Monday, 20 July 2009

Tajul Aweera

July 20, 2009

Nama Penuh : Tajul Aweera bin Tajul Arifin
Umur : 28 tahun
Keturunan : Melayu - Siam
Profession : Creative Art Director (Advertising)
Hobi : Duduk rumah, tidur, tengok TV, tengok iklan.
*Simpan rambut panjang sebab nak ikut sunnah Nabi.
Nama isteri : Sari Ayu binti Usman


Besar harapan aku nak tengok dia ni duduk sebaris dengan hero-hero lain kat atas tu. Tapi boleh ke? Ervan Prima Sakti pun ceritanya masih separuh untuk disiapkan. Bila aku dah tak ada idea dengan Ervan, aku duduk hadap Aweera pulak... haha...
Sedaya upaya aku akan realisasikan dua hero ini supaya dapat duduk kat kotak hero-hero tu... mudah-mudahan berjaya. Amin!

Sunday, 19 July 2009

Bermisai itu hensemkah?

July 19, 2009
Mata aku ni jahat tau... kalau keluar jalan-jalan dengan hubby mata ni suka perhatikan orang sekeliling terutama masa tengah makan. Mulalah mata ni nak melilau pandang sini sana. Tapi tahu tak, dengan memandang sekelilinglah kadang-kadang dapat idea untuk cipta watak novel terutama kalau ternampak manusia yang hensem dan juga lawa .
Tapi selalu juga nampak perkara-perkara yang buat aku ketawa, tersengih, juga sampai tak tertelan nasi... nak tau apa dia?

"B, lelaki kalau bermisai, kalau makan apa-apa kena kat misai dia camna ha?"
"Laplah dengan tisu..."
"Tapi saya tengok mamat tu, makan aiskrim kena kat misai dia pastu selamba je dia jilat balik!"

Huwaaaa... hubby pandang aku dengan muka berkerut terus toleh tengok ke belakang. Aku sudah pekup mulut tahan ketawa. Bukan hendak mengaibkan. Tapi tolonglah, makan di tempat terbuka buat perangai macam tu, iskkk... muka hensem pun terus jadi tak hensem pada pandangan mata aku. Lelaki bermisai tidak pernah 'hensem' di mata aku .
Jadi itulah sebabnya, hero-hero aku semuanya tidak bermisai termasuklah hubby. Habis kuat pun cuma berkumis tipis yang macam tumbuh tak tumbuh aje tu.
Jadi, bermisai itu hensemkah? Hmmm... tepuk dada, tanyalah selera sendiri ya...

'Lelaki yang seksi adalah lelaki yang bersih dan wangi'
~CMDH 2008~

Wednesday, 15 July 2009

Pyanhabib... dan tiba-tiba...

July 15, 2009
Pyanhabib...
Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku...
Lama dulu zaman-zaman jadi student Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) pernahlah jumpa dia. Sempoi...

Tapi itu lama dulu la... pada zaman-zaman aku ingin nak jadi arkitek bukan menulis seperti sekarang.

Tadi dengar nama Pyanhabib dari Kak Lily dan Asma PTS...

Aku rasa nak hantuk kepala...
Terus terhenti taip Projek Diet Ain Maisarah akibat kecut perut...
Terus bukak balik manuskrip novel...
Tiba-tiba rasa nak tukar cerita...
Tiba-tiba rasa cerita aku tak sampai target!
Tiba-tiba rasa nak jadi orang sastera dan berpuitis...
Tapi aku sedar diri TAK MAMPU!

Tiba-tiba rasa gabra sangat-sangat...
Tiba-tiba rasa nak tukar profession lagi,
tak nak jadi penulis dah tapi jadi tukang masak sepenuh masa!



nota kaki : Di kala ini aku sedang meroyan di depan PC!

Friday, 10 July 2009

Elly Antara Finalis MotoGP WildCard

July 10, 2009
Petikan berita dari : MALAYSIAN CUB PRIX
Elly, Iskandar, Farid dan Zulfahmi Finalis MotoGP Wildcard

Dua pelumba kategori Expert dan dua pelumba kategori Novis, Elly Idzlianizar Ilias, Md Iskandar Raduan, Md Zulfahmi Khairuddin dan Md Farid Ahmad merupakan individu-individu yang dipilih sebagai empat finalis terakhir yang akan meneruskan penglibatan mereka di dalam program MotoGP Wildcard Malaysia 2009.

Pengumuman kejayaan mereka merangkap finalis diumumkan semalam di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (Trek Selatan) (SIC).

Pelumba-pelumba ini dipilih daripada sebuah kumpulan yang terdiri daripada 17 pelumba yang menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS dan dua pelumba daripada Kejuaraan Super Series Bikerz Mag 150cc.

Empat pelumba tersebut telah berjaya mengharungi ujian selama tiga hari daripada Mei 14, 2009 di Litar Sepang di mana mereka diuji dan diberi penilaian berdasarkan skil dan teknik mereka menunggang jentera Yamaha 125cc.

Kini mereka akan bersiap-sedia untuk mengharungi sesi latihan yang komprehensif di SIC di bawah bimbingan bekas pelumba MotoGP dan pengurus pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing, Shahrol Yuzy.

Dan sebelum sesi kelayakan (GP test), dua finalis tersebut akan menjalankan latihan lanjut di bawah naungan Ongetta daripada Team ISPA.

Sesi latihan tersebut akan berlangsung selama dua bulan dan dua pelumba akan dipilih untuk mewakili Malaysia di dalam kategori 125cc Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia Oktober ini.

Program MotoGP Wildcard ini merupakan usahasama diantara Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) dan kumpulan-kumpulan sukan bermotor Motorsports Association of Malaysia(MAM), Automobile Association of Yamaha (AAM), Two Wheels Motor Racing (TWMR), Moto Millia dan Hong Leong Yamaha.

Elly di dalam Kejuaraan Cub Prix mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Ah Hong, manakala Iskandar mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline. Farid dan Zulfahmi pula mewakili pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing di dalam kategori Novis.

Issued by: Global PR Sdn. Bhd.
Copyright: Safe Aim Mutual Sdn. Bhd.

Friday, 3 July 2009

BULAN PUASA MANA ADA HANTU

July 03, 2009
Setiap kali kena buat artikel misteri untuk APO? bumper puasa dan raya... aku mesti rasa nak hantuk kepala ke dinding... aduiii ... bulan puasa mana ada hantu ya dak ? Yelah, hantu syaitan, jin semua dah kena ikat... kalau masih ada 'hantu' di bulan puasa, maknanya kitalah hantu itu! Hahaha...
Tapi mujurlah, ALLAH masih bagi idea kat aku. Ini pun Sya dah telefon kata abang Pet nak 4 artikel puasa dan 4 artikel raya... huahuahua... Malam ni pulak nak balik kampung untuk kenduri jemput menantu adik aku tu... dui dui... jadual aku sungguh sangat ketat sekarang ni... Jadi aku tinggalkan blog buat sementara waktu dengan cerita "Bulan Puasa Mana Ada Hantu" APO? isu 118 (bumper Raya 2003). Sampai jumpa lagi...
(klik untuk baca)
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016