Friday, July 10, 2009

Elly Antara Finalis MotoGP WildCard

Petikan berita dari : MALAYSIAN CUB PRIX
Elly, Iskandar, Farid dan Zulfahmi Finalis MotoGP Wildcard

Dua pelumba kategori Expert dan dua pelumba kategori Novis, Elly Idzlianizar Ilias, Md Iskandar Raduan, Md Zulfahmi Khairuddin dan Md Farid Ahmad merupakan individu-individu yang dipilih sebagai empat finalis terakhir yang akan meneruskan penglibatan mereka di dalam program MotoGP Wildcard Malaysia 2009.

Pengumuman kejayaan mereka merangkap finalis diumumkan semalam di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (Trek Selatan) (SIC).

Pelumba-pelumba ini dipilih daripada sebuah kumpulan yang terdiri daripada 17 pelumba yang menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS dan dua pelumba daripada Kejuaraan Super Series Bikerz Mag 150cc.

Empat pelumba tersebut telah berjaya mengharungi ujian selama tiga hari daripada Mei 14, 2009 di Litar Sepang di mana mereka diuji dan diberi penilaian berdasarkan skil dan teknik mereka menunggang jentera Yamaha 125cc.

Kini mereka akan bersiap-sedia untuk mengharungi sesi latihan yang komprehensif di SIC di bawah bimbingan bekas pelumba MotoGP dan pengurus pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing, Shahrol Yuzy.

Dan sebelum sesi kelayakan (GP test), dua finalis tersebut akan menjalankan latihan lanjut di bawah naungan Ongetta daripada Team ISPA.

Sesi latihan tersebut akan berlangsung selama dua bulan dan dua pelumba akan dipilih untuk mewakili Malaysia di dalam kategori 125cc Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia Oktober ini.

Program MotoGP Wildcard ini merupakan usahasama diantara Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) dan kumpulan-kumpulan sukan bermotor Motorsports Association of Malaysia(MAM), Automobile Association of Yamaha (AAM), Two Wheels Motor Racing (TWMR), Moto Millia dan Hong Leong Yamaha.

Elly di dalam Kejuaraan Cub Prix mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Ah Hong, manakala Iskandar mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline. Farid dan Zulfahmi pula mewakili pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing di dalam kategori Novis.

Issued by: Global PR Sdn. Bhd.
Copyright: Safe Aim Mutual Sdn. Bhd.

2 comments:

  1. Tahniah Elly!!
    dapat jadi finalis MotoGP Wlidcard!!

    ReplyDelete
  2. cikyuyu, harap2 elly terpilih untuk race Moto GP bleh akak sambung buku jadi 'Dari Juara ke MotoGP' ;))

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts