Friday, 3 April 2009

Harga diri seorang perempuan...

April 03, 2009
Lama sungguh aku tak bersembang dengan kawan-kawan alam maya semenjak sibuk tak ingat dunia ni. Baru hari ni dapat meluangkan masa menjelajah alam maya. Bukan tak ada kerja, tapi aku perlukan rehat sebelum sambung kerja . Dek kerana dah lama tinggalkan ruang chatting, macam-macam ceritalah yang keluar dari kawan-kawan.
Satu cerita yang paling buat aku angin dengan kaum sejenis, pasal perempuan bernama 'A'. Aku tak kenal dia. Tapi selalulah nampak dia kat ruang tu. 'A' ni khabarnya dah kawin dan ada baby girl sorang. Kerja apa tak tau tapi katanya suaminya sering ke oversea. Gambarnya pula sekejap bertudung sekejap tidak.
Agaknya sebab sunyi sering ditinggalkan suami, itulah dia selalu ada chatting dengan orang itu dengan orang ini. Terbaru dikatakan jatuh cinta dengan lelaki yang agak muda dari dia. Si lelaki ni pun aku kenal cuma jarang berbual. Lelaki kan... mana nak tolak kalau perempuan cantik merengek-rengek dengan ayat ala-ala manja gitu . Tak pedulilah dia bini orang ke apa janji layannnnn!
Tup-tup katanya kata kawan-kawan kat situ mereka dah clash. Pasal apa tak tau. Tapi si 'A' ni macam meroyan. Berkawan dengan sesiapa sahaja yang baik dengan lelaki itu. Dengan harapan dapat mencungkil apa yang lelaki tu sedang buat, dia kat mana dengan siapa. Dan kalau lelaki tu baik dengan perempuan lain, dimarahnya perempuan itu dengan kata-kata kesat. Aduhai...
Yang tak sedapnya, ada kalangan teman cyber tu kata dia 's**dal'! Pernah dia marahkan seorang kawan baik lelaki itu kerana tak mahu bekerjasama memberikan nombor telefon baru si lelaki. Katanya, 'lelaki tu dah dapat apa yang dia nak!'
Dalam fikiran anda... apa dia? Aku cuma mampu geleng kepala. Murahnya harga diri 'A'. Tidakkah dia ingat dia itu isteri orang? Tidak cintakah dia kepada suaminya? Mungkin juga suaminya tak cintakan dia... mungkin juga suaminya ada pasang perempuan lain di luar negara. tetapi kenapa mudah menyerah diri kepada lelaki yang baru dikenali? Lelaki... rugi apa? Lagi pulak kalau bujang trang tang tang. Habis madu, takkan nak kumam lagi sepah tu... ye dak? Lelaki mengayat sikit dengan kata-kata manis, dah terpeleot hati, tergadai body.
Automatik aku memang menyampah melihat nickname perempuan itu pun . Sayang... dikurniakan Tuhan rupa paras yang cantik tapi akalnya pendek...
Betul, niat tidak menghalalkan perbuatan. Tapi kalau dah bersosial di alam maya itu dengan niat untuk flirting... maka mudahlah terjebak ke lembah maksiat. Nauzubillah...

Thursday, 2 April 2009

Setiap Jumaat

April 02, 2009

Hari Selasa baru-baru ni, aku bertapa di ofis NBKara... macam biasa mengheret Kak Lily sekali. Tugasan aku beberapa design. Takut jugak rasanya... aku ni macam biasalah... sentiasa takut nak menunggu hasil kerja ... takut tak cantik... takut result print-out nanti tak memuaskan...macam-macamlah. Tapi sekurang-kurangnya rasa lega sebab dah siapkan kerja untuk NBKara . Harap-harap tak ada masalah... dan berjalan lancar.
Ini tiga novel hasil design yang aku buat. Alhamduillah... walaupun bukan 100% sempurna, tapi aku lega bila dah keluar membaluti buku-buku tu.
Dan semalam, aku terjebak dengan Setiap Jumaat. Asalnya membaca kerana tak boleh nak on PC sebab guruh berkumandang di langit. Jadi aku pun bermalas-malas membaca novel . Tapi Setiap Jumaat dah mengikat aku dari jangan berganjak. Sudahnya, aku tak masak! Mujur hubby yang balik kerja tak marah tengok aku tekun membaca. Mujur hubby ajak keluar pergi pasar malam.
Aku pulak macam tak percaya boleh habiskan baca novel setebal S.J. Maknanya apa? Maknanya best lah ! Manisnya secukup rasa, sedihnya mampu buat aku bergenang airmata. Tak reti nak huraikan sebab takut nanti ada yang kata aku nak membodek Norhayati Berahim lak. Tapi sesiapa yang kenal aku memang tau perangai aku yang susah nak habiskan baca novel, dan aku biasanya berterus-terang kenapa aku tak abis baca. Tapi semalam, aku tutup Setiap Jumaat dengan perasaan puas hati. Bertambah puas hati sebab cover tu aku yang buat ! Rasa hero kat cover tu memang 'Ultraman' dalam Setiapa Jumaat. Sesekali rasa berada di awangan-awangan, apa salahnya... jangan aku riak sudah!
Oh ya, sesapa yang nak hadiah istimewa dari Norhayati Berahim, sila baca Setiap Jumaat, atau rujuk http://norhayatiberahim.blogspot.com/

Kalau aku jawab soalan tu, sure aku menang sebab terlampau suka Setiap Jumaat... hahaha...

MSC

April 02, 2009

PETIKAN Dari : ++http://inanazri.blogspot.com/++
Membaca memang hobi aku..dah berderet anak pun memang aku sentiasa mencuri waktu membaca. Anak-anak aku dah faham sangat dengan mama dia ni. Ada masa kalau novel tu mampu membuat aku 'tak selesa', pasti sampai 4 pagi aku tekuni ia hingga selesai baru aku tidur!

Aku dah lama baca novel ni tapi tak sempat nak komen. Hari ni, badan aku tak berapa selesa, satu badan macam kena belasah jadi aku baca novel ni semula sekadar untuk mengisi masa rehat sebentar.

MULANYA SATU CINTA satu novel yang berjaya menutup hati aku dari mengatakan novel cinta melayu hanyalah novel murahan. Aku suka cara Rose Harissa menggarap cerita ini. Ia nampak macam cerita biasa tapi Rose Harissa mencipta ia hingga menjadi satu cerita yang luar biasa menarik. Kenapa aku cakap macam tu ek? Bahasanya bersahaja dan memang 'menangkap'. Dia bijak mengadun ayat dan kata hingga menjadikan ia satu cerita yang lengkap dengan asam garamnya. Ada pengisian ilmu yang boleh dikongsi. Perbalahan antara Ezli dan Iryanie buat aku tersenyum. Aku suka adegan gaduh-gaduh sayang macam tu, main letak nota kat peti sejuk. Manja bukan main. Rose Harissa mampu membuat aku duduk diam-diam sambil mengulum senyum bila membaca novelnya.

Ezli mempamerkan sikap matang seorang lelaki selepas dia kecundang buat pertama kali dalam rumahtangga. Faridah adalah ibu yang peka akan perasaan dan lengguk anaknya. Iryanie bagai penyelamat dalam kemelut hidup Ezli yang tidak boleh berenggang dari Afizan,anaknya kerana Faridah berkeras mahu pulang ke kampung. Faridah mengambil inisiatif dengan mengiklan kerja sebagai pengasuh cucunya. Kemunculan Iryanie dalam keluarga kecil itu umpama terbit matahari pagi. Nyaman dan menyegarkan.

Sayang tidak boleh dipaksa, cinta hadir bukan disuruh. Ezli mengalah kepada ego lelakinya yang prejudis kepada wanita. Iryanie berjaya membuka hatinya yang ditutup kejap dari kehadiran cinta. Keciwa yang panjang membuat dia begitu fobia untuk berdamping semula dengan insan cantik bergelar wanita.

Afizan,anak lelakinya begitu menyayangi Iryanie. Dalam diam Iryanie berjaya meraih sayang dari keduanya malah bonus untuknya kerana ibu Ezli juga menyenanginya. Ezli mula terpikat dengan Iryanie bila melihat hubungan mesra Afizan dan Iryanie. Nak pikat lelaki pikat hati anaknya dulu..wahh..peribahasa baru ni.

Namun ia bagai igauan ngeri bila bekas isterinya menuntut haknya sebagai ibu kepada Afizan. Bertambah sakit bila Iryanie berkawin dengan bekas abang iparnya sendiri, Zamri.

Apa kesudahannye ye.....cari dan beli novel ni..baru puas hati membacanya.
chaiyook..
APAPUN..JGN TINGGALKAN MENGHAYATI AL QURAN...

*******************
terima kasih banyak2 Ina!

Friday, 27 March 2009

EVOLUSI ELLY

March 27, 2009


Pagi ni, mata aku terbeliak melihat cover kiriman saudara Ikram (PTS) yang diforwardkan juga kepada Paulynne Malaysian Cub Prix. Kata saudara Ikram, buku ini akan dihantar cetak esok. Aku suka cover ni, sentuhan saudara Zaidi (PTS) memang tak pernah mengecewakan berdasarkan cover-cover lain sentuhannya yang pernah aku tengok di PTS. Tak sedar, airmata aku mengalir . Lama aku merenung cover ni sambil kepala duk ingat balik macam-macam dugaan masa nak hasilkan buku ni . Yang mungkin pada orang lain melihat buku ini taklah tebal, akan merasakan ia senang dihasilkan.
Tapi Tuhan Lebih Tahu apa yang aku rasa . Bak kata Kak Lily, buku yang penuh airmata . Sebab tulah tadi, lepas sedar dari lamunan (ewahhh) aku terus call kak Lily bagitahu pasal buku. Alhamdulillah... rasa terlerai segala jerih . Sebab aku ingin jadi macam Farhana (Rempit vs Impak Maksima) yang berusaha nak ketengahkan nilai positif mat motor. Tapi sebab aku tak kaya macam dia, maka aku hanya mampu tulis buku sahajalah. Mudah-mudahan hasil tulisan tak seberapa aku ni dapat memberi 'sesuatu' kepada kalangan mat motor mahupun mat rempit.
Syukur tak terhingga kepada ALLAH...
Aku pilih tajuk Evolusi Elly kerana aku sukakan kereta Evo... hehe... lagi satu kerana melambangkan perubahan. Dari yang buruk kepada yang baik. Harap ia berguna kepada semua lapisan pembaca . Insya ALLAH Taala, buku ini akan berada di pasaran sekitar April nanti.
Inilah mood aku sekarang...

Thursday, 26 March 2009

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016