Friday, 1 May 2009

TUHAN LEBIH TAHU

May 01, 2009
Salam... Alhamdulillah... aku lega sebab banyak dapat respon positif dari sesiapa sahaja yang telah membaca novel Tuhan Lebih Tahu. Terima kasih juga kepada yang telah membuat teguran kesilapan dalam TLT. Aku memang ambil berat pasal ni . Tapi kali ni aku tak berhajat nak menampal komen-komen tersebut. Cumanya aku nak tampal satu komen ni sebab rasa ia istimewa kerana bukan review dari pembaca perempuan. Ha... bukan senang nak jumpa pembaca lelaki yang sudi baca novel cinta ni. Terima kasih kepada Azrin. Kak rose hargai komen Azrin tu.

Review : Tuhan Lebih Tahu

salam buat semua..akhirnye setelah bertungkus-lumus menelaah novel Tuhan Lebih Tahu.. mlm td aku berjaya khatam membacanye...hehehe...sebelum mbacanye, penulisnye Kak Nora Ismail (Kak Rose Harissa) berkali2 mengingatkan mungkin aku xbleh masuk dgn cerita nie kerana ia agak melankolik dan serius sedikit...erm, "sy xkesah kak.." hehehe..ok jo kite review TLT nie...
TLT ini pd mulanya berkisahkan ttg dua sahabat baik iaitu Rina Azia dan Hazry Izhar...hubungan mereka sgt mesra dan ada masenye melampaui batas pulak...kemudian muncul pulak teman chatting Rina iaitu Wan Azfarel...Wan Azfarel ini sangat mencintai Rina biarpun mereka hanya bertemu di ruangan maya shj..dan apabila mereka mula bertemu Rina juga mempunyai perasaan terhadap Azfarel...sehinggalah satu peristiwa hitam yg telah meninggalkan kesan yg amat mendalam pd diri Rina...Hazry telah memperkosa Rina dan kemudian dibelenggu rasa bersalah sehingga melarikan diri ke luar negara..
saat tu aku marah pd Hazry dan amat kasihan pd Rina..namun mujurlah!muncul Wan Azfarel yg sudi mengahwini Rina...
enam tahun mereka hidup bahagia dan mempunyai seorg ank bernama Ikhzal ttp mak rina xmnrima dan memarahi mereka suami isteri...dan kemunculan semula Hazry mengocak ketenangan rumah tangga mereka..Hazry yg mula menyedari bhw die menyintai Rina dan rase cinta itu bertambah apabila mengetahui bahawa Ikhzal merupakan ank die bersama Rina..
dan saat nie pelbagai konflik muncul dan adakalanya Azfarel ragu2 terhadap cinta Rina padanye..
kesetiaan Rina teruji apabila penyakit lama Azfarel muncul kembali dan disebabkan penyakit itu Azfarel telah mengalami kemalangan juge..Rina setia disisi Azfarel walaupun peluang utk suaminye hdup adalah 50-50...Hazry juga menguji ksetiaan Rina apabila terang2an mahu mengahwini Rina..tp kesetiaan Rina tiada tolok bandingnya..dan kesetiaan Rina terbalas apabila akhirnye Azfarel sedar...dan kesudahan yg amat baik apabila akhirnya Azfarel yg dijangkakan lumpuh akhirnya boleh berjalan walaupun menggunakan tongkat...ha!semasa Azfarel koma juga Rina selamat melahirkan anak lelaki yg diberi nama Wan Mohammad Alif...kesudahan yg amat manis...apabila Elisha (watak antagonis) telah insaf namun selepas itu dia meninggal dunia..Hazry juga telah bertemu dgn wanita pilihan setelah menyedari cinta Rina hanya untuk Azfarel seorg..
Kak Rose berjaya bermain dgn emosi..adakalanya aku rase marah sgt, adakalanya pula aku rase terbuai2...rase sedih jugak ader dan ader jugak rase kagum..tp aku amat kagum pd Azfarel dan Rina..kak Rose bijak bermain dgn emosi pembaca,,sehingga aku yg lelaki ini turut berasa sebak dan ada kalanya bg mahu menangis..tahniah kak Nora eh..kak Rose..moga terus menghasilkan karya yg baik lg..TLT mmg da bez..

****************************************
Oh ya, sekarang ni aku tengah siapkan cabaran dari Mr Anthony (UK). Katanya syarikatnya akan bayar dalam USD. Walaupun begitu, tidaklah sampai aku mampu beli Evo dengan bayaran tu. Cumanya aku ambil peluang ini untuk kembangkan bakat ke luar negara walaupun hanya berurusan di alam maya. Hubby pulak dah duk usik aku, katanya nanti-nanti dia kene buat pasport sebab manalah tau nanti ada pameran kat UK . Huh, lawak hari Jumaat. Syarikat tu dah pun hantar satu gambar yang sangat mencabar tangan aku, sebagai membuktikan aku boleh kepada mereka, sebelum buat apa-apa keputusan lanjut. Adui... rasa nak nangis aje lukis gambar tu . Tapi aku yakin boleh.


Monday, 27 April 2009

MHI

April 27, 2009


Bila diberitahu oleh Roslan, PR dari PTS bahawa hos MHI adalah Mazidul Akmal Sidek, aku dah cuak. Balik dari PWTC semalam, aku beritahu hubby. Habislah... mesti kena provok dengan soalan-soalan mencabar minda.
Jam 5 pagi dah bangun. Bersiap ala kadar sebab memikirkan akan dimekap di konti nanti. Sebelum keluar, sempat alas perut dengan roti dan secawan nescafe yang diiklankan sebagai antioksidan oleh Maya Karin! ! Bertolak keluar jam 6.25 pagi. 6.45 dah sampai Sri Pentas. Dalam hati berdoa supaya jangan migrane. Sebab mata memang rasa senak tak cukup tidur, tulang belakang rasa sakit. Penat menyain buku di book fair belum hilang. Sungguh, sebab aku tak sangka sambutan pembaca di NBKara sangat meriah. Terkejut juga bila tengok TLT hanya tinggal sederet di rak buku daripada berkaton-katon stok yang diangkut Pak Seyit. Lega juga bila melihat masih ramai yang mahu membeli SDH a.k.a novel epal hijau. Alhamdulillah...
Oh ya, berbalik kepada topik kita tentang MHI, rupanya sampai di situ, sekadar di touch up sahaja. Alamak... mestilah muka yang teruk ini nampak makin teruk. Tak apalah. Fokus nak promote buku bukan nak masuk pertandingan ratu cantik pun. Masuk ditemuramah Mazidul, bertiga dengan Paulynne dari Malaysian Cub Prix dan Elly. Sekejap aje segmennya. Tak dapat nak cakap panjang-panjang. Lagipun lepas tu turn kumpulan Search. Mujur tak minat kat diorang. Sempat bergambar dengan Wardina yang tinggi lampai dan cantik lawa tu je .
Sarapan beramai-ramai dengan Ikram (PTS), Roslan (PTS), Cikgu Ilias. Sempat bersembang sakan dengan Mazidul. Hmm... terkejut juga sebenarnya bila berdepan dengan Mazidul ni. Agaknya kena buat pepatah baru, don't judge the people from the screen ( jangan nilai orang dari skrin TV) hahaha... sebab Mazidul sungguhlah sempoi, kelakar dan selamba je. Tak sombong macam sesetengah hos TV yang aku jumpa...
Masa nak balik ke rumah, dapat SMS dari adik, Ik komplen kenapa muka mama nampak tua? Kenapa mama tak pakai lipstick? Huwaaaa... tensennya aku! Budak tu kecik-kecik dah pandai komen macam-macam. Harap-harap nanti Roslan dapat emelkan copy rakaman tu nanti. Nak kena belajar skill bercakap dengan terang dan jelas macam Mazidul...
Tapi tak apalah...yang penting hajat aku nak ketengahkan Evolusi Elly dah tercapai. Dan tak sangka sebenarnya, Evolusi Elly pun ada di highlight dalam program Scoreboard, Jumaat lepas . Kena pulak Elly dan beberapa pelumba lain dah jadi duta untuk program Road Safety. Tak sempat nak bertanya lanjut pasal program ni. Tapi kedengaran sangat bermanfaat.
Hmm... lega! Sekarang masa untuk aku rehat dan mulakan kerja-kerja baru. Lagipun tadi dengan bangga Ikram cakap kat semua, kalau boleh dia nak aku tulis 5 buku setahun dengan PTS. Hahahaha! Mampu ke aku? Banyak 'hutang' nak kena bayar ni... Kita tunggu dan lihat sajalah...




Saturday, 25 April 2009

GAMBAR SEKITAR PROMOSI BUKU ELLY, SEMALAM, DI PTS

April 25, 2009


Kalau ditanya, sejujurnya memang aku takut sangat memikirkan pasal program promosi ni. Aku luahkan pada Ikram dan Nisaak. Kebetulan, aku berpeluang bersua muka dengan Puan Ainon. Sungguh, tak sangka, Puan Ainon, begitu ramah, genggaman tangannya erat, cakapnya lemah lembut dan cukup sopan. Aura 'motherly figure' begitu terserlah dalam perwatakannya .
Aku terus-terang beritahu padanya aku takut. Pujuk beliau, jangan takut, benda baru memang macam ni. Apa lagi yang boleh aku cakap. Seronok dapat berbual dengan Puan Ainon. Terharu mendengar semangat yang diberikan oleh beliau. Sebelum naik ke booth NBKara, sebelum berpisah, sekali lagi kami bersalaman, dengan genggaman yang erat, beliau menitipkan pesanan yang membuatkan aku teruja. Hehehe... rahsia... hanya Kak Lily yang tahu !


Kehadiran Elly lewat dalam 10 minit sebab susah cari parking dan dia tersesat. Cikgu Ilias sempat menghulurkan bingkisan dari Kak Ta . Susah-susah aje. Kedatangan otai kapcai, Wazi Abdul Hamid dan Che' Zamri (Ba'e) memeriahkan suasana. Paulynne dari Malaysian Cub Prix telah bersusah payah membawa masuk motosikal Elly dan program Cub Prix dari TV3. Sorakan dan tepukan semangat oleh warga-warga PTS, dengan kesungguhan Ikram mempamerkan skill bercakapnya, tambah menghangatkan suasana. Kehadiran Puan Ainon di sisi, sepanjang program berlangsung, menghilangkan gementar yang aku rasa. Bagusnya, orang tak mintak signature aku , sebaliknya terus mintak signature Elly, Wazi, Ba'e dan Ikmal (Elly Jr. ).
Selepas aku diinterview oleh TV3, barulah rasa lega. Sangat-sangat lega

Isnin 27 April Jam 7.30 pagi TV3

April 25, 2009
Petikan dari laman Universiti PTS



Tarikh: 27 April 2009 (Isnin)
Rancangan: Malaysia Hari Ini (MHI), TV3
Masa: 7.30 pagi
Buku: Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara
Blog penulis: roseharissa.blogspot.com
Saksikan Pemenang Kategori Expert, Cub Prix, Elly Idzlianizar dan penulis buku, Rose Harissa live di MHI, TV3.
Nantikan juga kemunculan motor bertuah Elly dan para rakan Cub Prix.

******************************

Terima kasih banyak-banyak Puan Ainon... untuk pertemuan bermakna semalam!

Thursday, 23 April 2009

HERO BARU

April 23, 2009

Sebenarnya ni hero untuk citer lain. Tapi tetiba dapat idea lain... dan rasa hero ni lebih sesuai dengan citer yang ini... maka tukar lagilah jawabnya . Bila nak siap? Entah! Saja gatal tampal gambar hero buat inspirasi...
Yang benarnya, banyak 'hutang' aku kena langsaikan. Jawabnya lepas pesta buku nanti, bertapa lagilah aku... hmmm...
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016