Salam...
Aku menulis entri ni sebab dah terlampau geram dengan emel-emel yang aku terima kebelakangan ini. Bukan aku tak gembira menerima emel tapi adakalanya emel yang diterima membuatkan rasa menyampah, meluat, geram tu muncul tiba-tiba. Antaranya berbunyi :

- Saya amat meminati karya-karya akak, boleh tak akak tolong saya hantarkan karya saya ke penerbit?
- Boleh tak akak bagi format manuskrip / cerita yang akak gunakan?
- Boleh tak saya jadi adik angkat akak? Nanti senang sikit saya nak mintak tips menulis dan hantar cerita kat penerbit.
- Saya rasa saya boleh menulis lebih baik dari akak di APO? Cerita-cerita saya lebih seram dari yang akak buat.
- Saya ada buat banyak cerita seram, boleh tak kalau saya emelkan pada akak dan akak tolong hantarkan kat APO?
Itulah antaranya. Kalau korang berada di tempat aku, apa korang nak buat? Balas dengan marah-marah? Atau abaikan sahaja? Tapi dua-dua tindakan ni boleh menimbulkan implikasi yang berbeza, mereka akan anggap kita sombong, diva, berlagak, dan sebagainya. Aku pun hairan dengan sikap-sikap budak-budak yang baru nak menulis ni. Tak bolehkah buang sikap mahu menempel supaya cepat naik. Tak bolehkah berdikari?
Bukan nak kata aku bagus tapi kalau nak tahu, dulu-dulu aku bermula menulis di APO? dari zero! Tak kenal sesiapa langsung kat APO? masa tu. Tak kahwin pun lagi , dalam awal tahun 2002. Dengan takut-takut, aku gamble bawa lukisan dan 10 buah cerita seram ke pejabat APO? Jumpa Petai masa tu. Ingat lagi masa tu, Petai dengan machonya berkata ; "Ni macam boleh pakai artwork ni. Cuba you pergi jumpa Sireh."
Aku pun dengan tersipu-sipunya pergilah jumpa Sireh. Dan tau tak, Sireh jam tu jugak rejek semua lukisan aku. Katanya, stroke lukisan aku masih banyak yang kureng. Dia juga tunjukkan artwork original Fazrul Arhan, yang buatkan aku sedar diri serta-merta bahawasanya aku masih perlu belajar tentang lukisan. Tapi dia mintak nak baca dulu semua cerita yang aku buat. Esoknya dia telefon, kata semua cerita tu dia nak guna tapi lukisan aku kena belajar lagi. Dia tanya sanggup tak datang belajar dengan dia di ofis setiap petang. Aku masa tu terus kata sanggup.
Selama seminggu, balik je kerja, aku terus ke ofis APO? belajar melukis dengan Sireh. Dan selepas tu, bermulalah sejarah cerita misteri aku tersiar bermula tahun 2003. Bila Nizam Bachok tak melukis ilustrasi lagi di APO? barulah Sireh mintak aku lukis sendiri ilustrasi. Dan sejak tu, aku tak pernah miss menulis di APO? Walaupun bayarannya tak besar mana, tapi kenangan dan jasa APO? tu besar kat aku. Dan walaupun bayarannya tak seberapa tapi yang penting, mereka tidak pernah miss membayar tepat pada waktu. Maknanya duit dapur aku tak pernah putus kerana hasil tulisan di APO? .
Perlahan-lahan aku mula dapat reaksi positif di ruangan Apo-apolah. Sebab tu sampai sekarang, susah aku nak tinggalkan APO?. Dan kalau boleh, aku mahu menulis di ruangan itu sampai ke titik terakhir. Kalau ada yang nak kata aku tamak, anda silap. Di sini aku boleh katakan, aku masih menulis di APO? kerana aku sayangkan APO?. Dan di sinilah aku bermula sebagai penulis , walaupun mungkin ada yang memandang sebelah mata karya aku di sini.
Begitu juga dengan menulis di Alaf 21. Aku call Alaf 21, tanya nak jumpa siapa kalau hantar manuskrip. Kemudian ambil cuti, bawa Ik dan adik aku Yana, hantar sendiri manuskrip ke tangan Kak Wan Rohana (tahun 2004). Setahun menunggu jawapan, akhirnya Kak Wan kata manuskrip tu tak sesuai untuk diterbitkan atas sebab-sebab tertentu. Pun, aku datang sendiri pungut. Ya, aku menangis dan kecewa. Tapi aku bukan jenis yang mudah putus asa. Manuskrip tu aku polish dan simpan (yang mana sekarang dah diterbitkan sebagai Serasi Di Hati di bawah label NBKara) . Lepas tu aku hantar lagi manuskrip baru, by hand, juga pada kak Wan. Dan Alhamdulillah... 8 bulan lepas tu diterbitkan, Oktober 2006. Itulah Berikan Cintamu.
Jadi sekarang, aku amat-amat hairan dan sungguh tak faham bila ada yang mengambil jalan mudah. Tidak mahu berusaha lebih. Ambil jalan mudah dengan menceduk idea penulis sedia ada. Mahu cepat popular dan dikenali. Karya direjek terus rasa down. Aku cukup menyampah dengan orang macam ni . Dan rasanya kalau jadi penulis, pastilah dia seorang yang susah mahu menerima kritikan dan komen pembaca.
Mahu jadi penulis bukan semudah yang disangka. Kalau menulis kerana mahu popular dan dikenali serta disanjung, lupakan hasrat anda itu. Jangan harapkan bantuan orang lain dan jangan jadi manja! Jika anda belum benar-benar menulis dan karya anda belum pernah diterbitkan, jangan rasa diri anda sudah sebagus penulis sedia ada.
Kepada saudara Cerpelai... sis harap anda tidak menyombong bila sudah bergelar penulis . Kekalkan sikap 'merendah diri' , mesra alam dan sopan tu. Mudah-mudahan karya anda akan jadi sebagus saudara Lolo dan kekal di APO?, begitu jugalah di lain-lain penerbitan.
Sekian, Terima kasih .

boleh tak saya jadi adik angkat kakak?ada dh ade kakak da...waaaaaahahahhahaha kelakar betul!!
ReplyDeletehahhaha... Ada ni buat lawak aa tu... Ada dah sedia ada jadi adik akak pun... :)
ReplyDeleteEdehh..!!
ReplyDeletePatut laa gua asyik tersedak je dari tadi.. Nama manja gua disebut-sebut rupanya.. Kehkehkeh..!!
Pesanan sis gua akan pegang sampai bila-bila.. Lagipun gua tak reti laa nak menyombong ni suma.. Kalau nak sombong baik gi lombong.. (lawak basi)
Err.. gua sopan ke sis?.. Ni yang nak belanja makan nih..!! Kehkehkeh..!! InsyaAllah gua akan menulis dengan lebih sempurna pada setiap karya yang gua keluarkan dari kotak akal gua..
Salam sendu di angin lalu..
Tak tahan gua tengok emel ayat berlagak kat atas tu..
ReplyDelete"Saya rasa saya boleh menulis lebih baik dari akak di APO?"
Pada gua senang je.. Kalo dinilai oleh diri-sendiri atau kawan-kawan, itu bukannya satu karya yang mengatasi tapi karya yang mahu mengatasi dengan cara mudah..
Buat dan buat dan buat dan hantar dan hantar dan hantar sampai berbuih tungking dan terpelecok ketiak.. Itu je jalan nak berjaya dalam bidang penulisan..
Gua cakap bagi pihak sis Nora ni.. Pasal tungking gua dah berterabur dah nak bagi suma orang buleh terima karya gua.. InsyaAllah..
umm..alamak..haha...tkdela kak..ada tk suka main angkat2 ni.kakak sendiri pun slalu gaduh2.bg ada,umm..kawan ada yg lagi tua dari ada tu,ada anggap mcm kakak.ada rapat dgn kakak2 form 5 kt skolah.semua panggil ada adik hahah
ReplyDeleteseronok bercampur kagum dan juga berbaur bangga... bila membaca kisah rose... mula jadi pelukis dan penulis. bukan senang kan... CAYALAH KAT ROSE... akak bangga!!!!
ReplyDeleteohya! boleh saya jd kakak angkat awak.... hahahahaha... lawaklah diorang ni...jangan marah yea...
Cer : hehehe.. saja2 sebut2... sementelah hari jumaat ni ko nk datang apo kan? macam dh terbau-bau kuetiow yang sedap di kedai oren tu... muahahaha...
ReplyDeleteeh? lupa lak letak inverted coma kat perkataan sopan tu... hahaha...
itula... ko jangan jadi cam dorang2 tu... sbb ko dh usaha sendiri kenal2 ngan bro pandan tu, tak susahkan orang... dah mmg rezeki untuk ko gamaknya, menggantikan tempat lolo... manalah tau one day menggantikan tempat sis lak... yeler... manalah tau one day semua segala jin, hantu, bunian dah tak nak bagi idea kat sis tulis citer seram kat situ lagi... aduh... sendu lak pengakuan ni...
hahaha mencila baca ayat salam sendu di angin lalu tu...
Ada : alaaa... akak pun tak suka berangkat-angkat ni.. sesapa yang baik ngan akak dan tak ngada2, mmg terus akak anggap adik... namun nak declare sebagai adik angkat ke apa ke, akak malas ... cam budak sekolah dulu2 je... hahaha
Kak Ida : mungkin perjalanan saya tak semudah penulis lain... tapi tu semua penguat semangat saya untuk harungi apa jua cabaran dan dugaan... ewaahhh...
cess... dan lagi akak pun buat lawak kakak angkat ye... hahahaha...
suka saya... :)
salam rose,sedih juga baca yg rose tulis tu,rugilh buat mereka yg ambik kesemptan rose,cuba tengok contoh terbaik ialah ada pda rose bermula dari bawah akhirnya rose berjaya kn..tulah berkat kesebran rose jalan yg dilalui bnyak durinya untuk kita berjaya kena laluinya..semoga rose berjya jgn peduli apa orng ckp dan jaga diri rose manusia ni payah kita nak kenal hati budi mereka dan semoga rose berjaya dlm bidng yg diminati liza tumpang gembira ja..n tumpang membaca..kha..kha..
ReplyDeletesalam rose,sedih juga baca yg rose tulis tu,rugilh buat mereka yg ambik kesemptan rose,cuba tengok contoh terbaik ialah ada pda rose bermula dari bawah akhirnya rose berjaya kn..tulah berkat kesebran rose jalan yg dilalui bnyak durinya untuk kita berjaya kena laluinya..semoga rose berjya jgn peduli apa orng ckp dan jaga diri rose manusia ni payah kita nak kenal hati budi mereka dan semoga rose berjaya dlm bidng yg diminati liza tumpang gembira ja..n tumpang membaca..kha..kha..
ReplyDeleteaah..skolah rendah dulu banyak...hahahahah
ReplyDeleteuuuweeehhh!! sopan gile ayat2 dorang tu erk. rasa nak gege2 je jari dorang tu hahahaha
ReplyDeleteFuh....satu perjalanan yang memenatkan utk akak menjadi seorang penulis yg berjaya spt skrg. tp x pe...susah dahulu, senang kemudian. See...skrg akak dh berjaya...hehehehe.....Tiba2 teringat mase wat thesis mase study dulu..3 kali proposal kene reject..hua...
ReplyDeleteRamai peminat akak ye..sampai ada yg nk jadikan kakak angkat...ada udg sebalik batu tu....hheheheheheheheheheh
Salam Kak Rose,
ReplyDeletekagum btl sy ngn k.rose ni.xknl erti putus asa.....
klu k.rose rs geram+menyampah & sewaktu dgnye ngn emel2 tu,sy lg la hehehe.kelakar pn ade..
suka suki diorg je kn nk akk jd org tgh.biasala kak,org yg xreti bersusah2 dahulu,sng kemudian.yg diorg tau,nk senang je....
Anyway,gud luck 4 everything ye Kak Rose.jgn give up tau...trskn berkarya...
p/s:kt blog sy,ade gmbr kta br2.klu sudi,lwtla ke sana...hehehe
kejayaan yg dicapai dgn hasil usaha sendiri adalah lebih manis walaupun perjalanannya pahit.
ReplyDeletetersenyum gak aku ngan isu 'angkat2' kat sini hehe.. yang dok ada 5 orang adik beradik pun dah tak larat nak angkat, nak tambah lagi? edeh. err ko nak angkat aku tak? hehe.. aku kena turun lagi 20 kilo baru buleh kot.
Liza : tak ramai yang sanggup bermula dari bawah... dan tak ramai yang sanggup bersusah dulu... mereka2 ni selalu rasa apabila berbaik dengan penulis, mereka akan senang dapat tempat yang sama... sabo jela... memang bila jadi camni, saya lebih mengenal manusia dan berhati-hati supaya takde yang cuba nak ambil kesempatan... mekasih liza... :)
ReplyDeleteAda : time sekolah rendah tu biasala... kalau masuk sek. men. duk asrama, lagila... hahaha
Su : waaaa... hahaha su garangnya... kekekek...
Ilyah : mmg penat weyyyy... tu yg sekarang ni bila ada yang cuba nak menjatuhkan pulak, rasa nak nangis... yelah dah penat berusaha... tu belum masuk yang cuba nak angkat angkat... hahhaa lalallaa
sweetrosemaria : kene cuba selagi terdaya... :) hehehe... entahlah dorang tu... manusia2 sengal... geram sangat dah akak sbb tu copy paste ayat2 dorg... kita dah la penat dan bizi... cakap cenggitu lak.. angin je... terima kasih banyak2 maria...
p/s : akak dh singgah blog maria... tapi ngapa x leh tinggal komen? neway mekasih tampal gambar kita, skg akak dh ingat maria yg mana satu... :)
Rinn : aku sokong perenggan atas ko tu...
tp mmg ada org nak senang terus.,. gunakan kita tuk jadi org tgh... cm hampes je...
hahaha.. lawak ko ni... kalo aku angkat ko... jadi apa ek? keke..
weh... tp ko mmg dh makin mengecil la aku tgk... jeles aaaa...
huhu..
ReplyDeletebetol betol..
org bace alek dorg nk amek jln mudah jerk..
x pk pjg lgsg utk jadik pemes la pe la..
isk berusaha la ats kaki sndr..
tol x akak????
caiyok caiyok akak..;))
norraien : betul kata ain tu... mekasih! sbb faham... hahaha... itulah... manusia banyak ragamnya... :)
ReplyDeleteUishh.. betul ke sedap kuey teow tu?.. Kebetulan kitorang memang nak lepak situ dulu sebelum masuk opis apo? nanti..
ReplyDeleteMenjejeh pulak air kumbahan kat mulut gua nih..
Salam Rose, sbenarnya aku nak tulis apa yg mrk2 nie tulis...hahahaha tp drg dah tulis jd aku buat biasa2 je lah...
ReplyDeleteApa pa pun, aku sokong apa sja yg ko buat / tulis / cakap dan yg sewaktu dgn nya.... jgn lah serius sngat...aku tkut klau ko mare gitu...kekeke..
Anyway...aku tetap salute u beb....
Miss u dear friend.....
Cer : sedap sampai rasa nak bawak pinggan tu balik umah... hahaha...
ReplyDeleteapa kes ko nak lepak dulu kat situ? naik terus aaa APO? sis nak gosip2 dulu ngan kak sya... lalalalallaa
Leeya : kekekek... ko pun sama buat lawak cam dorang ye,..
aku serius tu... sbb dh geram sangat daaa... melampau lak dorang ni... ingat aku ni apa gaknya... menyediakan servis kakak angkat percuma ke apa...
aku pun windu giler kat ko... :)
kalo ko angkat aku jadi apa? aku jadi terangkat la. haha. dan ko jadi semput.
ReplyDeletehahahaha... cerempet betul ko ni rinn... :)
ReplyDeleteGua pun kena bergosip gak ke sis?.. Maknanya gua kena pakai baju kebaya laa datang opis karang?.. Mesti cam biawak pasir rupa gua time tu..
ReplyDeleteKehkehkeh..!!
Tengok sapa yang masak ye?.. Hmm.. Nak try gak kuey teow tu.. Kalo tak sedap, gua kuntau diorang punya kuey teow beberapa das..!!
hahahhaha... amacam? keras punggung, sebal telinga tak dengar kami bergosip? kekekeke...
ReplyDeletekaya la ko pas ni eh... bagus2... kalo sis buat belanja dapo... ko lak buat belanja beli pempes dn susu anak... hahah... lalala...
kedai oren tu telah menutup section goreng-gorengan tadi... dan rugi ko tak join... kak teja yang anggun tu telah membelanja kami lunch ari ni... rasa nak lepak lagi je... kekeke
Tak buleh tahan laa sis.. Gosip incik-incik semua membuatkan gegendang telinga gua bergegar pada 5.3 skala Richter.. Kehkehkeh..!!
ReplyDeleteErr.. Tang terasa tu sebenarnya bini gua salah info.. Gua cerita pasal terasa tu yang pasal emel sis ituhari.. ingat tak?..
Kehkehkeh..
Dia ingat post sis tu yang buat gua terasa..
hahhaha... tu baru sikit... belum kenal kami lama2 lagi... sis biasa la... hari ke apo adalah hari rehat buat sis... kalo tak mahu bergegar otak duk umah je...
ReplyDeleteala... kalo bab emel tu pun tak yah terasa aaa bukan tuju kat ko pun, tapi kan... kalo ko terasa gak, sis nak tanya, ko mmg camtu gak ke? muahahhaha... lalala.. bernyanyi dengan riang ria...
muahahaha...tompang gelak jap...
ReplyDeleteini macam kene amik cuti lagi bulan depan...bukan senang nk berjimbaan dengan sis nora nih...
kali ni kite jenjalan kat giant ke..mydin ke..lalalala...
kite tinggalkan cer kat opis APO?...
hiks..
sedap je fieza gelak ye... kekekke... harus la cer meroyan kalau tiap2 bulan cuti, pestu kene sedia duit angpau untuk ke mydin... hahhaa
ReplyDelete