Wednesday, July 22, 2009

Apocalypto


Aku menulis novel cinta dah lima buah. Tapi jangan tak tahu kalau tengok movie, aku lebih cenderung tengok citer seram, ganas, aksi, kill kill die die...
Macam filem ni, APOCALYPTO ni, salah satu favorite movie aku. Sejak kenal filem ni lewat tahun 2007, (arahan Mel Gibson) dah berpuluh kali tengok tanpa jemu dan tetap menjerit ngeri walaupun dah hafal scene mengerikan itu kat mana .
Kisah tentang bakal ketua puak, Jaguar Paw dengan isterinya yang tengah mengandung, Seven dan anak kecilnya Turtle Run yang cuba survive dari serangan pahlawan kejam Kota Maya. Lepas sembunyikan anak dan isterinya dalam perigi yang kering, Jaguar Paw kena tangkap untuk jadi korban dengan penduduk kampung lain. Bila turn Jaguar Paw, berlaku gerhana matahari (biasalah hero kan... mesti berlaku kejadian aneh menyelamatkan beliau). Sebaik terlepas dari jadi korban sebaliknya diorang jadi permainan pahlawan maya yang diketuai oleh Zero Wolf (benci betul aku kat dia ni, sebab dia cucuk tanduk kat hidung macam kerbau! )
Bermulalah pelarian Jaguar Paw menyelamatkan diri pulang ke kampung untuk dapatkan anak isteri dalam telaga.
Selebihnya, korang tengoklah sendiri (ada beran?). Adegan potong-potong, cucuk-cucuk, sembelih, kene gigit rimau kumbang, pukul-pukul , pecah kepala, mayat berterabur memang real giler. Kalau part darah bersembur tu lagilah... aku, kalau hubby pasang citer ni, aku rela tak menaip, tengok lagi dan lagi...
Walaupun cerita ni ganas tak ada ampun, tapi ada satu pengajaran paling ketara. Selamatkan diri anda sampai ke titisan darah yang terakhir! Berjuanglah untuk hidup! 5 bintang filem ni!

p/s : sebenarnya aku tak tahu nak update apa sebab di kala ini tengah serabut nak siapkan manuskrip dalam masa yang sama masih ada hati tonton DVD...

12 comments:

  1. hehe.. k.ida dh tengok movie ni.. tanpa disengajakan.. mmg kalau ikutkan tak minat citer yg jenis ni.. tp entah mcmn hari tu bukak astro, terus melekat bila tgk isteri dia beranak dlm air tu.. mmg ganas citer ni. rose suka citer yg mcm ni kan..

    ReplyDelete
  2. ha kak ida, tu baru scene beranak dalam air... belum tengok yang lain2... best citer ni... sebab tengok betapa bersungguhnya hero tu cuba survive melarikan diri dari pahlawan jahat dan kejam tu sebab dia fikirkan anak isteri dia dalam perigi yang dah mula dipenuhi air.. Kalau setengah orang tu mungkin mengalah aje... :D

    ReplyDelete
  3. Salam Roses...
    sama juga dengan i, minat giler citer ni. Memula jual mahal tak nak tengok, tetapi bila cucu2 i si Syed Akmal dan Syed Najmi beria-ia promote kata citer ni best, siap tarik tangan dan merenggek (part ni lemah) so...sekali tengok, i cari DVD sendiri...best sangat terutama part isteri dan anak dalam perigi.Lepas tu mereka berdua tu gelak guling2...hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Salam Leeza...
    best kan citer ni... dia punya action, gambar semua cantik... wpun ngeri...
    tapi part beranak dalam air tu macam senang sungguh kan... :))

    ReplyDelete
  5. yeahh cite sgt menyeramkan la
    kdg2 tegak bulu roma sbb tgk dgn slambernya puak2 ni potong2 huahuahua

    teringt kenangan manis mlm abis exam
    ktowg 1 umah layan cite ni
    kwn sy ciap jerit2 lg bile scene potong2 tu
    ganas ni!

    ReplyDelete
  6. hah setuju! tapi seram2 pun nak tgk gak...
    akak dapat bayangkan betapa gempitanya korang menjerit satu umah tgk citer ni... :))

    ReplyDelete
  7. :)) :))
    betul2 mmg gamat umah tu dgn jeritan2 kami sume, bygkan de 9 suare penghuni hahaha
    pe pun cite ni besh
    nmpk gaye kne cari DVD la

    ReplyDelete
  8. me pon suka tengok filem nih, ader la 2 -3 kli tengok ngan hubby :)

    ReplyDelete
  9. airina : hoh... 9 org? hahah mesti jiran2 tensen je dgr... ada DVD guna tajuk ni, konon2 sambungan... tapi citer dinasor! hampess...

    ameeza77 : hahaa... bleh geng aa kita... :)

    ReplyDelete
  10. hahahha sama lag dgn ank ziya hahhaha :) minat gila crite tu :) wlaupun br 6 thn ..

    ReplyDelete
  11. saya pun dah tengok filem ini kat astro, best!

    ReplyDelete
  12. Eya : uih... anak baru 6 taun minat citer tu? cayalah... :)

    ida_nardiel : mmg best kan! :)

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts