Wednesday, 21 October 2009

Rempit - Kenapa mesti dinegatifkan?


Bila sebut rempit... ramai orang mengaitkan dengan 'mat rempit' yang kini sudah ditukar istilah kepada samseng jalanan. Aku salah seorang yang suka sangat bila istilah itu ditukar. nerd

Kerana bagi aku orang yang tak kenal mat rempit sahaja yang menuduh mereka suka melakukan perkara-perkara seperti meragut dan sebagainya. Tapi cubalah duduk bergabung dengan mat rempit sejati. Mereka ni jenis yang tak suka buat kerja-kerja tak senonoh. Sebab cinta mereka hanya kepada motosikal. Cara mereka cari duit dah tentulah dengan lumba haram. Tapi duit tu pulak biasanya digunakan oleh mereka untuk modified motosikal. Mat rempit sejati juga ada budi bahasa, hormat orang yang lebih tua. Ini mat rempit yang aku kenal. Kalau yang jahat-jahat tu bukan mat rempit bagi aku tapi memang samseng jalanan yang sudah mencemarkan nama dan sisi baik mat rempit. tanduk

Kenyataan aku macam menyokong mat rempit la pulak kan? eksen
Jangan salah faham...

Menurut kamus dewan, rempit ditakrifkan sebagai :
rempitPr; merempit menyebat dgn rotan dll, menyesah.Kamus Dewan Edisi Empat

Tapi orang-orang kita dah faham sendiri maksud rempit itu kaitannya dengan memecut tak kiralah motor atau kereta.

Dan apabila perkataan rempit digunakan pada buku Evolusi Elly, banyak juga pihak yang memandang serong. Tak kurang juga mengatakan ianya akan mendorong orang merempit. Ha... di situ mereka dah silap. nerd

Apabila fikiran mereka sudah disetkan bahawa rempit itu sering dikaitkan dengan gejala negatif, maka hanya perkara-perkara yang negatif sahajalah yang terlintas di fikiran mereka. Dan sudah tentu mereka mengeluarkan komen tanpa membaca buku itu terlebih dahulu.

Aku dan editor Encik Ikram dari PTS, dengan penuh harapan untuk mempositifkan tanggapan sesiapa sahaja terhadap rempit itu sendiri. Lalu aku menonjolkan Elly sebagai tokoh buku. Kerana dia, hanya dari merempit di jalanan sekarang dah mencipta nama di litar. Aku rasa ini tanggungjawab aku dalam menulis. Bukan sekadar buat novel cinta semata. Tapi gunakan kelebihan menulis untuk cipta satu fenomena... dari yang dulu orang anggap negatif tapi bila baca Evolusi Elly, orang akan mula fikir positif!

Siapa sangka, dulu-dulu orang tanya-tanya kat aku, siapa Elly Idzlianizar tu?
Popularkah dia sebagaimana popularnya seorang pemain badminton?
Orang kenalkah siapa dia?

Memang aku tak boleh jawab dan yakinkan mereka dengan hanya guna instinct aku saja. Tapi dalam hati aku, ada satu keyakinan yang amat tinggi terhadap Elly ketika itu. Kerana semangat dia, aku percaya satu hari nanti dia akan ke depan juga. Tak sampai beberapa minggu buku berada di pasaran, aku terima berita dari Paulynne bahawa Elly terpilih antara 19 pelumba untuk Wild Card MotoGP. Dan sekarang dia dah pun terpilih sebagai pelumba utama.best

Siapa sangka kan? Dari seorang budak yang dulunya merempit kat sekitar Kangar, sekarang dah jadi nama besar. Kalau Elly boleh buktikan minat dia merempit dulu, bukan hanya nak merempit di jalan, kenapa aku tak boleh ketengahkan sesuatu yang positif tentang rempit.peace

Sebab itulah dengan suka hatinya, aku reka banner khas untuk Elly dan Fahmi. Terutamanya Elly, supaya membawa semangat rempit itu untuk mengharumkan nama Malaysia. Supaya Elly dan Fahmi merempit habis-habisan untuk lawan mat-mat saleh dalam kategori 125cc tu. Jadi cuba fikirkan, tidakkah rempit itu boleh jadi sesuatu yang sangat positif demi negara?
pompom

Tak boleh salahkan budak-budak yang merempit tu 100%. Mereka ada minat cuma tak tahu nak salurkan bagaimana. Jadi kerajaan kena ambil perhatian. Duit berjuta untuk bina bangunan-bangunan komersial yang tinggi melangit tu, apa kata digunakan untuk cari satu tempat dijadikan litar yang membolehkan budak-budak yang minat motor merempit di litar. Kalau nak kena bayaran pun, kenakan bayaran minima. Cuba masukkan aktiviti rempit secara halal ni dalam agenda pembangunan negara. Negara luar siap galakkan budak-budak muda berlumba. Sebab tu mereka mampu lahirkan Juara Dunia yang muda-muda kalau dah dilatih dari zaman kanak-kanak lagi. Kenapa Malaysia tak boleh buat? Sebab tak ada sokongan padu dari pihak berkenaan yang punya kuasa. nerd

Jangan cuma tahu menghentam tapi tidak menghayati dan dengar isi hati mereka. Aku percaya ramai budak-budak muda kat luar sana yang teringin nak jadi pelumba profesional. Sebab aku dengar banyak keluhan budak-budak ni tak mampu merempit secara halal. Bukan semua mak bapak sanggup bergolok bergadai untuk buat pelaburan supaya anak-anak mereka merempit di jalan yang benar. Jadi aku tuliskan kisah Elly sebagai tauladan untuk mereka fikir dengan cara positif. encem

Jadi usahlah kaitkan rempit dengan gejala negatif sebab dalam kamus pun tak ada cakap macam tu. Hanya mentaliti orang kita sahaja yang anggap ia negatif apalagi selalu sangat kita dihadapkan dengan filem dan drama berkisar rempit, bukannya nak paparkan susah payah golongan itu merempit ke jalan yang benar. Tapi mereka lebih seronok paparkan unsur negatif. yang takde kena-mengena langsung dengan jiwa mat rempit sejati - contoh seks bebas, pukul memukul. Sebab itulah orang ramai semakin merasakan rempit itu negatif!
Hubby aku sendiri zaman muda-muda dulu suka merempit juga tapi tak adalah nak main perempuan, dadah dan sebagainya. Sibuk kat bengkel layan motor adalah...spek

Jadi, jangan salahkan perkataan rempit. takbole
Kerana dalam kamus DBP tak ada maksud rempit yang mengaitkan dengan motor, jadi apalah salahnya kita kaitkan rempit itu dengan 'pecutan penuh semangat menuju kejayaan'.
peace
Bagi aku rempit itu sendiri melambangkan semangat... sesiapa yang pernah merempit pasti tahu rasanya bagaimana... memang Alive With Adrenaline! sengihnampakgigi Semangat membara akan terpacu dengan sendirinya!
menari
Mungkin ada yang akan mencemik baca entri aku ni. Macam besar sungguh cita-cita aku. Murni sangatlah konon. Tapi aku tak peduli ... hanya yakin dan percaya! One fine day... orang akan mula buka mata.

Ada sesiapa yang tak setuju dan nak marah dengan entri aku ni?
Atau nak memberi nasihat supaya aku tukar perkataan 'rempit' pada banner di atas?
Masih ada masa untuk anda beri pendapat. Silakan...angel

13 comments:

  1. no comment tapi ,

    saya sentiasa sokong akak!
    hahahhahaha:))

    Insyaallah , Elly & fahmi dapat mengharungkan nama MALAYSIA.!!

    ___ bak kata akak kan kat entry neh , pecutan penuh semangat menuju kejayaan

    orang yang tak kenal mat rempit mst berfikiran -ve , tapi kalo dah kenal dengan segala keperibadian mat rempit mesti ada yang ckp
    +ve !!

    tengok elly sekarang?
    dah buktikan!!
    chayokk elly..

    ReplyDelete
  2. Cikyuyu!
    hahhaha... no komen?
    Tapi tu dah komen... kekke...

    betul cikyuyu...
    akak sebagai penulis, cuba nak positifkan perkataan rempit tu sendiri...mungkin ada orang yang akan mencebikkan bibir dan fikir akak terlalu bercita cita besar...

    tapi nilah peluangnya untuk akak cuba agar ia jadi positif... satu Malaysia akan tengok dua budak ni merempit di litar Sepang untuk fight dengan mat mat saleh tu semua...

    ReplyDelete
  3. hahhahaha =D
    tak taw nk commnet tp saya cmmnt juga kan akk?
    adess...

    betul apa yang akak cakap tuh ,
    Insyaallah, nnt ramai yang akan buka mata !!

    ReplyDelete
  4. ape nk ngobrol ye..ermm,korang2 la dulu komen entry kak nora ni.

    sy nk lps hangin yg terbuku ni.

    kak,bgs gak akk positifkan yg negetip ni..haha..
    tp sy tetap x suke pailang jln raye ni,bikin jln raye makpak dia yg punye. da elok2 kasi tol free,men redah je. kang soh bayo tol kang..

    tpkan kak,kalo btl la jiwa dowang sekadar suke motosikal,ubahsuai..tp knape nk bahayekan diri n org lain. Kalo btl2 dia minat kearah tu,p la trek yg betul. mcm Elly tu la kan. pttnye sipailang2 jln raye hrs mencontohi elly tu.

    semmgnye komen ni luahan geram pd sipenunggang2. bukan sume la,adela seten2 manusia tu. seten2 tu dlm base yg sy sndri phm la,mksdnye sebahagiannye.

    kalo sume mcm elly tu kan best(mcm elly skang la)..

    *sll sgt da,bile nek kete,sll motor2 yg x reti base ni ikut bukan laluan dia,cilok sn sni..sp yg x marah. kite yg berhati2 bwk kete pon jd mangse dia. sbb tu la sll penunggang motosikal yg plg ramai nempah maut.

    komen ni mcm x kene ngn entry akk plak kan..mcm merapu plak. besela fobia ngn istilah rempit2 ni

    ReplyDelete
  5. salam.
    topik yang memang hot utk diketangahkan.
    memang betul kak, ramai diantara pelumba negara skrg asalnya dari aktiviti merempit. hatta shahrol yuzy yg merupakan pelumba terkenal negara pon pernah merempit satu ketika dulu.

    jadi harap2 dgn adanya pendedahan tentang rempit ni dapat membangkitkan sisi positif dalam diri budak2 muda skrg sbg panduan dan pedoman.

    bravo kak!

    ReplyDelete
  6. cikyuyu:
    tu la cikyuyu... akhirnya terkomen juga...
    Insya ALLAH dik.. mudah2an masin mulut cikyuyu...

    eya:
    hahaha lama sungguh akak tak dengar perkataan pailang...
    budak2 yang mcm eya cakap tu... mmg bukan mat rempit... tu yang jenis suka cari masalah... kalo dia betul mat rempit yang memang nak berlumba... depa akan usaha cari duit dan masuk line yang betul...
    tu yang eya cakap tu semua mamat2 yang takde jati diri... bukannya nak merempit sangat pun tapi saja nak tarik perhatian nak tunjuk lagak dengan aksi2 stunt mereka tu...
    sebab akak nak budak2 tu contohi macam Elly la yang akak usaha gak buat buku tu... supaya dorang rasa tercabar... bahawasanya dari mat rempit, boleh jadi jaguh untuk Malaysia...
    lagipun pelumba2 pro kat Malaysia ni dulu banyak yang asalnya pupuk minat dari rempit...

    amien7:
    salam...
    hehe... tu gara2 akak tgh hot dengan org yang selalu pandang serong kat rempit...
    masalahnya bukannya dorang tau sangat pun banyak pelumba kita asal dari aktiviti rempit...
    tgk kan, dari merempit mereka develop diri sungguh2 untuk jadi pelumba pro.
    mekasih amien... akak pun harap begitu... semoga orang akan mula menilai semula apa sebenarnya rempit itu..

    terima kasih!

    ReplyDelete
  7. rose, bangchaq akan sentiasa berada di belakang rose..100%..

    ReplyDelete
  8. Kite kene sematkan dlm fikiran masyarakat apa yg dimaksudkan dgn rempit dlm erti kata sebenar...mgkn artikel akak ni akan membuatkan org lebih fhm apa sebenarnya rempit dgn harapan boleh merubah persepsi masyarakat...hehehehehe..mcm lecturer pulak.just share the idea.:-)

    ReplyDelete
  9. salam che rose..
    teringat akak satu istilah yang digunakan oleh Dayangku Intan untuk golongan ini..supernova..maybe boleh dipertimbangkan kut untuk mengelak kecelaruan! hehehe

    ReplyDelete
  10. semekom...gua nak menconteng sikit lu punya kotak komen ni...dari pndangan mata hati gua la kan,mat rempit ni nama aje, positif dan negetifnya terletak pada individu itu sendiri samada perempit mahupun masyarakat umum.
    contohnya,
    Mat rempit sendiri yang meletakkan dirinya daripada kelakuan positif mahupun negetif.
    Dan orang awam melebelkan mereka ini cenderong pada positif atau negetifnya apabila melihat kelakuan mereka...
    so...positif ke negetif diaorang ni sebenarnya??? ikut korang la...huhu =))

    ReplyDelete
  11. bangchaq:
    huhu... bangchaq la big bro kesayangan saya... mekasih selalu sokong saya... pasni saya tak payah risau dah kalo tumbang, pasai bangchaq selalu ada kat belakang... :))

    Ilyah:
    tengkyu Ilyah 4 sharing that idea...
    alaa... yang selalu komen negatif tu bukannya dorang faham pun pasal rempit ni... :D

    Kak Nik:
    wuuu... supernova? gempak giler istilah tu... :)) kalo saya ni ada kuasa, lama dah saya taruk dalam kamus... :))

    is selamba:
    amboii lu punya statement... :))
    gini jelah is... gua rasakan... biarlah mat rempit tu selamba je asalkan dia tak buat dose... haha... amacam? ada bran cabar statement akak? :))

    ReplyDelete
  12. Ada sorang member pernah tanya pada gua..

    Dia tanya gua apa maknanya rempit. Gua geleng kepala. Sebab subjek tu takde kena-mengena dengan gua. Gua pun bawak motor laju-laju jugak tapi gua tak rasa gua perlu ambik tau makna rempit mengikut kamus permotoran.

    "Kau pernah tengok cerita Remp-It? Itulah dia makna sebenarnya.."

    Gua menung kejap. 'Remp' dalam istilah permotoran lebih kurang sama maksud dengan 'bakar line' atau pulas throttle minyak motor dengan gear yang sengaja di'free'kan..

    Jadi Remp-It bermaksud 'Bakar linelah' atau 'Pulaslah throttle itu kuat-kuat!'..

    Macam pelik je bunyinya?

    ReplyDelete
  13. Tak pelik aih.. kalo ikut istilah permotoran betullah tu...

    Nak merempit ni bukan main rempit je...

    Kena tau bila masa nak tukar gear, bila masa nak guna brek. Maksudnya, supaya tak hilang speed, maintain pada rpm yang tinggi. Throttle arts pun kena ada juga, maksudnya, nak pulas minyak pun kena ada caranya... jangan main bedal saja.

    Tapi kalau pulas throttle masa gear sengaja difreekan... tu dah bukan throttle arts namanya tapi tu memekak dan nak kene baling ngan kayu! :))

    Cuba 'bakar line atau 'remp' masa gear tinggi... haa... tu baru Remp-it namanya! :))
    Masa tu baru rasa alive with adrenaline!

    pergghh... tetiba gua rasa macam perempit sejati...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016