Tuesday 9 December 2008

Rahsia Agenda Alam Hitam II - VAMPRHA


Akhirnya... aku berjaya juga menyudahkan pembacaan RAAH II pada saat kepala otak aku sendat dan buntu. Apa rasa aku? Ha... ni nak citer la ni kepada sesiapa yang berminat nak tahu. Setelah membaca dua karya Zehann yang terdahulu... tahulah aku bahawa aku memang sukakan cara penulis ini. Kerana Zehann pandai twist cara bercerita mengikut latar dan keadaan cerita dalam novel-novelnya. Maksudnya, jangan sangka Zehann akan bercerita dengan gaya yang sama dalam setiap novelnya. Inilah kelainan Zehann. Kalau membaca RAAH 1 macam rasa membaca hikayat lama... tetapi membaca RAAH II dah lain sikit... gaya bahasa jadi moden sedikit... sesuai dengan zaman yang berubah dalam latar ceritanya.

Tetapi untuk kurang lebih 100 mukasurat pertama, aku membaca dengan gaya speed reading... bukan apa... sebab tercari-cari hero pujaan : Massurya Syah... hahaha! Kerana awal-awal cerita lebih kepada watak Juan Kilaninta (abang sedarah Massurya Syah). Awal 100 ms ini pun terasa macam menonton filem ala-ala Van Heilsing. Tak caya? Bacalah sendiri... Zehann memang superb bab menggambarkan kekejaman keangkuhan Juan Kilaninta.
Membuatkan aku lak yang berkobar-kobar nak menyiapkan cerita perang bunian aku tu... tapi... aku ni cakap je lebih... belum apa-apa dah tersangkut di ms 150. Tak berganjak dari dulu...

Sebaik sahaja watak Massurya Syah muncul... barulah aku membaca dengan teliti... gedik sungguh . Bukan apa... kalau dalam RAAH 1 agak kecewa kerana wataknya muncul di hujung cerita... kali ini puas hati. Biasala... aku ni jenis baca novel nak kena watak hero muncul sepanjang masa... Ada beberapa bab yang buat hati aku tersentuh. Perasaan tu sekejap saja tetapi cukup meruntun... terutama bila part Massurya terkenangkan arwah guru merangkap ayahanda angkatnya, Syeikh Ibrahim Al Hasan. Termasuk juga part dia termimpikan arwah ibunya, Seri (yang tak sempat dia tengok sebab Seri meninggal masa nak lahirkan dia) semasa pengsan selepas tumbang bertempur. Aduhai... sendu rasanya


Kisah pergolakan antara dua beradik sedarah dari Alam Hitam. Si Juan nak merampas takhta Alam Hitam... Massurya pulak nak merungkai rahsia diri yang menjadi persona non grata a.k.a mufrad dalam kaumnya sendiri.
Dalam pengembaraannya sampai bertemu dengan anak murid bernama Ibrahim, Massurya tak dapat lari dari diminati perempuan... hahaha... siapalah yang tak jatuh cinta pada Massurya walaupun dia sedikit pelik. Baik perempuan bernama Leela mahupun anak penguasa alam Hitam bernama Mahaseetha. Tak banyak sangat sentuh part2 minat-meminati ni tapi cukup manis.

Sebenarnya aku dah agak Rappu yang kononnya nak jadi hamba Massurya tu mesti jelmaan dari Alam Hitam. Penamat cerita dah tentulah yang baik akan menang kan? Cumanya cara yang disampaikan oleh Zehann berbeza... sebab, ingatkan lepas si Juan mati, tamatlah ancaman terhadap Massurya... rupanya ada lagi... si Maha Phra Sangkhawat atau The Dark Doyen. Lepas kematian penguasa tertinggi ni, Massurya berubah jadi tua sikit... mata pun dah jadi mata manusia biasa... yang pasti tetap hensem serta penuh karisma yang memikat hati! hahaha!

Aku tak pandailah nak ulas lebih-lebih... cukup aku katakan, RAAH II sangat istimewa dan Massurya Syah sebagai hero sangat lain dari yang lain... mistik, hensem, cerdik, tangkas... dan banyak lagi. Karektor, kostum dan makhluk-makhluk dalam siri RAAH digambarkan dengan begitu teliti... jadi untuk pembaca yang suka berimaginasi macam aku ni, mudah saja dapat menvisualkan segala dalam kepala.

Cuma satu yang aku nak luahkan... sayang... cerita sebagus ini tak ramai orang tahu sebab hasil-hasil karya Zehann sebelum ini memang sedia maklum oleh kalangan peminat tegarnya, susah sangat nak dapat di pasaran. Harapnya lepas ni, Zehann akan terus menghasilkan karya-karya yang unik. Kalau sesiapa yang minat dengan karya-karya ala Gothic, RAAH I dan RAAH II karya yang bagus!


___________________________
Nota kaki :

Buat Silencez : Ko tak suka hero keding kan? Hahaha... Massurya ni kategori kurus tapi tinggi... camna tu? Kurus-kurus tapi bertulang besi berurat dawai! Wa suka tau hero camni!

Buat Didi (yang pernah mintak akak gambarkan Massurya Syah n Gurana): Rasanya tak perlulah akak lukis muka Massurya Syah... biarlah gambaran itu ada dalam kepala akak sahaja. Sebab penulisnya ZEHANN UR RAKHIE otai grafik weh... lagi terer melukis!


12 comments:

  1. ko mmg gedik laa beb...sederas arus ko bc semata2 nk cari heronyerr...kronik paras jingga dah ko ni ngan ZUR taw tak...hikhikhik

    p/s : ooo org itew xsuker hero keding2 ek..dia xtaw lagi pukulan urat dawai tulang besi tu rose..ahaaks

    ReplyDelete
  2. weh laa... ko kata aku gedik? hahaha... hehe musti aa kene cari hero... aku kronik paras jingga ngan ZUR? errr... dengan karyanya la... :p

    ah ah... sbb pernah aku kata suka tgk farid kamil, orang itu katanya FK keding... cess... keding kalo mcam lidi kan kucc? kalau yang kurus bertulang besi berurat dawai tu, harus tak bangun! kekeke

    ReplyDelete
  3. xngaku tu...xper, kita tgk nnt bila kita jumpa itew mamat in person ko terkam mana, buku nya ka atau orang nya ka...hahaha

    eh, ckp pasal FK kan rose, konyer Zarul buku hijo tu akan2 FK ek...aku lak dok bayangkan Zarul ko ala2 Fujiki Naohito, hehehe...

    tu la rose...orang itew pandang sipi jer kat balak2 keding malaya kan, dia tarak taw diorg tu minum rebusan misai kucing...nnt bukan xbangun aje, terus terkapar wey...hahahaha

    ReplyDelete
  4. weh laa ko kucc... takbaik tau buat tduhan gitu... dibuatnya ZUR tu laki orang yang anak-anak dah beratur kat belakang... ha camna? mana leh gedik2 sgt weh...hehehe... pesta buku nanti aku nak mintak dia sain + lukis batik je kat buku... heheh

    err... Zarul tu mcm FK ke? aku bayangkan Zarul macam Yutaka Takenouchi dalam with love la... Fujiki tu sesekali nampak tua dan mcm Ekin Chin...

    enehhh... sil tu kan... dia buatnya kekasih gelap dia tu pun keding... baru dia tau! hahaha... statement ko tu lain mcm je bunyinya weh!

    ReplyDelete
  5. salam rose harissa...

    ^__^ bunyi mcm menarik je...buku ni...
    dlm pasaran kita kurang sungguh kan buku2 yg begini...thriller genre pn amat2 la limited...
    baca cik rose nyer ulasan, buat saya teruja la pulak...tp buku ni mmg susah ya nak dapat...
    agak2 kalau nak cari, dimana ya?

    ooo...cik rose tgh buat cerita perang bunian ya...wah...tentu2 menarik juga...

    ^__^ terus2 menulis...jgn patah semangat...

    ReplyDelete
  6. salam wanupeh...

    bukan setakat bunyi macam menarik... mmg menarik buku ni...gaya penulisan dia lain dan special cumanya mungkin tak ramai orang tahu pasal buku2 Zehann ni, kalau tak... dia pasti jadi penulis thriller/fantasi ngetop kat Malaysia...
    tp kalau nak baca yg ni kene baca no 1 punya dulu... tp sayangnya no 1 dh abis stok... kat Pekan Ilmu pun dah abis...
    yang lain2 tu bleh tanya dan beli direct dari Pekan Ilmu (link kat bwh blog) atau bleh tanya Tuan Serunai Fakir

    err... pasal citer perang bunian tu kan... hahaha... entah bila siap... hilang arah kejap sbb semua bunian lari...

    apapun... terima kasih atas kata semangat tu wanupeh...

    ReplyDelete
  7. berderet ek rose? adeh xdpt daku bygkan...hikhik...amboi siap nk mtk lukis bagai lak ko lebih dah tu mau kena sekeh nnt...hahaha

    haa..ko kata fujiki tua...cissh..haa Ekin Chin, eeei tulun laa rose jauh sgt weyyy...

    aku mmg rasa keding..cuma darjah kekedingan dia ajer yg kita xtaw wey..wakakaka...

    mana ada lain, ikut tatabahasa yang btol apa ayat aku tu..hehehe

    ReplyDelete
  8. ye la mana kita tau kan kucc... nanti marah pulak 'orang rumah' dia... tp aku tak kira, sebagai orang seni, aku nak gak lukisan ZuR wpun secoet kat buku2 tu... hehehe

    hahah... mata aku ni tgk cm ada iras2 je ngan mamat cina tu...

    ko rasa mmg keding? aku rasa camna man jai... camtu la dia! maklumlah, man jai kan suka berkebun lepas jadi baik... tangan mesti brurat dawai! hahaha

    adeh... lebih sudah!

    ReplyDelete
  9. (sori ler, aku ni kalut sket)
    bosan weh, RAAH stand for what? aku tak nampak ler yang ujung tu aper (mata aku ni dah rabun agaknyer). kat mana nak beli buku RAAH I, RAAH II ngan VAMPRHA tu. aku cari2 takder pun.
    novel ko ni, aku nak minta signature boleh tak? ari tu aku dah jumpa buku ko ni, tapi tak teringin nak beli sebab aku dah bosan baca kisah cinta (sama jer jalan ceritanyer) sama cam aku bosan tgk filem hindustan.
    terakhir aku baca karya Aina Emir 2006 dulu. bila baca review novel ko ni, cam menarik jer...so teringin ler nak baca.

    ReplyDelete
  10. hahaha... ko mmg yus... kat kat cover tu dah ada tulis RAAH = Rahsia Agenda Alam Hitam.
    RAAH 1 = Rahsia Agenda Alam Hitam - Kelahiran Mufrad

    RAAH II - Rahsia Agenda Alam Hitam - Vamprha

    ha, kalo ko dh bosan baca novel cinta... ni novel2 Zehann yang terbaik. Tapi... RAAH 1 dah abis stok. Gi tanya kat blog pekan ilmu atau tanya pada Zehann sendiri...

    sekian mekasih

    *waa... aku rasa cam pengulas dan pengusaha kedai buku lak.. haha

    ReplyDelete
  11. cehhhcehh ko mare tak rose?
    aku dah order pun ngan Zehann RAAH1 ngan RAAH2. Nnt dapat ler. ko tak nak jual novel online ker? boleh aku mintak ko punyer signs. aku suka baca novel yang penulisnyer aku 'kenal'. cam Fauziah Ashari penulis novel ombak rindu.
    (bahasa aku kasar sangat ker, ko cam t'singgung jer. sori yer)

    ReplyDelete
  12. laa... buat apa lak aku nak marah kat ko Yus? eh... jangan ingat aku tersungging lak... ahaha... jual novel online? hmmm... terfikir gak nak buat..... tp dengan keadaan aku ni, yang blog pun kadang2 lama x update, aku abaikan dulu...
    waaa... ko dah order RAAH1 & II ye? bleh dapat sign zehann aaa tu... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016