Saturday, 25 July 2009

Kesan dan akibat mogok lapar...

*gambar hiasan : kereta Tajul Aweera (Toyota Altezza)

Siang tadi (eh... kira dah semalam la ya), selepas menerima hakikat bahawa citer Tajul Aweera aku tak sampai target - setelah meminta pandangan pengkritik tetap - aku keluar rumah. Membawa hati yang luka lara... ... tidaklah... saja je jadi drama queen kejap.
Bila dah ditegur dan dikomen tu, aku nampaklah dah kat mana kelemahannya. Dan dari situ aku akui bahawa :
  • tak cukup menjiwai cerita dan watak
  • cerita macam dibuat-buat
  • tak menyakinkan dan mesej tak sampai
Jadi, dari aku hadap manuskrip yang tak best tu, baik aku keluar rumah. Bawak si Wira (bukan Aweera) ke bengkel untuk tukar alarm baru dan tukar tayar depan gi belakang (supaya kadar kehausan tayar akibat corner lipat, corner baring seimbang depan dan belakang). Dijanjikan sekejap sahaja. Jadi aku fikir nak gi Gramedia borong buku.
Tapi hampesnya, aku tersangkut kat bengkel sampai pukul 7! Aku, seorang wanita yang tadinya datang dengan muka manis, balik dengan muka masam mencatu! Telefon hubby, tak diangkat. Sudahnya, aku balik rumah dengan bad mood ! Aura PMS dah menyerang. Terus lancar mogok lapar sebab masa hubby keluar nak gi kedai, dia masih tanya aku nak makan apa. Nama pun tengah bad mood kan? Jadi aku jual mahal sket, kata tak nak apa-apa. Akibatnya dia balik dengan hanya sebungkus Twisties dan kacang Ngan Yin! Huwaaaa.... kenapa lurus sangat? Aku protes dengan meneruskan mogok lapar + tidur demi melupakan kelaparan.
Sudahnya, sekarang aku terbangun. Azabnya bila lapar begini, buang masa je mogok lapar. Last-last, pergi dapur masak bubur nasi + kentang +ayam, pekena nescafe segelas.
Sekarang bersedia revamp manuskrip. Harap kali ni dapat capai target. Insya ALLAH Taala...

16 comments:

  1. aduih kak..ape kes..
    sblum tu nak tye aura PMS tu ape???

    tu la,
    lainkali jgn jual mahal ng laki kak..
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Pertama sekali, Is, PMS pun x tau ke? x ckp slamba la ko ni B-)

    X pe akak, biar kena kritik n betulkan skrg bbanding bla dh de kt pasaran n kna kritik dh x blh nak buat apa.

    Bsusah2 dhulu, bsng2 kmudian... ;))

    ReplyDelete
  3. Hah tu lah, sapa suruh buat mogok...:)) sendiri yang susah kan... abis tu jual mahal lagi kat hubby ko tu...tak pasal2 dpt keropok dan minuman pula....huhuhu

    lain kali kalau merajuk tu, pinta lah macam2 baru sambung balik.....kekeke

    ReplyDelete
  4. ala tomeinya che rose majuk...
    xpelah at least komen yang jujur.. kepuasan pembaca tu penting... sbb sekarang ni che rose dah berada kat satu tahap.. so, pembaca expect yg akan dtg akan jadi yg lebih baik...

    ReplyDelete
  5. emm tulah jual mhl sape suh hahaha kan dh lapor time tido hee~

    ReplyDelete
  6. Kehkehkeh..
    Lelaki memang dilahirkan sebagai seorang manusia yang lebih menjurus ke arah 'tak suka cakap pusing' sedang wanita pula lebih suka 'corner baring' dalam setiap ayat yang terluah dari mulut..

    Antara masalah komunikasi wanita dengan lelaki ialah;

    1. Wanita suka pendam rasa dan buat lelaki tertanya-tanya sampai subuh.
    2. Lelaki sukar untuk memahami maksud yang tersirat dalam minda wanita yang ber'metafora' terlampau.
    3. Sikap terburu-buru lelaki cukup kontra dengan wanita yang lebih suka merangkak dari berlari dalam perbualan.

    Secara jujurnya, bukan semua yang bersikap macam tu.. Tapi secara jujurnya jugak, 100:1 adalah nisbah wanita dan akan bertindak macam tu..

    P/S (bukan PMS):-
    Yang sebenarnya gua nak cerita sikit je.. Tau-tau jadi merepek pulak..!! Layan je laa..

    ReplyDelete
  7. hehe... che rose, che rose ni org kata layan hati seksa perut.. cian urat perut che rose menahan lapar..hb che rose mengingatkan akak pd ayah akak. cmtuh lar punya lurus. Klu org tak pesan, dia tak beli lar. heheh..

    ReplyDelete
  8. moralnya.. toksahlah merajuk tak kena tempat.. hehe.. siapa yg rugi?.. rose jugak yg rugi...cian pulak kak ida dgr ada org lapar tgh malam ni...
    rose.. gud luck n selamat perah otak. insyaallah, berjaya capai target tu..

    ReplyDelete
  9. alah kak sabar lah ye nak wat camne..
    hikhik...dah nasib

    ReplyDelete
  10. mogok lapar ye. nnt masuk wad cam su baru tau hahahaha.

    hai kak rose! apa kabar sihat.

    windu la heeeeee

    ReplyDelete
  11. Is selamba : haha... biasa la kes laki bini... loh tapi PMS pun Is tatau ke apa? ni penyakit orang pmpuan ni.. :))

    Rehal Nurharis : hehhee... kak rose mmg biasa camtu airul... tgh2 buat biasa bagi pengkritik baca dulu... biar dorang komen dulu... sebelum anto kat editor...

    Leeya : masalahnya keropok dan kacang tu pun bukan untuk aku tapi dia beli untuk dia kudap depan TV... huaaa... hehehe...
    sesekali majuk time PMS leeya... normal la kan?

    Fatul : citer untuk penerbit PTS :)

    dhan : saya mmg biasa camtu dhan... selalu tak puas ati ngan karya sendiri tu bagi pengkritik baca dulu... at least sebelum abiskan citer, bleh la baiki kat mana2... kalo dah jadi buku, dh takleh buat apa2... :D

    Khalifah Fedi : hehe... ingatkan nak manja2... :))

    Cerpelai : amboi ko... siap berfakta panjang lebar... bleh wat artikel satu muka untuk APO? ni... :))

    Kak Nik : tu la pasal... dorang ni takleh kita nak masuk simpang kejap... kene lalu jalan lurus aje kejenya...:))

    idasm : heheh... mg saya yang rugi... tengkiu ida atas semangat tu...

    Suhaidah : biasalah sesekali... kisah suami isteri yang bongek camni la...

    Su : uit dah sihat laling? kak rose cam biasa... bz :))

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, ada la sihat skit kak. doakan su cepat sembuh sebetulnya eh. akak tu jgn bz2 sangat, nnt migrin mai payoh lok. hehehe

    ReplyDelete
  13. salam rose..tulah luahan anak walaupun bahasanya macam baca sajak ada juga,kesian ik...ada bakat jadi penulis macam rose..

    ReplyDelete
  14. adat resam rumah tngga btul tak hikhik

    ReplyDelete
  15. Su : lega akak dengar... rehatlah cukup2 ya...
    err.. akak ni kalo rehat nanti keje tak siap... takpe, kalo migrain akak ada tok dukun kat umah ni... :))

    Liza : salam... tu la pasal.. tetiba dia cakap macam tu... berulang kali dia cakap...

    Suhaidah : heheh ya betul.. normel la tu

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016