sumpah MSC memang mantap,
bahasa membuatkan kita di ulik,
sapa kata tak besh 2?
kuno kot?
hahhah :D
ape2 sy sokong cerita akak nie.
memang besh giler...
chayokkkk!!!!
ya..saya sokong juga tapi bukan ja buku ni tapi buku2 rose yang lain pun syuk nya urang brunei..jangan marah ya rose..
ReplyDeletecikyuyu : hahahha... cikyuyu memang pom pom girl akak la... sungguh bersemangat sekali.. apapun, mekasih sbb cikyuyu sentiasa menyokong akak... dan sukakan novel2 akak...
ReplyDeleteliza : ko pun sama liza... terima kasih banyak sebab sentiasa menyokong aku dan kesemua buku2 aku... terharu sungguh aku dapat kawan2 cam hangpa nih... :)